test

Rabu, 6 Mei 2009

Penarik Beca Mengaku Benak, Sedikit Perbezaan Kerajaan Perpaduan TGHH dengan Hasbullah Pit

Syabas kepada Bang Bakaq kerana mengaku Benak bab Kerajaan Perpaduan.

Saya pula sejak daripada mula timbulnya "Kerajaan Perpaduan", saya telah meneka apa maksud hati TGHH dengan hampir tepat.

Yang menghairankan, bukankah Bang Bakaq pembaca blog saya ?

antara tulisan awal saya berkaitan dengan Kerajaan perpaduan
TGHH orang tua, saya muda, jadi saya keras sikit.

Saya guna ayat "Tolak Sistem Demokrasi Penjajah", TGHH sebut "Kerajaan Perpaduan".

TGHH sebut Britain sebagai contoh,

"Kita telah mengalami masalah demokrasi yang semakin hari semakin menguncup termasuk dalam UMNO yang dilanda politik wang. Oleh itu saya mencadangkan kerajaan perpaduan yang melibatkan semua parti politik kerana ia bukan perkara baru. Kerajaan seperti ini pernah ditubuhkan di Britain, Afrika dan Indonesia," katanya

Manakala saya Tolak Inggeris.

TGHH mengatakan masalah demokrasi, saya pun sama.

Saya katakan sistem demokrasi Inggeris ini tidak adil.


Baru semalam saya tulis tentang hodohnya Sistem Demokrasi yang menebabkan kerusi boleh 'diberi'


Manakala dalam sistem demokrasi perwakilan berkadar, salah satu tujuan utamanya ialah untuk mengurangkan undi yang membazir.

Saya pernah tulis tentang

Saya bukanlah mengajak anda semua untuk sokong secara bulat Sistem Demokrasi Perwakilan Berkadar. akan tetapi buat masa ini itulah sistem demokrasi yang paling adil. Tidak banyak undi yang dibazirkan.

Boleh lupakan masalah berebut calon, kerana masih boleh undi parti sendiri walaupun calon tak bertanding.

Di Jerman CDU/CSU menang pilihanraya, orang CSU/CDU jadi chancellor.
Tetapi parti yang kalah pun ada pegang kabinet.

CDU/CSU bentuk pakatan dengan FDP
SDP bentuk pakatan dengan Hijau.

Tapi dalam kertas untuk, semua orang boleh undi parti masing-masing.



Di Malaysia, kerusi boleh "diberi".

Tapi kalau guna sistem perwakilan berkadar, Kejadah apa nak beri kerusi kalau semua orang boleh undi parti masing-masing?

4 comments:

  1. begini bro....


    skang ni yg jadi isu bukanlah ttg maksud UG tu...tp sy tgk mslh dia adalah berpunca dari TG Haji Hadi yang saya kira gagal dalam berpolitik..
    TGHH bagi idea...kena siapkan la homework dulu...dah bagi idea mesti mau kena bagi penerangan...kan...kann...

    ini idak.. u bagi idea..pastu u ghaib.jenuh beb geng22 Pas nak jelaskan maksud UG tu...x pasal2 sesama jemaah bercelaru..tgk kes Nik Abduh duk bising di Klate..pasal UG ni jgk..habis kena tibai oleh Nik Abduh.hah..kan satu hal ola nak setel tu..


    Bro Hasbullah Pit namapak tak kecelaruan yg di timbulkan oleh TGHH ni..sbb apa... x pandai berpolitik...dlm politik byk juzuknya..

    saya berpendapat nak jadi Press apa yang penting ialah keupayaan taktikal mengolah isu dan mengatur organisasi.

    Bercelaru beb....kedian plak TGHH balik malaysia duk kata orang jahil bab UG...aduiii....la u punya cadangan , u kena bagi penerangan la beb...x semua org tahu benda yg u tahu..

    contoh budak tadika la saya bagi utk BRo, katakan saya mengajar MAtematik tajuk Trigonometry, pastu saya menghilang tanpa bagi lecture..mesti mau bengong budak2 tu...pastu sya dtg balik tuduh budak2 ni jahil dan malas membaca...

    wakakakkakakak....kelakar kan...

    tahap macam ni ke individu yg Bro nak pertahankan sbg Pres...hancus beb..hancus...

    Bab keilmuan TGHH jgn cerita la...warak..iman tinggi, akhlak bagus...saya tabik 25 kali...

    BalasPadam
  2. Banyak kerja tu. Nak suruh BN ubah sistem sekarang yg dia rasa sedap sangat. Dia nak ka?

    Yang senang lawan itu BN dulu. Memang nampak macam mustahil mau jatuhkan BN. Tetapi, bukankah kemenangan pembangkang di lima negeri juga dianggap mustahil dulu?

    Siapa pernah terfikir pembangkang boleh menang di Kedah, Selangor dan Perak serta kurang dua tiga kerusi sahaja berbanding BN di Negeri Sembilan?

    Siapa fikir PAS boleh menang dua kerusi DUN di Johor.

    Buatlah kerja yang kita boleh buat dahulu. Jangan kerja yang boleh buat tak nak buat bagi habis, nak merengek minta orang tukar sistem yang dia memang rasa sedap dengannya.

    Sampai kita mati pun dia tak akan tukar kalau dia rasa lazat sangat dengan sistem tu.

    BalasPadam
  3. owh camtu ke? .. kiranya main cakap tanpa buat paper work sehingga membuatkan orang lain keliru dan langsung tak faham .. ape kena ngan hadi pada masa tu? mamai ka apa? haha

    BalasPadam
  4. owh camtu ke? .. kiranya main cakap tanpa buat paper work sehingga membuatkan orang lain keliru dan langsung tak faham .. ape kena ngan hadi pada masa tu? mamai ka apa? haha

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit