Langkau ke kandungan utama

Catatan

Mana lebih ramai? Sokong British atau lawan British?

Kita tidak pernah dihidangkan dengan statistik berapa peratuskan penduduk Tanah Melayu menentang British pada 1880 berbanding 1900 , 1920 , 1935 , 1947 , 1955. Mungkin juga yang menentang British adalah terlalu minoriti Mungkin juga, kemerdekaan adalah bukan matlamat, memandangkan British sudah membawa kemodenan, peluang pekerjaan, jalan keretapi dan sebagainya Berapa ramaikah yang menentang British pada 1900? 1% ? 0.05 % ? Berapa ramai pula yang kerja dengan British? "Kerja Gomen" Cikgu, Polis , 'Askar Melayu' Agaknya mana yang lebih ramai? kerja dengan British atau menentang British? atau ada yang 2dalam1? (kerja gomen tapi lawan British)

Kawalan Harga nak murah atau nak mahal?

Biasanya orang nak sangat "kawalan harga" sebab nak beli murah. Tapi aku pernah alami 1 situasi dimana orang nak "kawalan harga" supaya lebih mahal. Ceritanya sebegini, dalam 2 tahun lepas, Banyak buah duku masak ranum di kawasan berdekatan sini. Maka harga duku jatuh. Ada peraih duku yang sanggup ambil pada harga 30 sen sekilo sahaja. Maka timbulkah suara "Kenapa Kerajaan tak buat sesuatu, ha rga duku sudah jatuh" Apa jadi kalau ketika itu ada kawalan harga duku, maksimum = 20 sen sekilo? Bukankah ketika banyak duku, bererti rezeki melimpah? Negeri lain tiada duku. ... Maka mari kita jenguk balik hadis popular hari ini:- Anas bin Malik berkata: “Harga barang telah menjadi mahal di Madinah pada suatu ketika di zaman Rasulullah s.a.w. Maka orang ramai pun berkata: “Wahai Rasulullah! Harga barang telah mahal, tetapkan harga untuk kami”. Jawab Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, yang menyempit dan ...

Harga Barang naik disebabkan harga minyak?

Harga minyak baru sahaja naik 20sen. Ramai yang berfahaman "Harga minyak adalah punca kenaikan harga barang" , mungkin akan bersetuju dengan ideologi "turunkan harga minyak, harga barang turun". Sejauh mana kebenarannya? Saya masih lagi berpegang, bahawa harga barang naik adalah disebabkan oleh penurunan nilai ringgit, yang disebabkan oleh pengembangan bekalan matawang. Bagi sesiapa yang berpegang pada ideologi "Harga minyak adalah punca kenaikan harga barang" , tidakkah terfikir bahawa sepanjang 2010 sehingga 2013, walaupun tiada kenaikan harga minyak , harga barang tetap naik? Pada akhir 2010 , M3 adalah 1,088,969 juta (baca 1.088 trilion) Pada julai 2013 , M3 adalah 1,430,627 juta (baca 1.43 trilion) 1.43-1.088 = 0.342 trilion =...

Sukarnya kita menjaga privasi pada zaman ini

Saya seringkali sedikit terlewat untuk menggunakan Aplikasi Internet , berbanding orang lain. Guna facebook lambat setahun, guna google map, memang lewat. Berpunca daripada masalah privasi. Disebabkan enggan memberikan alamat emel sebenar pada facebook, maka saya gunakan alamat emel khusus untuk dilacurkan untuk digunakan pada facebook. Namun, tak terhenti setakat itu, Media sosial, aplikasi web yang lain, seolah2 tanpa segan silu meminta no telefon pula. Jika refuse, anda mungkin hilang peluang untuk menyelamatkan akaun anda. Nampak gayanya perlu ada no telefon khusus untuk dilacurkan pula. Terkini, baru tahu google map menyimpan rekod perjalanan kita kalau kita login dan enable location, bila nak gunakan google map. Nampak gayanya, saya perlukan 1 akaun google pula khas untuk dilacurkan. Terkini google nak beli Waze pula.

Limau