test

Sabtu, 3 Januari 2009

Re: Pejuang bahasa, pernahkah ini terlintas dalam minda anda?

Menjawap persoalan Pejuang bahasa, pernahkah ini terlintas dalam minda anda?


Saya tidak tahu kenapa kita ada pejuang Bahasa bagi menyelamatkan Bahasa Kebangsaan (BK). Ia macam menyatakan bahawa BK akan pupus sedangkan kita mempunyai BK sebagai mata pelajaran yang wajib diambil di sekolah rendah dan menengah.
Pempopularan istilah adalah satu sebab bahasa itu berkembang. Sekiranya sesuatu istilah itu tidak digunakan, maka istilah itu akan mati. Istilah matematik hanya ada dalam matematik. Jarang sekali digunakan dalam kehidupan harian.

Dalam kehidupan harian yang menggunakan bahasa kebangsaan sekalipun, istilah inggeris tetap digunakan.

Di kedai komputer, penjual dan pembeli menggunakan "keyboard".

Pembeli "Berapa harga Keyboard ini?
Taukei "RM 30"

Mengapa tidak gunakan "papan kekunci"?

Jadi, Apabila istilah banyak digunakan, maka akan wujud situasi dimana memerlukan istilah baru bagi teknologi baru, dari situ proses pembentukan istilah berlaku. Bahasa berkembang.

Tetapi apa yang berlaku ialah orang yang tidak pandai berbahasa inggeris pun menggunakan istilah Inggeris kerana tidak tahu dan tidak mahu tahu apa istilah Bahasa Melayunya.



Jika anak-anak muda mula belajar dari usia yang muda, ia mudah diserap dan difahami di masa kelak. Mata pelajaran matematik dan sains di peringkat Universiti menggunakan Bahasa Inggeris dalam pengajarannya. Kenapa para-para pejuang bahasa ingin menyusahkan pelajar-pelajar bagi menyesuaikan diri dalam penggunaan Bahasa Inggeris supaya mereka boleh memahami dengan lebih mudah di peringkat Universiti.

 Jika pendekatan begitu hendak digunakan, maka setiap pelajar perlu tentukan di negara manakah dia akan menyambung pengajian, dan membelajari matematik dan sains dalam bahasa itu.

Jikalau Jerman, maka matematik di ajar dalam bahasa jerman, supaya mereka boleh memahami dengan mudah di Peringkat universiti. Begitu juga bagi bakal penuntut korea, jepun dan lain-lain.


Tetapi, fikirlah jika seseorang pelajar yang minat dengan mata pelajaran tersebut ingin mencari lebih banyak maklumat. Mereka harus menterjemah ke Bahasa Inggeris baru boleh mendapat lebih banyak maklumat.
Proses pernterjemahan sepatutnya proses berterusan. Namun tiada ertinya kalau kita menterjemah sumber ilmu bukan inggeris kepada inggeris. Orang putih pasti lakukannya jika mereka mempunyai budaya ilmu.

Sekiranya kecintaan terhadap Inggeris dilakukan seperti PPMSI, maka sumber ilmu dari bukan inggeris seperti Jerman dan Jepun perlu diterjemahkan kepada Inggeris?

Apa rasionalnya kita di Malaysia menterjemah sumber ilmu bukan inggeris kepada Inggeris? Bukankah sepatutnya diterjemah kepada bahasa kebangsaan?

3 comments:

  1. "Istilah matematik hanya ada dalam matematik. Jarang sekali digunakan dalam kehidupan harian.
    "

    Saya rasa mungkin kita telah mengabaikan penggunaan Matematik. Ia digunakan setiap hari bila anda membeli barang dan lain lain.

    "Proses pernterjemahan sepatutnya proses berterusan."

    Saya setuju. Namun, jika seseorang yang inginkan maklumat pada hari ini? Mana mereka nak dapatkan ilmu sedangkan tidak banyak yang diterjemahkan oleh professor di malaysia.

    " Jika pendekatan begitu hendak digunakan, maka setiap pelajar perlu tentukan di negara manakah dia akan menyambung pengajian, dan membelajari matematik dan sains dalam bahasa itu."

    Kebanyakan mata-pelajaran sains diajar dalam Bahasa Inggris di peringkat Universiti. Jadi, siapa yang menyusahkan siapa? Universiti dan Kerajaan harus mempunyai satu pemahaman yang menyediakan pembelajaran yang baik.

    PS: Saya rasa "papan kekunci" diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris kepada BK. KEY=Kunci , Board=Papan...

    BalasPadam
  2. Ini melibatkan persoalan minda. Ada kaitan antara minda tertawan dengan kekerapan asakan dan tekanan dengan istilah asing. Inilah yang berlaku dan sekian lama berakar kepada rakyat negara kita. Apakah kita ingin menyukarkan lagi keadaan ini. Bahasa rojak antara contoh kesannya minda tertawan.

    BalasPadam
  3. There are definitely a whole lot of details like that to take into consideration. That is a nice point to convey up. I provide the thoughts above as general inspiration mulberry sale however clearly there are questions like the one you convey up the place crucial factor can be working in trustworthy good faith.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit