Langkau ke kandungan utama

Catatan

Lepaskan BTN ke Pasaran Terbuka

Akhir akhir ini ramai yang hentam BTN. Mana tidaknya, kursus oleh kerajaan, guna duit rakyat, racun fikiran untuk menyokong 1 belah pihak. Kalau kita nak boikot BTN pun nk buat apa, bukannya kita sertai kursus BTN setiap hari. Jadi, apa kata kalau kursus BTN itu dilepaskan ke pasaran terbuka, dengan tiada siapa mewajibkan kakitangannya atau pelajarnya menghadiri kursus. Kalau kursus BTN itu adalah berbayar seperti kursus motivasi swasta atau badan NGO yang lain, agak-agaknya ada tak pihak yang sanggup bayar untuk hadiri kursus itu?

Pegawai Bank Durjana Mana yang nak Lelong rumah PPRT?

Diberitakan daripada blog Fariz , Kerajaan Negeri Selangor nak beli rumah PPRT sekiranya dilelong oleh Bank. Xavier berkata, ini berikutan daripada gesaan bank kepada kerajaan negeri supaya bertindak menyelesaikan hal ini .Katanya, bank akan melelong rumah-rumah tersebut sekiranya penghuni tidak dapat menjelaskan sewa dalam tempoh tertentu . Bagaimanapun, kerajaan negeri dalam usaha untuk mendapatkan jumlah tunggakan yang sebenar. "So dalam mesyuarat Exco kita telah bincang isu ini dan mungkin kita akan adakan satu program baru dimana kita akan minta bank-bank ini bila rumah-rumah ini yang dibiarkan dan tidak dibayar, mereka kena beritahu dengan kerajaan dulu berapa ramai rumah dia, siapa yang beli, siapa tak boleh bayar dan nak lelong untuk berapa". Besar kuasa Bank, suka-suka mahu lelong rumah PPRT. Siapa yang lebih berkuasa, Kerajaan Negeri atau Bank? (klik dan baca) Rumah PPRT adalah untuk orang miskin, Sudahlah miskin dibebani hutang pulang. Teori pakar ekonomi mana pu...

Masalah Perumahan dengan Bank.

Terdapat banyak masalah perumahan yang terbengkalai. Namun pembeli telah terpaksa membayar hutang bank. Bank bank bank. Hampir setiap masalah perumahan, adalah berkaitan dengan bank. Kerajaan negeri tiada kuasa terhadap bank. Kerajaan negeri hanya boleh berbincang dengan bank. Tetapi biasanya ia tidak di selesaikan juga. Yang hanya boleh diselesaikan ialah pemaju perlu siapkan rumah. PBT turut tidak boleh memaksa bank henti minta hutang daripada rumah yang belum siap. Kementerian Perumahan ada kuasa terhadap bank? Semalam adalah hari di mana Bank Negara telah mendapat lebih kuasa . Belum ku baca lagi kuasa tambahan apakah yang mereka ada. Berbalik kepada perumahan, Kabinet di Sweden disusun supaya perumahan dan PBT duduk di bawah Kementerian kewangan. Housing Division Swedish National Housing Credit Guarantee Board , or Statens bostadskreditnämnd (BKN). ( Official site ) Swedish National Board of Housing, Building and Planning , or Boverket . ( Official site ) Barulah masalah perumah...

Musim Bank Pusat Beli Emas

Sekarang Adalah musim Bank Pusat beli emas. Rakyat Malaysia usahlah berharap sangat Bank Negara Malaysia menyimpankan rizab emas untuk anda, Sebagaimana yang dilakukan oleh bank pusat negara lain. Oleh itu dinasihati supaya pembaca menyimpan sedikit rizab emas untuk keluarga, dalam anggaran nilai 3 bulan gaji. Lebih pun boleh.

Nasrudin Tantawi bawa imej The Rock?

Ini The Rock Ini Nasrudin Hassan Tantawi Daripada Perspekstif lain Ini The Rock Ini Nasrudin Tapi ini bukan The Rock.

Prejudis Terhadap Beberapa Pemimpin PAS

Kebelakangan ini, saya lihat wujud prejudis terhadap tindakan beberapa pemimpin PAS. Tindakan yang tidak seberapa, kalau dilakukan oleh orang lain, ianya tidak mengapa, akan tetapi tindakan kecil oleh pemimpin PAS yang diprejudiskan itu, seolah-olah besar benar kesalahannya. Label "Pro UG" menggunakan takrifan Kerajaan Perpaduan yang salah tidak perlu diteruskan.

Budaya Menuduh 'Pembangkang' Tak Bersyukur

Sudah banyak kali saya dengar, pihak tertentu sering melabelkan 'pembangkang' tidak bersyukur. Maka keluarlah cerita bagaimana susahnya rakyat negara lain. Pihak tertentu itu bukan hanya BN, tetapi penjawat awam tertentu pun turut serta suka menuduh 'pembangkang' tidak bersyukur. Saya tidak pasti adakah 'pembangkang' itu termasuk Khir Toyo dan Anuar Musa sekali atau tidak. Memang saya tidak nafikan bahawa Malaysia bumi bertuah. Segala sumber mencukupi. Sumber air, angin, matahari, tanam tanama, ternakan dan lain-lain. Agak menghairankan juga bagaimana negara pengeluar minyak sawit no 1 dunia, kehabisan stok minyak massak di kedai. Begitu juga pernah berlaku pada gula. Malaysia bukan pengeluar gula nombor 1, tetapi tidak mustahil untuk keluarkan gula sendiri secara pukal. Tatkala sumber air yang melimpah ruah, ada yang mengeluh tentang bil air yang agak tinggi. Apabila ada usaha untuk mengurangkan beban, wujud pula pihak yang cuba menggagalkannya. Begitu juga ele...

Ceramah Umum, Dr Mujahid Yusuf, Ustaz Kamarudin Sidek

Jemput Hadir ke Ceramah Umum, Dr Mujahid Yusuf, Ustaz Kamarudin Sidek Dr Mujahid Yusuf. -Ahli Parlimen Parit Buntar -Pengerusi Lanjah Perpaduan Kaum PAS. Ustaz Kamarudin Sidek -Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka 17hb November 2009 9.20 ptg - 11.55 ptg Baitul Hikmah Kampung Sempang, Merlimau Melaka

Parti Pilihan Utama Rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia sepatutnya diberi peluang untuk mengundi parti pilihan utamanya sendiri. Bukan parti yang duduk dalam pakatan dengan parti pilihan utamanya. Bukan parti yang bergabung dengan parti pilihan utamanya. Anda mahu sistem 2 parti yang menafikan hak rakyat Malaysia menyatakan apakah parti plihan utamanya? Setiap orang hanya perlu ada 1 parti pilihan utamanya dalam satu piihanraya. Daripada itu, barulah boleh menunjukkan sokongan dan kekuatan sebenar sesuatu parti itu? Berapa peratus rakyat Malaysia memilih PAS sebagai parti pilihan utamanya?