Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2008

Hatiku meronta

Entah mengapa, hatiku ini seolah-olah meronta-ronta untuk pergi ke pengkebumian Datuk Ishak Baharom , esok pagi. Entah mengapa saya merasakan saya perlu hadir disitu. Keputusan akan dibuat awal pagi esok.

Tentera Rom Siti Nurhaliza

Semalam saya menonton seketika Anugerah Juara Lagu ke-n (n 0 Integer yang saya lupa). Saya amat terpesona dengan Kreomatografi lagu Destinasi Cinta nyanyi Siti Nurhaliza. Walaupun saya mempunyai Album Transkripsi Siti Nurhaliza, namun itu bukan lagu yang saya suka dengar, tidak tahu pun itu popular. Kufikir ia hanya pelengkap album sahaja. Mari kita lihat video ini:- (bukan akaun youtube saya ) Tertarik sungguh saya akan tariannya dan muziknya. Seakan ada unsur "perang", Ada beberapa panji ala Cina berwarna hijau, mengepung penari yang berpakaian seperti tentera Rom. Terus saya teringat kisah lama bagaimana Islam menumbangkan Rom pada peperangan Yarmuk , walaupun bilangan tentera Rom 5 kali ganda. Ketika dalam masih peperangan Komander tentera Khalid al-Walid diturunkan pangkat, Namun dia tetap berjuang kerana katanya " Aku Berjuang Bukan Untuk Umar " . Berbalik kepada Tentera Rom Siti Nurhaliza, ia kelihatan cuba bergerak, namun tak bergerak. Walaupun berpusing-pu...

Hobi subversif untuk Adi Putra

Dalam minggu lepas ramai yang memperkatakan tentang Adi Putra, pelajar yang pandai matematik itu. Banyak pihak mengatakan bahawa dia perlu kesekolah khas, dia ditempatkan di sekolah antarabangsa, kemudian keluar, dengar pula dia cuma mengambil A Level di rumah. Ada pendapat menyuruh dia mengambil UPSR tahun ini . Hampir kesemua pendapat mencadangkan supaya dia cepat habis belajar. Bagi saya, buat apa perlu cepat habis belajar? Tidakkah dia akan hilang banyak pengalaman bersekolah? Sudahkah dia menaiki bas sekolah? Sudahkah dia jadi pengawas sekolah? Pengawas perpustakaan, pengakap? Sudahkah dia mempunyai pengalaman mewakili sekolah dalam sukan atau kuiz? Pernahkah dia dihukum mencabut kemuncup di padang sekolah? Sudah puaskah dia bermain bola sepak, "police sentry", menyorok-nyorok? Sudahkah dia tahu lawak kanak-kanak , cuba sebut laju laju "Bas datang kau naik" "Bas datang kau naik" Pernahkah dia menjadi ketua murid? Sungguh banyak pengalaman yang boleh d...

Tak Restu 13 Mei Berulang

Sila terbitkan kenyataan bersama ini di blog anda jika anda tidak merestui politik ugutan sehingga Chew menarik balik kenyataanya dan meminta maaf. [Klik sini untuk versi Melayu dan Cina .] Tak Restu 13 Mei Berulang - Ahli Parlimen Chew Mei Fun mesti tarik balik and minta maaf atas kenyataan beliau Kami, badan-badan masyarakat madani dan warganegara prihatin yang berbagai kaum, agama dan latarbelakang, menegaskan bahawa semua anak Malaysia mempunyai hak untuk memilih wakil rakyat dan kerajaan malalui pilihanraya yang bebas, adil dan bersih. Tiada ahli politik atau parti politik harus menggunakan ugutan atau ancaman untuk mempengaruhi para pengundi. Kami kesal bahawa Datin Paduka Chew Mei Fun, Ahli Parlimen untuk Petaling Jaya Utara (MCA), seperti yang dilaporkan oleh China Press pada Januari 21 (Isnin) telah mengeluarkan kenyataan yang bersifat ugutan atau ancaman: “ Jika tiada perwakilan Cina yang mencukupi dalam BN, ia bukanlah sesuatu perkara yang baik, komuniti Cina t...

Faizal Tahir yang tidak melawan

Dalam minggu lepas, kecoh tentang berita Faizal tahir yang membuka baju secara langsung dalam persembahan di Saluran 8TV, maka secepat kilat dia dicemuh satu negara. Akibat tindakan yan memalukan itu, dia dikenakan tindakan yang AGAK keras oleh pelbagai pihak . Kalau dari sudut hukum, dia hanya mendedahkan kurang dari 20% daripada auratnya, dan dikenakan tidakan sebegitu, namun ramai juga yang mendedahkan lebih dari 80% auratnya tidak dikenakan tindakan. Siapa Faizal Tahir untuk melawan? dia hanya artis melayu biasa, dan dunia sudah maklum artis melayu sering diperkotak katikkan oleh pihak yang lebih besar. Dia bukan Anwar Ibrahim atau Suwandi . Disebabkan tindakan dia amat "memalukan", bukannya berdasarkan berapa banyak aurat yang didedahkan, Maka dia dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang rimba. Ramai ahli sukan yang membuka baju selepas perlawanan, sehingga bertukar aju dengan pasukan lawan, tidak dikenakan tindakan, kerana ia tidak "memalukan". Ramai peren...

Keuntungan TNB suku pertama adalah 1.64 bilion

Tenaga Nasional berhad memperoleh keuntungan sebelum cukai suku pertama sebanyak RM 1.64 bilion. Secara kiraan kasar, keuntungan TNB setahun ialah 6.5 bilion. During the quarter under review, net profit jumped 22% to RM1.51bil, or 34.97 sen per share, from RM1.25bil, or 29.78 sen per share in the previous corresponding quarter, while pre-tax profit rose to RM1.64bil from RM1.33bil previously . Terima kasih kerana kenaikan tarif elektrik yang membolehkan TNB untung besar. Akan tetapi, TNB masih lagi mempunyai hutang sebanyak RM 2.2 bilion, dimanahampir separuh hutang itu dikira dalam matawang asing. Meanwhile, nearly half of TNB’s gross debt of RM22.8bil as at end-Nov 2007 is denominated in foreign currency, mostly in dollars and yen, and any appreciation in the ringgit gives it a foreign exchange translation gain. Seperti yang sedia maklum, antara punca peningkatan kos TNB adalah kenaikan harga minyak, manakala salah satu punca kenaikan harga minyak, dan arang batu adalah berpunca ...

Pemenang Subaru Impreza Dalam Peraduan PETRONAS Super Car Craze

KUALA LUMPUR, 14 Januari – Seorang ahli perniagaan berusia 39 tahun dari Pasir Mas, Kelantan, Encik Mohamad Sukri Bin Zakaria, telah diumumkan sebagai pemenang hadiah utama Peraduan PETRONAS Super Car Craze bagi bulan Disember 2007, sekaligus membawa pulang sebuah kereta baru Subaru Impreza STi bernilai lebih RM210,000.

Ramalan Tarikh Pilihanraya 23 mac 2008?

Tarikh pilihanraya memang menjadi spekulasi ramai orang, hampir kesemua meneka ianya akan berlaku sebelum april, kerana selepas april, Anwar Ibrahim dibenarkan untuk bertanding. Selain daripada kalendar masehi , Kalendar hijrah dan kalendar cina dijadikan rujukan, Kalendar F1 tidak dikecuali dijadikan rujukan untuk menetapkan tarikh pilihanraya. Berdasarkan pada pilihanraya 2004, Pilihanraya dijalankan serentak dengan hari perlumbaan Formula 1 GP Malaysia, bersamaan hujung minggu ke-2 kalendar F1. Walaupun membuatkan pilihanraya serentak dengan penganjuran Formula 1 adalah sesuatu yang tidak kena, akan tetapi perkara itu tidak mustahil bagi PakLah, kerana dia telah melakukannya sebelum ini. Dan tidak dinafikan PakLah mampu untuk mengulangi sejarah dan seterusnya mencatat rekod dunia, satu-satunya pemimpin yang membuat pilihanraya serentak dengan F1 selama 2 kali. Pasti rekod ini tidak akan dipecahkan oleh negara lain. Jadi dengan ini saya meramalkan pilihanraya adalah 23 Mac 2008, b...

Isu kenaikan harga barang, Kementeri Kewangan tidak dipersalahkan?

Semalam (14 jan), saya pergi ke satu sesi KPDN "menerangkan" tentang isu kenaikan harga barangan. Dalam ucapan Datuk Shafie Afdal, dia begitu terperinci menceritakan tentang "subsidi" untuk menurunkan harga, penyeludupan, masalah-masalah yang dihadapi untuk menangani kenaikan harga. Akan tetapi dia hanya bercakap tentang dunia dia, dimana dalam sistem kawalan harga sekarang, amatlah sukar untuk mengawal harga. Akan tetapi, dia tidak sedikitpun menyalahkan kelewatan PakLah selaku menteri kewangan pertama melepaskan tambatan ringgit sebagai punca segala masalah kenaikan raga. Susah juga, menteri kewangan adalah boss dia, kalau menteri kewangan hanya rakan sejawat dia, mungkin dia boleh "marah" kementerian kewangan. Maka pada sesi soal jawap, saya bangkit untuk mengemukakan soal matawang yang menjadi punca segala masalah. "Harga minyak dalam USD naik 100% dalam 5 tahun" "Harga minyak sawit juga naik" "Akan tetapi nilai dollar merosot ...

Sejarah Hijrah: Ustaz Kamarudin Sidek di Bukit Tembakau

Berikut adalah ceramah Maal Hijrah oleh Ustaz Kamarudin Sidek di Bukit Tembakau, Umbai Melaka. pada 13 januari 2008 Kali ini saya tidak lagi memegang kamera telefon menggunakan tangan seperti ceramah dahulu , tapi sudah beli tripod, akan tetapi kamera yang betul-betul belum dibeli lagi. Ceramah ini amat informatif, jadi luangkan masa 54 minit untuk mendengarnya. Untuk muaturun seluruh video, atau benamkan ke laman blog anda, sila ke http://video.google.com/videoplay?docid=-4705743152182886216&hl=ms Klik sini untuk membaca tentang Kelandar Hijrah

Ramalanku benar belaka (Gempa Bumi)

Setelah saya membuat kiriman blog meramal gempabumi semalam , saya pun membuka google news, dan mendapati gempa bumi berlaku di 3 tempat. Ada yang berlaku sebelum ramalan, ada yang selepas. Gempa bumi sebelum ramalan. Di Algeria, 5.3 skala richter mengorbankan seorang wanita Di Oregon Amerika, 6.4 skala richter Gempa bumi selepas ramalan benar-bernar berlaku di California, 3.0 skala richter sahaja . Walaupun gempa bumi itu kecil, ramalanku dikira benar :) Terdapat satu berita menunjukkan Saintis Amerika menemui gempa bumi boleh memberi kesan kepada aktiviti neuron . Di dunia ketiga, Orang Kampung di Merlimau sudah lama tahu walaupun berada diluar kawasan gempa bumi.

Kalendar Hijrah, Maal Hijrah, Awal Muharam

Selamat menyambut tahun baru Hijrah. Marilah kita kenangkan peristiwa hijrah yang penuh bermakna itu. Di sini saya bukan menceritakan akan peristiwa hijrah, kerana pasti ramai Ustaz yang menceritakannya. Mungkin anda pernah terfikir, dulunya "Awal Muharam", kemudian "Maal Hijrah", yang mana satu betul? Bagi saya kedua-duanya betul. Mungkin ramai diantara kita menyangka peristiwa hijrah berlaku tepat pada 1 Muharam 1429 tahun (hijrah) yang lalu. Akan tetapi sebenarnya bukan. 1429 tahun yang lalu, Peristiwa hijrah memang berlaku pada tahun itu akan tetapi bukan tepat pada 1 Muharam. Ianya berlaku pada bulan safar. 26 Safar. Dulu saya juga menjangkakan ianya memang berlaku tepat pada 1 muharam, Akan tetapi mushkil juga, bagaimana hijrah boleh berlaku tepat-tepat 1 haribulan kalendar arab. Walaupun sudahnya berlaku hijrah, kalander hijrah belum ada. Yang ada hanya kalendar arab menggunakan bulan yang sama dengan kalendar hijrah akan tetapi menggunakan peristiwa penting ...

Khairy Jamaludin rupanya baru tahu

Cendiakawan Oxford, Khairy Jamaludin akhirnya baru tahu yang Orang Indonesia tidak suka dipanggil "Indon". Petikan KJ di berita harian ... "Jika kita tahu panggilan ini menyakitkan hati mereka (rakyat Indonesia), saya percaya kita perlu berhenti menggunakan panggilan itu. " Adakalanya saya tertanya adakah dia tahu yang Pluto sudah lagi tidak menjadi Plane t? Adakah dia tahu yang Bluejacking berasal dari Malaysia ? Sudah pasti dia akan mencadangkan anugerah Dato kepada "Ajack" Bercakap tentang panggilan, Adakah dia tahu yang orang Acheh tidak suka dipanggil sebagai orang Indonesia? dan Orang Merlimau tidak suka dipanggil sebagai orang Jasin? Adakah dia tahu yang Selatan Thai itu patut dimerdekakan oleh orang Melayu? Akhir sekali, adakah dia tahu bahawa ramai orang tidak suka dia?

Krisis Minyak masak Malaysia di atas kertas

Ramai yang tidak faham mengapa boleh ada krisis "kekurangan" minyak masak di Malaysia yang banyak pokok kelapa sawit, pokok kelapa, Pokok itu, pokok ini, segala jenis pokok yang boleh dijadikan minyak masak. Kalau zaman dulu, minyak kelapa sering dijadikan minyak masak. sering kelihatan orang menjemur kelapa di laman rumah. Akibat "kekurangan" minyak masak ini, ada juga agensi yang berminat untuk memproses minyak masak. Kalau tidak salah saya, felda ingin membuat minyak masak. Akan tetapi, isu "kekurangan" minyak sawit ini bukanlah berpunca dari kekurangan minyak sawit. Minyak sawit banyak, akan tetapi kalau diproses, ianya tidak mampu untuk dijual dengan harga RM 2.50 sekilogram akibat kenaikan minyak sawit. Pengilang memerlukan lampu hijau dari kerajaan supaya dapat subsidi yang memurahkan minyak masak itu. Akan tetapi disebabkan oleh minyak sawit melonjak, (jiga disebabkan oleh kejatuhan dollar dan kenaikan harga minyak), harga minyak sawit itu menjadi ...

DVD Chua Soi Lek dan VCD Ceramah

Akhir akhir ini, Video lucah Menteri Kesihatan Chua Soi Lek disebarkan dalam bentuk Video DVD. Pada masa yang sama, saya dan rakan saya menebarkan VCD ceramah dari rumah ke rumah. Ketika mulanya tersebar DVD Chua Soi Lek, maka saya terfikir, kenapa Format media skandal yang disasarkan kepada golongan Cina, lebih baik dari format media yang disasarkan untuk orang kampung? Ketika saya menyebarkan VCD ceramah, kami perlu bertanya tuan rumah, samada ia mempunyai pemain VCD atau tidak. Sambil mengedar risalah, saya terjenguk juga di dalam rumah orang, samada mereka ada pemain DVD atau tidak. Ada rumah yangmempunyai "Hi Fi complete set" yang boleh memainkan VCD. Nampaknya untuk dia naiktaraf kepada DVD, dia perlu beli 1 set yang baru? kebanyakan "HiFi" zaman sekarang pula tidak mempunyai "Line in". Akan tetapi, jika rumah itu hanya ada pemain VCD yang disambung terus kepada TV, maka mudahlah ia menaiktaraf ke DVD, kerana dia hanya perlukan membeli pemain DVD. Na...

Jangan keliru

Cara ini , atau cara ini hanyalah untuk pelawat boleh melihat blog yang tidak dibuang iklan advertletsnya. Bagi pemblog, anda perlu membuang sendiri iklan advertlets anda. Jadi, pada pengguna blogger, oleh kerana anda tidak boleh logmasuk dari blog anda. Anda perlu log masuk dari blogger.com untuk buang iklan itu. Setelah buang iklan advertlets di blog sendiri barulah anda guna Cara ini , atau cara ini untuk melawat blog orang lain termasuk blog orang lain yang belum buang iklan advertlets.

Cara alternatif untuk blok advertlets (guna Firefox)

Bagi pembaca blog (visitor) yang mungkin tak tahan banyak blog tak boleh dibuka. Akan tetapi tak faham pula apa yang ditulis oleh saya sebelum ini. maka boleh guna cara alternatif yang lebih mudah (rasanya). Bagi pengguna firefox. Sila pasang addon ini. Works with: Firefox: 0.7 – 2.0.0.* Install Now Kemudian, Pergi ke Tools-> AdBlock -> Preferences Tambah :- apps.advertlets.com www.advertlets.com Harap blok sementara sahajalah. *Terima kasih kepada Shadowfox

Blok sementara www.advertlets.com

Akibat dari terlupa nak perbaharui domain maka ramai pembaca blog tak boleh membaca blog yang mengandungi iklan advertlets. pemblog yang pantas, mungkin akan buang iklan itu serta merta, namun ramai lai yang tak sempat nak buang. maklumlah, hari cuti. Jadi jika anda pengguna biasa, tak dapat baca blog kerana dia dilencongkan ke laman web tertentu, maka ini caranya. untuk pengguna linux/ unix, sila tambah di fail /etc/hosts "127.0.0.1 advertlets.com www.advertlets.com" untuk pengguna windows pula, cuba `find` fail bernama "hosts", kemudian edit fail itu , tambah seperti yang saya tulis di atas. Saya pun tak pasti dimana letaknya fail itu. MacOSX? lebih kurang juuga, janji, kita suruh komputer kita pergi ke localhost bila nampak nama advertlets.com OK kakjie cuba dulu...

Barisan Pelumba Formula1 musim 2008

Barisan Pelumba Formula1 musim 2008 Scuderia Ferrari Marlboro 1. Kimi Raikkonen 2. Felipe Massa BMW-Sauber F1 Team 3. Nick Heidfeld 4. Robert Kubica Kereta akan dilancarkan pada 14 januari 2008 ING Renault F1 Team 5. Fernando Alonso 6. Nelson Piquet Jr. Kereta akan dilancarkan pada 22 januari 2008 AT&T Williams 7. Nico Rosberg 8. Kazuki Nakajima Red Bull Racing 9. David Coulthard 10. Mark Webber Panasonic Toyota Racing 11. Jarno Trulli 12. Timo Glock Scuderia Toro Rosso 14. Sebastien Bourdais 15. Sebastian Vettel Honda Racing F1 Team 16. Jenson Button 17. Rubens Barrichello Super Aguri F1 Team 18. Takuma Sato 19. Anthony Davidson Force India Formula One Team 20. Adrian Sutil 21. (akan diumumkan) Vodafone McLaren Mercedes 22. Lewis Hamilton 23. Heikki Kovalainen Banyak lagi pasukan yang belum umumkan bila kereta baru akan dilancarkan. Barisan pelumba itu menunjukkan Alonso akan mempunyai rakan sepasukan yang boleh menggugat dia seperti tahun lepas.

Harga Emas dan Minyak mentah pecah rekod.

Harga emas melepasi USD 850, Harga Minyak mentah melepasi USD 100, Nilai ringgit tertinggi selepas gawat. Yang pasti USD yang jatuh. dan USD akan jatuh lagi dan lagi waalupun ia akan naik kembali selepas ini.

Video Chua Soi Lek : Pemberian kondom percuma

Sekarang heboh tentang video Lucah Chua Soi Lek dalam format DVD (bukan VCD) yang disebarkan di kawasan tertentu di johor. Digemparkan pula apabila dia mengaku dialah orang yang di dalam video itu, namun tidak meletak jawatan. (imej dari blog vangardx) Tahun lepas, eh 2 tahun lepas, sibuk cerita tentang program pemberian kondom percuma oleh Kementerian Kesihatan. Idea siapakah itu? Idea Chua Soi Lek atau idea wanita itu? Menurut laman ini , video itu juga dirakam pada 2 tahun lepas. Dr Chua had admitted he was the person in the DVD, which was r ecorded two years ago Walaubagaimanapun, timbul persoalan, bagaimana video itu dirakam sehingga dari 4 penjuru . Sudah tentu ada pihak yang cuba menjatuhkan beliau. Selain dari itu, secara teknikal, timbul satu persoalan "Adakah format DVD bersedia menggantikan VCD sebagai media penyebaran video"? "Berapa peratuskan rumah yang mempunya pemain DVD"?

Tahun baru, Tamatnya jaminan tidak menaikkan harga minyak.

Pada 31 Disember 2007, apabila menjelang 2008, ramai yang sudah tahu, tamatnya jaminan Perdana Menteri minyak tidak dinaikkan "tahun ini". Saya telah bersedia lebih awal, sejak awal disember, kerana jualan minyak pada krismas dan Hari Raya Korban tidak boleh diduga. Jadi saya telah membuat pengubahsuaian pada pesanan supaya tangki penuh pada 31 Disember. Walaupun saya amat pasti minyak tidak akan dinaikkan sebelum pilihanraya, akan tetapi langkah berjaga-jaga perlu diambil. Akan tetapi pengguna lebih kedepan dalam mengetahui tentang kenaikan harga minyak. Pada petang hari, wawa menelefon saya untuk kepastian kenaikan harga minyak, kerana menurut nabora , telah heboh berita tentang kenaikan harga minyak. Akan tetapi saya sendiri tidak pula mendapat SMS tentang kenaikan harga minyak. Ada yang begitu yakin ia akan dinaikkan 40 sen. Walaupun jam sudah melebihi 12 pagi, mereka tetap datang dengan penuh yakin. Mereka berasa lega kerana harga minyak belum dinaikkan. Kemudian ada l...