Disebabkan Paklah dan Anwar adalah orang besar dalam dunia politik Malaysia, maka pertemuan 2 orang itu yang dihangatkan, penuh 1001 spekulasi.
Saya tak peduli apa perbincangan 2 orang itu.
Apa yang saya nampak ianya adalah pertemuan Syeikh Mahmud al-Majzub , dengan ketua kerajaan dan ketua pembangkang.
Apa yang Syeikh Mahmud al-Majzub mahukan?
Itu yang perlu kita cari, bukannya apa yang Anwar dengan Abdullah bincangkan.
Rabu, 11 Mac 2009
Home »
Anwar Ibrahim
,
Pak Lah
,
politik
» Saya tak peduli apa yang dibincangkan antara Anwar dengan Abdullah
orang tidak nampak yang satu itu tapi nampak yang dua itu.
BalasPadamLagi 1 persoalan ialah siapa Syeikh Mahmud al-Majzub
BalasPadamBuat kesekian kalinya, aku setuju dengan kamu!
BalasPadamdepa bincang nak lantik Sheikh Mahmud sebagai PM Kerajaan Perpaduan kot!!!
BalasPadamtak peduli apa hal blog?
BalasPadamJed:
BalasPadamYang saya peduli, ialah Syeikh Mahmud al-Majzub itu, dan apa dia mahu dari pemimpin-peminpin negara.
Untuk Kepentingan Ummah Sejagat;
BalasPadamUntuk Hablum Minal'Lah dan Hablum Minannas.....
Orang politik kepartian memang tak hairan mereka buat perkara macam tu.Yang penting political mileage bertambah dan survive.Alhamduillah mereka jumpa Ulama.Mereka juga sanggup jumpa siapa saja hatta Pope(jika perlu/terpaksa) untuk kepentingan mereka.
BalasPadamJuga beberapa persoalan:
i.Siapakah Syeikh Mahmud kepada Anwar dan Abdullah
ii.Apa kepentingan Syeikh Mahmud daripada Abdullah dan Anwar
iii.Jika untuk minta nasihat bagi Abdullah dia ada Abdullah Md Zin dan Anwar dia ada ramai ulama luar negara.
Harap tuan dapat cari jawapan.
apa pun, banyak rahsia Allah yang manusia biasa x tahu... hanya Allah , Rasul, dan Aulia'Nya saja yang tahu. kita jangan pandai2 buat tafsiran mengkut akal yang berlandas hawa nafsu..kalau kita x tahu, baik diam..tunggu saja apa yang Allah nak susun...
BalasPadamCubalah kita ziarah syeikh ini. Tanya sendiri tuan punya badan. Sangka buruk sebahagian dari fitnah.
BalasPadamWarta sesat tu bukan masalah besar, jika DSAI menang PRU 13,lepas tu jadi PM, ianya bisa diatur. Jakim waktu tu boleh buat recommend lagi utk tariqat itu.
BalasPadamsesungguhnya ALLAH swt yang memberi kefahaman ke atas hambaNYA. selaku saya hamba ALLAH, ingin menjelaskan kedudukan sebenar. untuk pengetahuan,Abdullah dan anwar selalu ke madrasah nurul iman hulu langat untuk meminta pandangan mengenai pentadbiran negara. selaku abdullah dan anwar yang memegang amanah Allah sebagai pemimpin di malaysia, layaklah sekiranya sheikh mahmud yang juga memegang amanah di bumi ALLAH ini untk memberi nasihat dan teguran..tidak menyebelahi mana2 pihak, yang baik atau sebaliknya tetap diberi teguran..( siang tetap siang dan malam tetap malam; takkan siang kita nak kata malam dan malam kita nak kata siang)
BalasPadamdari:
Hamba ALLAH yang daif dan Hina dalam memberi kebenaran
Bismillahhirrahmanirrahim
BalasPadamSiapa sebenarnya Syeikh Mahmud atau Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Mahmud al-Kedahi?
1)Tarekat di madrasah nurul iman pimpinan "Syeikh Muhyiddin" Abdul Qadir Mahmud Al-Kedahi/Mahmud "al-Majzub" ini telahpun difatwakan menyeleweng oleh bekas mufti selangor, Dato' Haji Ishak Bin Haji Baharom (semoga Allah mengampuninya dan merahmatinya) pada tahun 1995. Ia difatwakan dibawah nama ajaran Aurad Ismailiah.
Rujukan:
http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/KoleksiBukuPanduanFatwa/FatwaWartaKerajaanSelangor25%201991-1997.htm
Fatwa Kerajaan Selangor diwartakan pada 25 Oktober 1995
2)Fatwa ini boleh juga didapati di dalam website rujukan rasmi fatwa di Malaysia :
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=445
3)Tarekat ini juga telah disenaraikan dalam "AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN" (nombor 45: Tarikat Aurad Ismailiah) yang boleh didapati pada website JAKIM berikut:
http://www.islam.gov.my/ppi/profil.html
4)Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Kedah pada 25.4.1979 memutuskan mengharamkan ajaran yang dibawa oleh En. Mahmud bin Abd. Rahman dan para pengikutnya kerana membawa, mengajar dan menyebarkan ajaran salah disisi syariat Islam kepada masyarakat Islam.
Ini disalin dari booklet bertajuk:
Himpunan Ajaran, Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa dan Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor oleh JAIS.
5)Berikut saya pastekan dari booklet JAIS penerangan mengenai fatwa berkaitan.
BalasPadam(Dengan kerjasama Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) Negeri Selangor)
Booklet berkenaan bertajuk:
Himpunan Ajaran, Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa dan Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor
(Diterbitkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor)
Cetakan Pertama - 2000
Cetakan Ketujuh - 2006
Aurad Ismailiah
(Ajaran Mahmud bin Hj Abd. Rahman)
Latar belakang
1. Beliau berasal dari Bt. 5, Sik, Kedah.
2. Selepas ajarannya difatwakan haram di Kedah beliau telah berpindah ke Selangor.
3.Ajaran beliau berkembang di Surau Nurul Iman Bt. 12 3/4, Jalan Sg. Long, Hulu Langat..
5. Semasa di Kedah, ajaran ini berkembang di Kg. Hangus, Kupang dan Kg. Kijang Baling.
6. Beliau selalu bertapa di Gua Bukit Enggang Kedah yang dianggap Gua Hira dan batu besar di dalamnya dianggap Hajarul Aswad.
Ciri- Ciri Kesalahan
1. Pengikut dikehendaki membayangkan wajah guru ketika berzikir dan bersuluk.
2. Semasa berpuasa dan bersuluk, pengikut tidak dibenarkan memakan yang berdarah dan minum seteguk air sahaja bila dahaga.
3. Semasa upacara berzikir, guru akan memukul lantai menggunakan rotan menyempurnakan rentak ratib.
4. Kemuncak ratib ialah apabila pengikut-pengikut melompat tidak sedarkan diri.
5. Mendakwa menerima wahyu dari langit.
7. Menganggap diri dan amalan mereka lebih suci dan tinggi martabatnya dari orang-orang lain yang tidak mengikut ajaran itu.
8. Membuat pengakuan dan dakwaan yang aneh seperti dia tidak siuman semasa hendak menerima ajaran itu ketika bertapa di Gua Bukit Enggang, beribadat dalam gua yang digali, dianugerahkan oleh Allah kepadanya mengenal yang hak dan yang batil tanpa belajar serta Allah memperlihatkan kepada dunia ini yang penuh dengan dosa.
10. Lafaz zikir yang asalnya "Lailahaillallah" telah diubah di dalam masa berzikir kepada lafaz yang lain daripada yang asal.
11. Di dalam berzikir (beratib) diangkat suara dan diselangselikan dengan pukulan rotan untuk menyamakan rentak irama ratib itu dan berlaku kelakuan-kelakuan yang melanggar adab zikir, ada yang menari, ada yang menyulu, ada yang tonggeng buyung, ada yang terselak kain, ada yang menangis. Kejadian-kejadian ini mengikut dakwaan En. Mahmud menunjukkan pengikut-pengikutnya banyak dosa. Tetapi mengikut dakwaan pengikut-pengikut mereka ketika itu telah sampai puncak kelazatan.
12. Zikir (ratib) yang tiada ketahuan itu dikatakan zikir isi, manakala zikir orang kebanyakan yang terang lafaznya dikatakan zikir kulit.
Aku berlindung dengan Allah dari kesesatan dan kejahilan dan aku berlindung dengan Allah dari tipudaya syaitan
Wallahualam
"Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan. Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya. " [Asy-Syu'araa':210-211]
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. " [Al-Baqarah:208]
Jangan membuat keputusan daripada keputusan orang lain.. datanglah ke MNI Hulu Langat dan rasailaj sendiri..
PadamTIAP TIAP YANG BERNYAWA ITU PASTI AKAN MERASAI MATI.. Perbanyakkan mengingati ALLAH SWT
BalasPadam