Saya melihat saranan "Kerajaan Perpaduan" sebagai satu langkah menolak sistem demokrasi berparlimen yang yang dihadiahkan oleh British setelah mereka mengakut hasil bumi kita.
Mungkin ada cara lain, selain daripada "Kerajaan Perpaduan" sebagai langkah membentuk sistem politik negara kita.
Selain itu persempadanan politik berasaskan penjajah juga perlu ditolak untuk jangka masa panjang.
Apa yang terjadi sekarang ialah hampir semua orang menerima secara bulat sistem demokrasi berparlimen sebagai satu-satunya cara membentuk kerajaan.
Sistem Demokrasi berparlimen hadiah daripada British adalah sistem yang tak elok kerana ia mempunyai sifat "Pemenang kaut semua" . Pemenang pula memilih menteri atau exco dikalangan pemenang itu sahaja.
Akan wujudnya situasi dimana beberapa orang yang layak menjadi Menteri atau exco di pihak yang kalah, hanya menjadi pembangkang.
Lihatlah betapa hodohnya sistem sekarang, dimana Perdana Menteri ditentukan oleh beberapa kerat perwakilan parti tertentu sahaja.
Di Negara lain, yang mengamalkan sistem demokrasi, caranya tidak 100% sama dengan di Malaysia.
Sistem Demokrasi ala Amerika ada banyak pilihanraya. Pilihanraya memilih perwakilan dan pilihanraya memilih ketua negara. Wujud pula pilihanraya memilih Ketua kawasan setempat.
Jadi terpulanglah pada rakyat Malaysia merekayasakan Sistem Demokrasi untuk Malaysia, semuai dengan keadaan Rakyat Malaysia.
Kita akan lihat siapa yang benar-benar mempertahankan ketuanan Sistem Demokrasi British, apabila wujudnya kertas cadangan penggantian sistem demokrasi.
Setuju. Tp ada org PAS yang totok sangat. UMNO ni korup di atas je. Bawah2 tu bleh diselamatkan lagi. Tp org PAS pn ada yg gila kuasa.Kekuatan PAS perlu dtg dari ilmu bukan emosi undian semata2.
BalasPadamTak perlu bentuk Kerajaan perpaduan dengan UMNO semata2 kerana tak nak ikut sistem Parlemen British. Malahan Sistem Parlemen British lebih baik dari kita kerana adenya House of Lords yang boleh "tolak" keputusan "House of Commons" dalam perkara2 tertentu. Sistem kita ade Dewan Negara yang jadi "rubber stamp" je.
BalasPadamKalau tak nak "winner takes all" bila berkuasa nanti pinda le kaedah pemilihan yang kita amalkan sekarang. Kita guna sistem "Proportional Represention", kemudian perkasakan Dewan Negara, melalui perlantikan orang2 yang berkewibawaan dan "Non-Partisan". PR berani buat?
Teman setuju kekuatan PAS perlu datang dari ilmu dan bukan emosi - Tapi harus ada kebijaksanaan dalam memilih "ilmu" yang mana nak guna. Perampas kerajaan sah Perak guna ilmu gak. Tapi ilmu pembelit.
Sebelum "tergamak" untuk kerajaan perpaduan. Tolonglah fikir sedalam dalamnya. Teliti sejarah perjuangan PAS malah teliti setiap perjuangan rakyat Malaysia. Dari zaman sebelum Merdeka hinggalah tsunami politik melanda setahun yang lepas. Sudah banyak darah yang meraka tumpahkan,akal dan jiwa dipenjarakan, maruah diperkosa. Tak layak dengan mereka PAS berpadu.
BalasPadamJangan takut bersendirian. Benar benar mahu menolak tinggalan penjajah? Sudah ada contoh di IRAN
Salam,
BalasPadamAsal ada usaha untuk perpaduan Melayu, timbullah golongan yang menentang. Hairan bila orang Melayu menentang perpaduan antara orang Melayu. Di dalam kampung saya ada orang Melayu UMNO, PAS dan PKR. Tak ada pun yang bergaduh pasal politik. Pasal lembu kambing atau ayam itik tu biasalah.
Perjuangan PAS yang sebenarnya telah tersimpang jauh apabila ada unsur dan ideologi barat meresap masuk ke dalam parti ini.
Maaf jika saya tersilap.
Kunang-Kunang ,
BalasPadamBila masa pula cerita ini bertukar menjadi "perpaduan Melayu" ?
aku bukan ahli mana2 politik..tapi aku mengikut perkembangan..so..aku nk tanya satu soalan saja kali ini.. apa maksud negara perpaduan pas dalam konteks masyarakat majmuk.. aku menyetujui islam adalah agama rasmi dan malaysia adalah negara Islam, tapi apa formula terbaik dari pas untuk mendaulahkan Islam di Malaysia lebih dari apa yang Umno dah buat di Malaysia, dalam masa yang sama dapat menghilangkan prejudis kaum lain pada pentadbiran Islam..
BalasPadamApakah formulanya? apakah modelnya..? bolehkah pas sahaja mengubahnya? revolusi? kita buat ala taliban dan terus memburukkan nama Islam? atau perlu ikot sistem parlimen yang dikatakan penjajah?
terus terang aku tolak PKR dan DAP dan aku malu tgk Pas bekerjasama dgn mereka. Sedangkan DAP terus memomok-momokan bukan Islam untuk tolak Islam, dan minta pas jgn berjuang untuk negara Islam.
Apa maksud negara Islam ni?
pada aku..solution adalah Umno dan Pas bekerjasama, tapi tidak bergabung.
Melayu Islam masih lagi majoriti di byk kawasan parlimen
Pada masa itu, jika Pas dan Umno bekerjasama demi Islam dan Melayu di tanah Melayu ini, 2/3 sudah di dalam genggaman..
fikirkan..jgn pakai Islam hanya pada baju dan kopiah..kalau islam tu hanya baju dan kopiah, sungguh kasihan umat Islam lain di sebelah dunia yang tak tahu kopiah tu ape..
apebende kerajaan perpaduan tu, apa modelnya, apa gerak kerjanya? macamana nk bentuk kerajaan tu?siapa yang nk dipadukan?.. jgn cuma bersorak saja tapi tak tahu utk menerangkan bila orang bertanya lebih lanjut.
semoga allah memberkati kita dalam mencari jalan keredhaannya.
baldi merah,
BalasPadamrilek2, kamu tahu kenapa PAS cukup fobia bekerjasama dgn UMNO? sbb dah pernah kena khianat dulu...dah pernah buat kerjasama dulu, bila menang UMNO tendang PAS keluar...sekali boleh la terkena, dua kali, no way :)