test

Khamis, 1 Januari 2009

Alasan Pendokong PPSMI: Takut Tidak Mahir B.Inggeris?

Sering kali kedengaran, apabila PPMSI dibincangkan, hujah yang kedengaran ialah tentang betapa pentingnya mahir berbahasa Inggeris untuk bersaing.


Satu hujah pengunjung tanpanama di catatan terdahulu.


Berbelah bagi samada memertabatkan bm sebagai bahasa ilmu dan juga kekhuatiran memikirkan halangan yg bakal timbul sekiranya anak2 kita tidak dapat bersama bangsa lain di pentas antarabangsa- ini bukan sahaja di bidang maklumat, malah bidang2 penting seperti perniagaan dan ilmu. Mahu atau tidak, kita telah berdepan dengan kampung dunia.
Maka bahasa yang telah diiktiraf secara tidak rasmi sbg bahasa antarabangsa ialah inggeris.Boleh kita bayangkan sebuah kampung yg kecil terdapat sebuah rumah yg penghuninya tidak boleh bertutur dlm bahasa kampung tersebut. Malah yang lebih parah lagi, terdapat ahli2 dlm rumah tersebut yg bukan Melayu yg lebih mahir berbahasa.
Boleh bayangkan siapa yg terketengah dan yg bakal mendapat peluang2 perniagaan global? Ali yg tergagap2 berbahasa inggeris (atau berbahasa melayu fasih yg org lain tak faham) atau Ah Seng dan Ramasamy yg fasih berbahasa antarabangsa.
 Bagi saya, ia tiada kaitan dengan PPMSI.

Para penentang PPMSI kebanyakkannya tidak mengatakan bahawa kita semua tidak perlu belajar Bahasa Inggeris, mahupun menafikan kepetingannya.

Jadi hujah sebegitu hanya sesuai untuk orang yang tidak suka belajar Bahasa Inggeris, dan bukannya kepada penentang PPMSI.

Wujud lagikah orang yang tidak mahu belajar Bahasa Inggeris?

Mungkin ada, akan tetapi saya agak yakin, semua pengunjung blog saya mampu memahami bahasa Inggeris, walaupun ada yang tidak fasih bercakap.

Jadi saya iakan sahajalah hujah itu, saya merasakan penting bagi kita semua menguasai Bahasa Inggeris, namun jangan sampai dikuasai oleh Bahasa Inggeris sehingga melacurkan Istilah Matematik dan Sains Bahasa Melayu.

Apa beza menguasai Bahasa Inggeris dengan dikuasai bahasa Inggeris?

Semua maklum apa yang dimaksudkan dengan menguasai bahasa Inggeris, akan tetapi dikuasai Bahasa Inggeris pula memberi maksud terlalu agungkan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa.

Tanggapan terhadap Bahasa Inggeris berbeza diantara
  • Negara bekas jajahan Inggeris 
  • dengan bekas jajahan lain dengan
  • Negara Merdeka tidak pernah dijajah (atau sekejap sahaja dijajah).
Bagi Malaysia, bahasa penjajah dan bahasa antarabangsa adalah sama, iaitu bahasa Inggeris.

Namun bagi negara bukan jajahan Inggeris seperti Indonesia mempunyai bahasa penjajah dan bahasa antarabangsa yang berbeza, satu Bahasa Belanda (nl), satu Bahasa Inggeris (en).

Jadi, tidak dinafikan di Malaysia, Bahasa Inggeris terlalu diagungkan.

Begitu juga Negara India.

Negara bekas jajahan Inggeris selalunya lemah dalam penterjemahan berbanding negara bukan jajahan Inggeris dan negara tidak dijajah.

Tanggapan terhadap Bahasa Inggeris juga tinggi dikalangan bekas graduan Inggeris.
(Kecuali YB Nik Nazmi)

Tak hairan kalau dikalangan penentang PPMSI adalah ramai graduan Jerman dan Jepun.

Graduan Jepun dan Jerman cukup faham kenapa mereka mesti sayangkan bahasa, namun sukar untuk memahamkan bekas graduan Inggeris.

Jadi, siapa yang dikuasai B.Inggeris, siapa yang menguasai Bahasa Inggeris?
Cerminlah diri sendiri.

Apa yang penting ialah mendapatkan ilmu dalam bahasa lain, di bawa ke bahasa sendiri.
Bukannya mengikut bahasa ilmu tersebut secara bulat, seolah-olah tamadun bukan Inggeris itu bodoh sangat.

Apa yang orang Amerika dan Inggeris tahu buat?
F1 dikuasai oleh Renault (Peranchis) , Ferrari (Jerman), BMW (Jerman), Mercedes (Jerman).
Semuanya oleh negara yang cintakan bahasa sendiri.

Amerika terperap dalam tempurung NASCARnya.

Penentang PPMSI tidak cintakan ilmu?
penentang PPMSI tidak mahu belajar bahasa Inggeris?

Saya rasa tidak.

Entah-entah, penentang PPMSI lebih banyak membaca bahan ilmiah Inggeris berbanding pendokong PPMSI.

6 comments:

  1. Saya rasa Khir Toyo berhujah paling baik dalam isu ini.
    http://www.drkhir.com/2008/12/kembalikan-matematik-dan-sains-kepada.html

    BalasPadam
  2. salam

    pak cik pengawal keselamatan Islam bumiputra kat tempat saya bekerja boleh cakap inggelish, merrayu dan china dengan baik.

    bukan niat nak merendahkan profesionnya, tetapi maksud saya ada benda lain yang menentukan kejayaan seseorang kita.

    BalasPadam
  3. mana yang lebih penting?matematik atau bahasa inggeris?

    pada saya kedua-keduanya penting.paling kurang pun kena ada asas dalam kedua-dua subjek ini supaya senang nak berurusan.

    tapi tentang PPMSI,sebenarnya ia dilaksanakan didalam keadaan tergesa-gesa.kesian pada budak-budak yang kurang mahir dalam bahasa inggeris dan matematik.dah lah tak mahir dalam matematik ditambah pula dengan kena belajar matematik dalam bahasa inggeris.memang lagi parahlah jawabnya.

    BalasPadam
  4. dlm isu PPSMI ni, bg pendapat sy, ada 2 perkara berbeza yg perlu diteliti:
    1) ingin menguasai bahasa Inggeris
    2) memahami konsep matematik dan sains

    justeru, 1) jika ingin menguasai bahasa Inggeris, pendekatannya adalah mempertingkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dgn lebih berkualiti. cth;perbanyakkan kelas tambahan,adakan persekitaran bahasa Inggeris di sekolah.

    namun, 2) pelajar lebih cepat memahami jika matematik dan sains diajar dlm bahasa Melayu kerana utk memahami konsep sains dan matematik, penyampaian yg jelas dan mudah difahami menerusi bahasa Melayu adalah lebih mustahak.

    BalasPadam
  5. pelajar akan rugi jika memperkecilkan bahasa inggeris..kuasai bahasa asing tidak semestinye kita dah jadi bangsa tersebut..kita tetap orang melayu, Malaysia. Pelajari lah sekarang..masa depan anda ada di tangan anda!!!.

    BalasPadam
  6. mahirEnglish

    Yang menjadi masalah bukanlah menguasai Bahasa INggeris, tetapi orang dikuasai oleh bahasa Inggeris.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit