test

Isnin, 9 September 2013

Kawalan Harga nak murah atau nak mahal?

Biasanya orang nak sangat "kawalan harga" sebab nak beli murah.

Tapi aku pernah alami 1 situasi dimana orang nak "kawalan harga" supaya lebih mahal.

Ceritanya sebegini, dalam 2 tahun lepas, Banyak buah duku masak ranum di kawasan berdekatan sini. Maka harga duku jatuh.

Ada peraih duku yang sanggup ambil pada harga 30 sen sekilo sahaja.

Maka timbulkah suara "Kenapa Kerajaan tak buat sesuatu, harga duku sudah jatuh"

Apa jadi kalau ketika itu ada kawalan harga duku, maksimum = 20 sen sekilo?

Bukankah ketika banyak duku, bererti rezeki melimpah? Negeri lain tiada duku.

...

Maka mari kita jenguk balik hadis popular hari ini:-

Anas bin Malik berkata:

“Harga barang telah menjadi mahal di Madinah pada suatu ketika di zaman Rasulullah s.a.w. Maka orang ramai pun berkata: “Wahai Rasulullah! Harga barang telah mahal, tetapkan harga untuk kami”.

Jawab Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, yang menyempit dan melimpahkan (kurniaan), yang maha memberi rezeki. Sesungguhnya aku berharap untuk menemui Allah dalam keadaan tiada seorang pun dalam kalangan kamu yang menuntut daripadaku haknya yang dizalimi samada pada darah atau harta”.

(Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Darimi dll. Dinilai sahih oleh al-Albani)


Google+ Hasbullah Pit