Selalu tersiar di Akhbar tempatan mengatakan sesuatu gambar bogel atau aksi lucah tersebar melalui MMS.
Saya agak mushkil, kerana sejak 2,3 tahun saya menggunakan MMS, tidak pernah pula saya menerima gambar bogel atau aksi lucah melalui MMS.
Adakah ianya benar seperti yang didakwa?
Saya sendiri pun terima MMS biasanya tidak sampai 5 MMS sebulan.
Melainkan kalau mamai72 membiarkan anaknya bermain telefon, maka saya dapat banyak MMS.
Bagaimana berlakunya penyebaran gambar lucah melalui MMS?
Tidakkan pihak penyedia telekomunikasi boleh melihatnya?
Sudah tentu. Jadi apa masalah untuk mencari penyebarnya?
Namun persoalan saya ialah, adakah benar sesuatu gambar lucah yang didakwa tersebar melalui MMS, memang disebar melalui MMS?
Adakah memang budaya rakyat Malaysia suka sebarkan gambar melalui MMS.
Kalau sebar teks guna SMS perkara biasa.
Kalau sebar gambar melalui emel pun perkara biasa.
Adakah mungkin "penyebaran gambar melalui bluetooth" dipanggil "penyebaran melalui MMS"?
Adakah wartawan Metro tidak boleh membezakan antara MMS dengan bluetooth?
Saya buka persoalan.
1. Adakah anda menggunakan MMS
2. Berapa kerap anda menerima MMS dalam sebulan
3. Adakah anda pernah menerima MMS gambar lucah Elizabeth Wong
Memang ada berlaku apabila MMS iklan yang diterima dari nombor-nombor 5 angka bertujuan untuk menarik minat seseorang. Saya sendiri pernah menerima MMS yang berbentuk lucah ni namun saya abaikan. Kat skrin baik punya tulis "MMS Percuma". Bila buka MMS bukan sahaja proses download dah membazirkan baki wang yang ada dalam prepaid tetapi dapat dosa pulak bila tengok MMS tersebut. Hampeh punya syarikat. Kekadang syarikat telekomunikasipun buat perkara yang sama.
BalasPadammms dgn blootooth lain..kadang kala wartawan ini pakai hentam je nak buat cerita. mms memang jarang org gunakan sebab ianya melibatkan kredit..kalau blootooth ianya percuma..remaja selalu gunakannya untuk berkongsi lagu dan video.
BalasPadamtak de nye... selalu orang men bluetooth je...
BalasPadamkikiki...
dulu pernah gak sound geng reporter bangang yang suka sangat tulis pasal klip lucah, siap letak tajuk lagi. mereka dah jadi macam tukang promot klip tu pulak. tah hapa-hapa punya reporter. benda dari orang tak tau, sampai satu malaya tau...
kalau gune bluetooth, bukan "tersebar" tetapi disebarkan... melainkan pengedaran kepada pengguna tanpa tujuan tertentu (rawak)
BalasPadam