test

Khamis, 1 Januari 2009

Pemunggahan khazanah Ilmu Islam oleh Barat.....

Rausyanfikir telah menyiarkan penulisan Dr. Khalif Muammar "Agenda Pemerkasaan Ulama’: Ketika Kejahilan Merajalela dan Ilmu Hilang Entah ke Mana" dan menulis perkara berikut:

Sebelum Melaka dijajah, sebelum Gaza berdarah, para orientalis, intelektual Barat telah memunggah khazanah kita di London, Leiden, Paris untuk memahami siapakah sebenarnya umat Islam.Di mana titik kekuatan dan kelemahan umat Islam dan bermacam-macam lagi kajian berkenaan umat Islam. Lihat saja Library of Congress milik Amerika Syarikat. Ini belum lagi dikira pengaruh universiti, think tank mereka. Masakan tidak era globalisasi ini diterajui mereka. Penjajahan Amerika Syarikat dan negara Barat yang lain yang paling mujarab ke atas umat Islam dan bangsa lain adalah melalui jalan ilmu!

Mari kita lihat dari Jendela yang lain seperti yang telah disarankan oleh Dr Dzulkifly Ahmad.

Tatkala pemberontakan terhadap PPMSI sedang hangat, mari kita lihat dari Jendela PPMSI.

Tidakkah Intelektual Barat yang "memunggah" khazanah ilmu islam itu begitu bodoh kerana tidak menukar bahasa ilmunya kepada bahasa Arab?

Siapa yang bodoh?
Intelektual Barat yang tidak menukar bahasa Ilmunya kepada Bahasa Arab atau golongan pemuat dasar yang menukar bahasa ilmunya mengikut sumber yang diperolehi?

Sekiranya intelektual Barat terlebih bijak seperti pendokong PPMSI, pasti kitab-kitab matematik masih lagi kekal dalam bahasa arab. Pasti sekolah-sekolah di Eropah telah mengadakan sesi PPMSA (Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Arab).

Kenapa Intelektual Barat tidak bijak seperti seperti pendokong PPMSI? Bukankah lebih senang begitu supaya kita semua satu dunia masih lagi belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Arab?


Adinda Rausyanfikir menulis...

Cuba lihat kualiti mahasiswa, pensyarah di universiti-universiti umat Islam di seluruh dunia. Apakah benar kita mempunyai satu budaya ilmu yang mencapai taraf keghairahan Khalifah al-Ma’mun yang telah melahirkan Bait al-Hikmah yang sangat dahsyat gerakan penterjemahannya di bawah penterjemah agung tamadun Islam Hunain bin Ishak?

Bayangkan kalau Khalifah Al-Ma'mun berkeras untuk membudayakan ilmu dalam bahasa Yunani? Agaknya  Tamadun Ilmu ketika itu berkembang lebih pesat atau sebaliknya?

Satu mentaliti yang perlu ada bagi pencinta ilmu, ialah mentaliti "Mahukan semua itu ada dalam Bahasa Aku". Mampu atau tidak, itu soal kedua, boleh diusahakan. Namun kalau keinginan itu tiada, pasti usaha kearah itu jauh sekali untuk direalisasikan.

Ahmad membeli telefon, Ahmad mahukan telefon itu dalam bahasa Ahmad. Kalau telefon itu jenis AP, walaupun murah, dia tetap tidak mahu membelinya kerana ia tidak ada dalam "bahasa aku" bagi Ahmad.

Mentaliti itu tidak wujud dalam masyarakat Malaysia.

Kementerian PelajaranPendidikan membeli ribuan perisian, tetapi tidak meminta "mahu ianya ada dalam bahasa aku".

Apabila 51% pelajar menjawap dalam Bahasa Inggeris, perlukan kita mentakrifkan sebagai "49% pelajar tidak mampu menjawap dalam Bahasa Melayu" ?

Atau, ditakrifkan sebagai 51% pelajar menolak Bahasa Melayu walaupun mampu menjawap dalam Bahasa Melayu?.

Atau, 49 % pelajar terus mahu menjawap dalam Bahasa Melayu walaupun mampu menjawap dalam Bahasa Inggeris?



Siapa yang berkempen supaya banyak pelajar memilih Bahasa Inggeris? Guru? Ibubapa? atau pelajar itu sendiri memilih sendiri?

Saya dulu telah berborak dengan Rausyanfikir berkenaan "Mahukan semua itu ada dalam Bahasa Aku" atau "mengapa tiada bahasa aku".

Disebabkan tiada perkara peribadi disitu maka saya siarkan di sini.


(11:23:20 MYT) wanfayhsal: Ajaran Sains dan Matematik dalam BI: Satu proses sekularisasi yang bakal melahirkan Lina Joy 20 tahun akan datang. http://sosialiskanan.blogspot.com/2008/12/ppsmi-topeng-sekularisasi-abad-ke-21.html
(11:24:47 MYT) sebol: macam tahu sahaja saya baru tulis pasal ppsmi
(11:25:01 MYT) wanfayhsal: haha
(11:25:04 MYT) wanfayhsal: kebetulan bang
(11:26:24 MYT) sebol: haritu ingatkan saya nak dtg tapi penat
(11:27:35 MYT) wanfayhsal: tak mengapa
(11:27:36 MYT) wanfayhsal: bang
(11:27:38 MYT) wanfayhsal: sekejap
(11:27:51 MYT) wanfayhsal: http://cheveningalumni.org.my/events.htm#DrJomo
(11:28:51 MYT) sebol: malam?
(11:29:08 MYT) wanfayhsal: malma
(11:29:51 MYT) sebol: Macam susah
(11:30:33 MYT) sebol: orang yang menenteang PPSMI terbahagi kepada 2
(11:30:48 MYT) sebol: 1 yang tak yakin orang melayu boleh belajar dalam English
(11:31:13 MYT) sebol: 1 lagi ialah orang yang terlalu yakin BM boleh jadi bahasa Ilmu & Bahasa Perpaduan
(11:34:16 MYT) wanfayhsal: saya berminat nak dgr abg smbg hujah yg kedua tu
(11:36:10 MYT) sebol: ada beberapa pemikiran perlu ada pada minda kita yang no 2
(11:36:21 MYT) sebol: sentiasa fikir "mengapa tiada bahasa aku"
(11:37:17 MYT) wanfayhsal: tak faham
(11:39:27 MYT) sebol: macam orang jepun, atau bangsa lain yg kuat semangatnya.
(11:39:42 MYT) sebol: Kalau jumpa sesuatu dalam bahasa lain, dia mesti mahu benda itu dalam bahasanya.
(11:39:53 MYT) sebol: Ambil contoh, pengakuan Balasundram
(11:40:00 MYT) sebol: dalam English,
(11:40:24 MYT) sebol: Sepatutnya, mesti ada salah seorang dari kita yang terjemahkan ke BM, untuk memastikan ianya ada dalam BM juga
(11:40:34 MYT) sebol: perkara sebegitu yang orang jepun lakukan.
(11:41:00 MYT) sebol: Bila buka komputer, semua English, kita mesti ada perasaan memelayukannya
(11:41:22 MYT) wanfayhsal: yup(11:41:24 MYT) wanfayhsal: yup
(11:41:26 MYT) wanfayhsal: tapi
(11:41:33 MYT) wanfayhsal: PPSMI ni akan menghalang peluang itu
(11:41:45 MYT) sebol: Automatik, kemahiran menterjemah akan dikuasai ramai orang, bukan setakat "orang bahasa"
(11:42:25 MYT) sebol: "orang bahasa" kebanyakkannya jenis sastera, bukan jurutera kimia macam awak
(11:42:29 MYT) sebol: hehehe
(11:42:37 MYT) wanfayhsal: haha
(11:42:38 MYT) wanfayhsal: betul2
(11:42:40 MYT) wanfayhsal: setuju bang
(11:42:43 MYT) wanfayhsal: setuju
(11:43:02 MYT) sebol: Kalau doktor, jurutera, peguam, akuantan semuanya ada perasaan "Benda ini mesti ada dalam Bahasa aku", pasti berjaya
(11:44:02 MYT) wanfayhsal: tun dulu
(11:44:03 MYT) sebol: Apa yang terjadi sekarang ialah, seperti mahukan buku "Fatwa on Banking" ada dalam BM, tapi tak terdaya
(11:44:08 MYT) wanfayhsal: mana nak sangat martabat BM
(11:44:10 MYT) wanfayhsal: nak maju saja
(11:45:12 MYT) sebol: Apa yang kita buat ni betul, tulis persoalan berat2 dalam bahasa Melayu
(11:45:34 MYT) wanfayhsal: betul bos
(11:45:36 MYT) wanfayhsal: betul
(11:46:05 MYT) sebol: Golongan doktor kurang sedikit
(11:46:37 MYT) sebol: sebenarnya istilah BM itu ada untuk banyak bidahng, tapi terperap dalam DBP
(11:47:47 MYT) wanfayhsal: yup
(11:47:49 MYT) wanfayhsal: setuju
(11:47:51 MYT) wanfayhsal: aduhai dbp
(11:47:53 MYT) wanfayhsal: tiada taring
(11:47:58 MYT) wanfayhsal: ungku aziz dah bising dah
(11:48:39 MYT) sebol: Bila bahasa ditugaskan ke DBP, seolah2 sekularkan Bahasa
(11:48:52 MYT) sebol: pemisahan bahasa dengan semua benda
(11:49:51 MYT) wanfayhsal: erm
(11:49:55 MYT) wanfayhsal: mungkin betul juga tu
(11:50:00 MYT) wanfayhsal: pening2
(11:50:17 MYT) sebol: Kalau masa anwar dulu, Anwar pro BM dan dia ada kuasa
(11:50:43 MYT) sebol: DBP perlu ada "kuasa menteri"
(11:51:20 MYT) wanfayhsal: ya

2 comments:

  1. Memang banyak pendapat dan pandangan yg diberikan oleh pwmikir, guru2 malah mereka yang mengambil berat isu ini. Saya sendiri sebagai pendidik tidak dapat memastikan jawapan yg tepat mengenai jalan penyelesaiannya. Berbelah bagi samada memertabatkan bm sebagai bahasa ilmu dan juga kekhuatiran memikirkan halangan yg bakal timbul sekiranya anak2 kita tidak dapat bersama bangsa lain di pentas antarabangsa- ini bukan sahaja di bidang maklumat, malah bidang2 penting seperti perniagaan dan ilmu. Mahu atau tidak, kita telah berdepan dengan kampung dunia. Maka bahasa yang telah diiktiraf secara tidak rasmi sbg bahasa antarabangsa ialah inggeris.Boleh kita bayangkan sebuah kampung yg kecil terdapat sebuah rumah yg penghuninya tidak boleh bertutur dlm bahasa kampung tersebut. Malah yang lebih parah lagi, terdapat ahli2 dlm rumah tersebut yg bukan Melayu yg lebih mahir berbahasa. Boleh bayangkan siapa yg terketengah dan yg bakal mendapat peluang2 perniagaan global? Ali yg tergagap2 berbahasa inggeris (atau berbahasa melayu fasih yg org lain tak faham) atau Ah Seng dan Ramasamy yg fasih berbahasa antarabangsa. Bagi saya bahasa ialah bahasa. Ia menjadi jiwa bangsa tetapi kita hidup di dunia bukan utk bangsa tetapi utk umat (Islam sejagat). Jika kita teguh dalam matlamat utk mendapat ilmu, maka apa jua bahasa tidak menjadi halangan. Ingat, umtat Islam terdiri dari berbagai bangsa. Malangnya bahasa Arab tidak sekuat bahasa inggeris utk menjadi perantara bagi kita sesama umat. Jika kita perhatikan ramai ulama2 kontemporari yg baik bahasa inggerisnya dan tidak hilang pula bahasa ibundanya. Jangan jadikan bahasa penghalang kepada kemajuan ilmu kita sendiri. Yg pentingnya niat kita. Bahasa apa sekalipun adalah ciptaan Allah seperti manusia jua. Ia tidak menjahanamkan sesuatu bangsa hanya kerana mempelajari dan memahirkan diri dengannya. Bangsa itu ke lembah kehinaan kerana akhlak umat dan pemimpinnya. Generasi baru hanya akan mewarisi kehinaan tersebut kerana kelaziman yg tidak nampak.

    BalasPadam
  2. "Hikmah itu adalah barang yang tercicir dari orang Muslim. Barangsiapa yang terjumpa, kutiplah."

    saya sedang mengutip ilmu bisnes dari sistem kapitalis.

    Pakdi
    http://pakdi.my

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit