Apa terjadi selepas A.Samad Said kelihatan seperti ditahan polis British ? Ketika itu saya berada di kawasan atas, akibat daripada gencatan serangan gas pemedih mata apabila adanya Samad Said. Makin ramai orang berjaya naik ke atas. Pendemonstrasi di arah untuk beredar, tetapi saya beredar di satu taman di sebelah kanan. Di sini hanya ada tidak sampai 10 orang pendemonstrasi yang berlindung disitu. Keadaan agak aman, serangan gas hanya ditujukan kepada pendemontrasi yang masih di jalan atas. Kemudian Unit Simpanan British digerakkan untuk melakukan serangan untuk terus menguasai jalan atas. Setelah melakukan beberapa tembakan gas pemedih mata, Unit Simpanan British mara ke depan, mengawal kawasan bukit yang boleh dipanjat tadi. Maka agak mustahil bagi pendemontrasi untuk menghampiri bukit itu, apatah lagi untuk memanjatnya. Setelah mereka kuasai jalan atas, cuba tempat saya sahaja yang belum dikuasai, maka Cawangan Khas yang memakai reben merah dilengan datang...