Gua respek pemikir DAP.
Kembali kepada tahun lepas sewakti Seminar Dr Dzulkefly Ahmad, beliau telah berpesan "Jangan Takut untuk Engage" & "Jangan Engage kerana Takut".
"Engage", apabila saya buka kamus, ianya bermaksud serangan.
Saya ambil contoh satu isu.
Kerajaan Negeri Melaka membuat monorel di sepanjang sungai Melaka, untuk perlancongan dan bukannya untuk pengangkutan.
Ianya nyata membazir, Walaupun ianya "pengangkutan" ianya hanya untuk tengok-tengok, dan bukannya menyelesaikan masalah bagaimana nak pergi ke MITC dengan pantas daripada Jalan Hang Tuah.
Jadi banyak perkara boleh dilakukan samada bentuk serangan atau bukan serangan.
PAS Melaka .....
1. boleh hantar memorandum khusus untuk isu itu.
ATAU
2. boleh juga buat demo, baring depan jentolak.
ATAU
3. boleh juga saman kerajaan Negeri sekiranya ada berlakunya ketidakadilan pengambilan tanah.
ATAU
4.hanya tulis dalam risalah untuk diedarkan
ATAU
5. Kain rentang
ATAU
6. Kenyataan media
ATAU
7. buat larian disepanjang monorel itu, supaya menampakkan ianya tidak perlu.
(Kalau boleh lari, buat apa ada monorel)
ATAU
8. Tulis di blog sendiri
ATAU
9. hanya cerita ketika ceramah.
Perkara 1 hingga 8 adalah boleh dikatakan 'serangan', samada 'serangan' keras atau tidak keras.
Namun perkara yang popular dilakukan ialah no 9, iaitu hanya cerita dalam ceramah yang mana tidak boleh dikategorikan sebagai serangan.
Di Johor, Khairul Faizi dan kawan-kawannya cukup banyak membuat 'serangan'.
Serangan cukup ringkas, tak perlu banyak tenaga.
Hantar memo
hantar memo
Sampai menangis Inul dikerjakan Faizi.
Tak perlu sewa Sistem PA, cari balai, sediakan makanan, tampal poster, angkat sofa, dan... (senarai perkara yg perlu ada untuk aktiviti biasa).
Andaikata berlakunya satu serangan, serangan itu biasanya akan terkena kepada individu walaupun ia bukan ditujukan kepada individu.
Andaikata projek monorel terpaksa dihentikan, kontraktor akan marah Ali Rustam.
Sekarang ini, Ali Rustam terbukti Rasuah.
Boss, Mahu Serang atau Tak Mahu serang?
mari kita serang dengan cara apa sekalipun....kalau boleh aku nak guna cara yang ke sepuluh....
BalasPadambro cara C & H tu takda dah ke?
BalasPadamAT
Hari ini dalam sejarah...
BalasPadam1.Speaker Dun Perak sebagai tuan rumah sidang Dun telah diheret dan diusir keluar dari rumahnya oleh anggota polis berpakaian preman.Ada yang melihat Sivakumar diheret polis keluar dewan sebagai menyayat hati dan petanda semakin hilang demokrasi di Malaysia.Kat parlimen Israel tak ada pulak kes speakernya kena heret polis keluar dewan.
2.Mahathir atau Najib yang jadi PM.Confius rakyat pasal yang banyak bercakapnya Mahathir.Ada yang melihat najib tak ubah seperti boneka.
3.Pakai baju hitam kena tangkap.jangan pulak lepas ni minum kopi dan lepak kat warung kopi pulak kena tangkap.
4.Perak dah ada 2 MB,2 Speaker,2 barisan exco,2 SU Dun Perak.Tak lama lagi umno kena tempah 2 batu nisan petanda berkuburnya parti itu dan Perak menjadi destinasi sesuai sebagai pusara buat UMNO.
Lain-lain kengkawan semua boleh tambah
Salam ?
BalasPadamApakah UMNO tak merasa malu dengan PAS, hanya nak mencari kelemahan PAS sahaja walaupun UMNO tahu PAS dalam keadaan yang kukuh mendapat sokongan dari Melayu dan bukan Islam sekarang ini?
UMNOlah yang sepatutnya malu dengan sendiri kerana dalam 51 tahun.. walaupun mempunyai parti komponen MCA dan MIC belum pernah dia mendapat sokongan yang padu walaupun dari komponen mereka sendiri..
UMNO merasa cemburu apabila PAS mendapat sokongan padu daripada DAP sehingga PAS yang mempunyai kerusi tersikit dalam DUN Perak pun boleh melantik MB dengan sokongan DAP dan PKR..
Sedangkan kita lihat mereka cuba memainkan sentimen kaum sehingga mereka sendiri ditolak oleh kaum yang lain..Pernah ke UMNO mendapat sokongan Gerakan di Pulau Pinang? sehingga ke hari ini tak pernah pun melantik menteri dari kalangan melayu walaupun mereka mempunyai kerusi agak banyak suatu masa dahulu di Pulau Pinang.
Malah di Sabah sendiri mereka sendiri tak mendapat sokongan padu dari parti komponen mereka sendiri apabila berebut2 hendak menjadi KM sabah sehingga terpaksa mengadakan sistem penggiliran KM Sabah..
Jika benar UMNO mendapat sokongan sudah tentulah parti komponen mereka sanggup memberikan sokongan dan meletak jauh kepentingan
masing2 dalam memimpin negeri yang mereka menangi...
Tetapi yang saya lihat parti komponen mereka sendiri kadang kala membuat tuntutan yang UMNO sendiri anggap tak munasabah untuk di turuti contoh apabila MCA menuntut ekuiti 30% dihapuskan di semua kementerian...bukankah MCA sudah masuk campur dalam urusan dan hak2 Melayu kenapa tiada orang pun ahli UMNO yang membantah...?
Sememangnya mereka ini bekerjasama dengan UMNO atas dasar kepentingan bangsa masing2 dan poket sendiri sahaja..mereka mempertahankan hak Cina dan India tetapi mereka sendiri menggadai kepentingan hak2 melayu yang termaktub didalam perlembagaan..?
Melalui UMNO jugalah Hak2 kita banyak yang tergadai.. Fikirkan.. sejak merdeka sampai sekarang berapa banyak tanah melayu yang hilang dari kita.? bukan tanah sahaja tetapi membawa kepada kehilangan negeri seperti Singapura dan Pulau Batu Putih.. adakah tergadai ke bangsa lain kalau tak ke bangsa Cina yang menguasai Singapura..?
Kita lihat pula berapa banyak budaya Melayu yang dipupuskan oleh UMNO? dari tulisan Jawi sehinggalah kepada bahasa sendiri malah tak malu menghina bahasa sendiri kononnya belajar sains dan Mate dalam inggeris boleh maju..
Sedangkan kita lihat banyak budaya2asing yang di bawa masuk sehingga kita sebagai Melayu keliru yang mana benar budaya kita sendiri..
Siapakah yang bertambah kaya? bukankah tokey Cina yang membuka gedung2 pakaian berbagai fasion mengikut budaya asing..
Inilah kelemahan UMNO dalam 51 tahun ini dalam mengekalkan dan mempertahankan budaya sendiri sehingga kita sekarang semakin hilang Identiti kemelayuan kita.
Dan sekarang kehancuran yang UMNO bina ini mahu pula diletakkan kebahu PAS adakah UMNO langsung tidak tahu malu? Berpuluh tahun PAS berjuang menegakkan Islam dan mempertahankan Melayu..
Sedangkan UMNO sendiri melalui berbagai Program pula menyesat dan menghilangkan nilai budaya melayu sehingga Jatidiri orang melayu hilang sedikit demi sedikit malah semakin parah dewasa ini.. adakah UMNO muhasabah diri dan melakukan perubahan? jawapannya tidak ..malah menyalahkan orang lain pula..
Sekarang apabila PAS mendapat sokongan DAP mereka memfitnah dengan berbagai tohmahan dan cacian sedangkan mereka sendiri gagal mendidik kawanan mereka dari parti MCA dan MIC sendiri yang tak sudah2 nak menghapuskan hak2 melayu sendiri..
Walaupun PAS mendapat dokongan dari DAP dan PKR, PAS tidak menggadaikan prinsip Islam malah berjaya menonjolkan imej yang baik kepada bukan Islam sehingga mereka tertarik mengkaji Islam dan membaca Al-Quran sesuatu yang tak bisa dilakukan oleh UMNO dulu,Kini Dan hampir mati..
Tetapi UMNO bukan nak berkerjasama memajukan nilai Islam itu sendiri, malah dengan fikiran politik sempit mereka mengecam orang bukan Islam membaca Al-Quran dan mengenal Islam..Adakah orang bukan Islam di Zaman Rasulullah saw terus saja masuk Islam tanpa mengenal Al-Quran..?
Sedangkan Al-Quran sendiri diturunkan untuk semua manusia supaya beriman kepada Allahswt.. malah didalam Al-Quran sendiri tiada sempadan bangsa dalam beragama Islam, semua manusia adalah sama..
Jadi dimanakah sifat malu UMNO setelah bertubi2 dikalahkan dalam pilihanraya sebelum ini.. Nampaknya UMNO masih lagi mengekalkan sikap sombong dan angkuh mereka malah tak terfikir langsung untuk berubah malah masih lagi mengekalkan ciri2 kezaliman..
Makanya nantikanlah kejatuhan UMNO yang dah diberi peluang selama 51 tahun memerintah tetapi masih gagal meningkatkan kekuatan Melayu malah semakin lemah Melayu itu dibawah UMNO..
Ingatlah tiada sesuatu bangsa di dunia ini...Apabila bangsa itu memerintah bangsanya sepatutnya menjadi semakin kuat, bukan menjadi semakin lemah..
Alahai MelayuUMNO layu jadinya..
Wassalam