Home »
» Sukarnya kita menjaga privasi pada zaman ini
Saya seringkali sedikit terlewat untuk menggunakan Aplikasi Internet , berbanding orang lain.
Guna facebook lambat setahun, guna google map, memang lewat.
Berpunca daripada masalah privasi.
Disebabkan enggan memberikan alamat emel sebenar pada facebook, maka
saya gunakan alamat emel khusus untuk dilacurkan untuk digunakan pada
facebook.
Namun, tak terhenti setakat itu,
Media sosial,
aplikasi web yang lain, seolah2 tanpa segan silu meminta no telefon
pula. Jika refuse, anda mungkin hilang peluang untuk menyelamatkan akaun
anda.
Nampak gayanya perlu ada no telefon khusus untuk dilacurkan pula.
Terkini, baru tahu google map menyimpan rekod perjalanan kita kalau
kita login dan enable location, bila nak gunakan google map.
Nampak gayanya, saya perlukan 1 akaun google pula khas untuk dilacurkan.
Terkini google nak beli Waze pula.