test

Jumaat, 25 Januari 2008

Hobi subversif untuk Adi Putra

Dalam minggu lepas ramai yang memperkatakan tentang Adi Putra, pelajar yang pandai matematik itu.

Banyak pihak mengatakan bahawa dia perlu kesekolah khas, dia ditempatkan di sekolah antarabangsa, kemudian keluar, dengar pula dia cuma mengambil A Level di rumah. Ada pendapat menyuruh dia mengambil UPSR tahun ini.

Hampir kesemua pendapat mencadangkan supaya dia cepat habis belajar.

Bagi saya, buat apa perlu cepat habis belajar?
Tidakkah dia akan hilang banyak pengalaman bersekolah?
Sudahkah dia menaiki bas sekolah?
Sudahkah dia jadi pengawas sekolah? Pengawas perpustakaan, pengakap?

Sudahkah dia mempunyai pengalaman mewakili sekolah dalam sukan atau kuiz?
Pernahkah dia dihukum mencabut kemuncup di padang sekolah?

Sudah puaskah dia bermain bola sepak, "police sentry", menyorok-nyorok?
Sudahkah dia tahu lawak kanak-kanak , cuba sebut laju laju
"Bas datang kau naik"
"Bas datang kau naik"

Pernahkah dia menjadi ketua murid?

Sungguh banyak pengalaman yang boleh diperolehi ketika disekolah, atau zaman kanak-kanak yang tidak dapat dikecapi Adi Putra jika terus ke A Lavel dan terus ke university.

Pengalaman solat hajat untuk UPSR sudah pasti tiada kalau tidak duduki UPSR, debaran peperiksaan, perasaan ketika dapat keputusan UPSR. semuanya hilang.

Jika di mengambil A level, dan meneruskan ijazah, dia hanya jadi pemenang ijazah yang muda sahaja. Tiada beza dengan graduan menganggur yang lain melainkan dia muda.

Saya amat sedih melihat Adi Putra yang akan kehilangan banyak pengalaman.
Dimana sepatutnya, dengan kecerdikan dia, dia sepatutnya mempunyai banyak pengalaman berguna. Tidak dinafikan, pengalaman berpindah randah sekolah juga pengalaman berguna.

Saya masih ingat lagi tahun lepas ketika anak saya, Hamzah belum lahir, mengikut teknologi sekarang, dia boleh dikhatankan ketika baru lahir, akan tetapi bila mengenangkan bahawa dia akan ketiadaan pengalaman berkhatan, maka dia tidak dikhatankan ketika baru lahir.

Banyak perkara yang boleh dialami oleh kanak-kanak ketika kecil yang sedikit sebanyak membantu kanak-kanak itu untuk hidup.

Bagi saya, Adi Putra sepatutnya bersekolah biasa, tanpa rasa dirinya terlalu pandai supaya boleh bergaul dengan kawan-kawan sebaya.

Untuk mengatasi limpahan kecerdikannya itu, ada seribu satu cara dia boleh gunakan untuk berinovasi.

Banyak bidang ilmu diluar sukatan yang Adi Putra boleh ceburi. Mengapa mesti diajar terlalu banyak perkara "dalam sukatan" hanya sekadar untuk cepat habis sukatan?

Ketika saya berumur 33 tahun ini pun masih terlalu banyak perkara untuk dikaji, tetapi tidak cukup masa. Tanyalah kepada MyPapit, adakah dia cukup masa untuk menkaji apa yang hendak dikaji atas dasar hobi?

Negara maju banyak melahirkan teknologi atau inovasi baru di rumah. Di mana rumah mereka mempunyai garaj yang boleh digunakan untuk pengodekan (hacking).

Tidak semestinya dalam bidang komputer, bidang elektronik juga menarik. Zaman sekarang, elektronik dan komputer tidak boleh dipisahkan.

Bayangkan kalau Adi Putra disediakan dengan Komputer pelbagai OS, peranti robotik untuk dia bermain? macam-macam boleh buat, hack PSP, hack PS3 hack Sony Ericsson. Flash itu, flash ini, buat Permainan Java MIDP sendiri untuk kawan sebaya, atau hadiah kepada guru sempena hari guru. Sambung wayar sini, sambung sana.

Kalau Adi Putra taksub dengan matematik, Adi Putra boleh buat perisian matematik, secara subversif, dirumah. jangan lupa GPLkannya ya :)
samada berasaskan web, atau sebagai module gcompris, berasaskan GTK ?
semua boleh buat. Tak suka komputer? boleh buat untuk PSP, telefon bimbit, Symbian.


Kalau Adi Putra nak tengok bagaimana nak tanam pokok naga, Adi Putra boleh belajar dari Abang Acai.

Dalam bidang robotik juga menarik, zaman sekarang robot boleh main bola. Robot yang boleh diprogramkan kini tak sampai RM 300 di Melaka. Walaupun robot itu tidak boleh diprogramkan menggunakan komputer, tidak semestinya kita dah boleh guna Irda pada Linux untuk memprogramkannya. Tak mustahil.

Kalau tak suka roboh infra merah, boleh buat robot bluetooth.

0 comments:

Catat Ulasan

Google+ Hasbullah Pit