Langkau ke kandungan utama

Catatan

UMNO Takut British Tidak Lepaskan Malaysia?

Daripada catatan The Social Contract 3 oleh CheDet 7. They also question the other concessions given the non-Malay communities, especially the schools and the use of other languages. 8. In short they seem to reject the social contract altogether and to go back to the situation before the leaders of the communities made their bargain. 9. Questioned as to what would happen if the British refused to give independence, they suggested that the Malays resort to armed struggle and co-operation with a neighbouring country. They suggested that we should have formed Melayu Raya together with this neighbouring country. Bukankah Ketika sebelum orang-orang PKMM ditangkap, kita semua sudah bersetuju untuk merdeka dengan darah ? Apabila UMNO berkompromi dengan British, maka dia terpaksa akur dengan syarat-syarat British, termasuk memberikan kerakyatan. Soal kerakyatan memang mesti timbul apabila Kontrak sosial dibicarakan. Akan tetapi kontrak sosial begitu huduh, sudahlah "terpaksa" memberi...

Ahmad Ismail hanya digantung keahlian - Malaysiakini

Menurut Malaysiakini, Ahmad Said di gantung keahlian UMNOnya selama 3 tahu n. Adakah itu hukuman bagi rakyat Malaysia yang mengapi-apikan perkauman? Apakah hukuman sekiranya seseorang yang mengapi-apikan perkauman itu bukanlah terdiri dari ahli parti politik? Sekiranya Ahmad Ismail keluar UMNO sekalipun, dia masih lagi bebas untuk meng api-apikan perkauman. Sekiranya Abu, bukan nama sebenar, seorang yang bukan ahli UMNO, mengapi-apikan perkauman, apa hukuman yang dia akan terima? Dari sudut lain. Apabila Mahahtir keluar UMNO, Ezam masuk. Bila Mahathir Masuk, Ahmad Ismail digantung .

Nathaniel Tan & Nik Nazmi Melaungkan HIDUP MELAYU di Malaysiakini

Tidak terfikir oleh saya bagaimana 2 orang menulis satu artikel. Ianya tidak mustahil. YB Nik Nazmi bersama Nathaniel Tan bersama-sama menulis artikel bertajuk Hidup Melayu di Malaysiakini . Kami setuju tanpa ragu-ragu bahawa kedudukan, martabat dan maruah orang Melayu kini kian terancam. Rakyat Melayu marhaen berada dalam posisi yang membimbangkan kerana semakin tertindas dan terpinggir dari segi ekonomi dan politik. Namun, soalnya, siapa yang menindas dan meminggirkan umat  Melayu? Baca lagi  Apabila saya menulis tajuk Malaysiakini, catatannya mesti berkait dengan Malaysiakini. Jangan terikut-ikut budaya spam, yang menipu pembaca dengan mengambarkannya seolah-olah ianya berasal daripada Malaysiakini . Pernahkan anda merasai sesuatu artikel itu datangnya dari Malaysiakini rupanya tidak? p/s: Jangan "fave it"  catatan ini, sebaliknya "fave it" di sini kerana ia merujuk kepada artikel yang asli.

Mesyuarat BN lebih Terbuka?

Diberitakan bahawa Mesyuarat BN lebih terbuka berbanding dahulu. Menurut M Kayveas, ahli Mesyuarat telah mengeluarkan apa yang biasanya disembunyikan oleh mereka sebelum ini. Entah apa yang mereka bincangkan sehingga Komponen BN begitu bergembira. Adakah mereka secara jujur mengatakan TIDAK kepada Pak Lah? Air muka PakLah begitu berbeza ketika membuat ulasan di hadapan media, macam rupa orang lepas kena hentam.

Kesan Bail Out Fannie dan Freddie Terhadap Batang Hidungmu

Telah diberitakan bahawa "The Fed" akhirnya bersetuju untuk "bail out" Fannie dan Freddie, 2 firma pinjaman yang sedang mengalami kegagalan demi kepentingan rakyat Amerika. Ianya sebanyak 200 bilion USD. Di Amerika, bail out bukanlah satu proses dimana suatu dana diambil daripada sumber tertentu untuk diberikan kepada firma yang menerimanya. Mereka mewujudkan duit daripada tiada ke ada. Dalam erti kata lain, duit USD 200 bilion itu diambil daripada /dev/null. Untuk orang kampung, dipendekkan cerita, Amerika cetak duit lebih. Bail out yang begitu banyak  akan meningkatkan M3 Dollar Amerika. Kalau siapa yang pernah baca blog ini, dia akan faham, kenaikan M3 Dollar Amerika akan menyebabkan kenaikan harga minyak dunia .Akan tetapi kenaikan itu bukanlah serta merta, kerana Amerika akan membiarkan satu situasi diamana duitnya banyak dan harga murah. baca: Pak Arab kena tipu lebih 20 tahun , Lihat carta M3 USD berbanding harga minyak dunia.   Ramai yang berasa lega apabila...

Siapa yang Nak Keluar BN? Gerakan Atau UMNO Pulau PInang?

Pelik melihat telatah UMNO PUlau Pinang, Dikatakan sudah mengenali Koh Tsu Koon selama 18 tahun, tetapi tetap bekerjasama. Entah apa yang tidak disukakan sangat tetapi masih boleh berkawan 18 tahun. Memang di luar tabie Mengapa tidak mengoyak gambar Koh ketika dia Ketua Menteri? Kenapa selepas kedua-dua tumbang bersama baru nak koyak? Takut tidak dapat habuan? Kerana faktor perut? Kalau UMNO Pulau pinang bijak berpolitik, sudah lama mereka acah2 nak tubuhkan parti baru atau sebagainya. Tetapi masih lagi duduk di dalam UMNO/BN. Agaknya siapa yang keluar dahulu daripada BN? Gerakan atau UMNO Pulau Pinang? Mungkin UMNO Pulau pinang mahu menjadi Perhungungan Negeri UMNO yang pertama keluar dari BN. Atau mungkin kedua-dua keluar dari BN membentuk 1 parti tidak berasaskan kaum yang terbaik di Malaysia? Positifnya pandanganku. P/s: UMNO PUlau Pinang tak perlu mengoyakkan gambar Koh kalau sekadar nak menggantikan gambarnya dengan Gambar Lim 'Umar' Guan Eng.

Pemikiran Khalid Ibrahim Diluar Jangkauan Minda

Hari ini hampir kesemua ahli Pakatan Beras Terpilih menghentam Khalid Ibrahim kerana tidak mahu melawat mangsa Banjir. Khalid, Diam Sahajalah » What I Saw Lately Lim Guan Eng buang masa (dan wang) ? » Kecek-kecek Tok Mudin 3.0 Khalid Dakwa Lawat Mangsa Ribut Buang Masa » Jed Yoong Saya pasti ramai yang tak setuju kalau saya kata saya setuju cara Khalid. Sebelum ini pun, ketika banjir, banyak wang diperuntukkan untuk menteri melawat, berbanding bantuan yang disalurkan. Saya pernah menulis tentang politik pengagihan, yang mempersoalkan kenapa pengagihanmesti melalui parti politik, cerita ini lebih kurang sama. Mengapa mesti ada menteri tunjuk muka agihkan bantuan. Adakah itu cara yang paling efisyen? Kalau ada menteri lain nak tunjuk muka nak agihkan sesuatu, itu bukan satu kesalahan. Akan tetapi membentuk cara efisyen mengatasi masalah-masalah adalah tugas utama ahli politik berbanding jadi model tukang agih yang kelihatan amat "prihatin" dan "berjiwa rakyat". Adaka...

Sebelum Merdeka Orang Cina Menumpang atau Tidak?

Sebentar tadi Paklah di kaca TV dengan bergayanya mengumumkan Perpecahan BN dengan mengiakan kenyataan perkauman oleh Ahmad Ismail. Ahmad Ismail seringkali mengeluarkan hujah bahawa yang dikatakan status menumpang itu adalah ketika sebelum merdeka. Adakah ia benar? Jawapannya ialah Ya dan tidak. Tan Cheng Lock, pejuang kemerdekaan, yang pernah bekerjasama dengan Dr Burhanuddin Al-Helmy sebagai ketua AMCJA, kemudian dengan Datuk Onn (IMP) kemudian bekerjasama dengan UMNO (Tunku). Tan Cheng Lock sebati dengan UMNO kerana UMNO ketika itu agak bermurah soal kerakyatan berbanding Datuk Onn dan Dr Burhanuddin Al-Helmy. Tan Cheng Lock dikira menumpang atau pendatang oleh PakLah dan UMNO Pulau Pinang apabila PakLah mengiakan apa yang Ahmad Ismail katakan? Tan Cheng Lock adalah generasi ke 5 berada di Tanah melayu ketika dia lahir. Generasi ke 5 masih dikira "menumpang"? Generasi ke 5 masih dikira "pendatang"? Kalau ketika dia lahir (1883), sudah gerenasi ke 5, agaknya ketur...

Arif Shah Kena Tipu Oleh Siapa?

Harapnya cerita ini belum basi lagi, kerana Pilihanraya Permatang Pauh sudah berakhir. Ketika awalnya Arif Shah mengatakan dia sedang sambung belajar di Edison University of Technology, secara jarak jauh kononnya di UK. Maka berbanggalah dia mengatakan dia sedang belajar PHD dalam surat khabar pada 14 Ogos. Apabila ramai blogawan mempersoalkan PHDnya, 10 hari selepas keluarnya cerita dia mengambil PHD maka dia pun mengakulah bahawa dia kena tipu . Calon BN bagi pilihanraya kecil Permatang Pauh, Datuk Arif Shah Omar Shah mengakui tidak menghabiskan pengajiannya di peringkat kedoktoran falsafah atau PhD selepas universiti tempat beliau belajar itu, disyaki menjual diploma dan ijazah palsu. Beliau menjelaskan demikian selepas timbul persoalan mengenai kelayakan akademiknya. Ketika ditemui Malaysiakini , beliau berkata, PhD itu tidak diiktiraf, jadi beliau berhenti. Agaknya bila dia berhenti?Adakah ketika berita dia mengambilPHD, ketika itu dia masih ditipu? Siapa lagi agaknya yang kena ti...

Kadar Zakat Fitrah Kekal pada Kadar Segantang Sejak Dulu

Agak kelakar apabila ada pihak mempersoalkan berapa kadar zakat fitrah yang sepatutnya. Kadar Zakat Fitrah tidak berubah sejak beratus tahun yang lalu iaitu pada kadar segantang seorang. Akan tetapi apabila pembayaran Zakat fitrah yang menggunakan makanan telah diganti dengan fulus (wang kertas), maka bergaduh pula berapa kadar yang sesuai. Mahu ikut harga purata atau harga semasa? RM 5.70 atau RM 7.70? Beberapa tahun lalu, terdapat seorang pemuda arab datang ke pejabat Zakat Melaka, membawa beras untuk membayar zakat fitrah. Pihak pusat Zakat Melaka tidak menerimanya sambil berkata "We only accept money". Akhirnya pemuda itu membayar Zakat Fitrah dengan menggunakan ringgit, dan beras itu dikira "sedekah". Sudahlah "Money" itu bukan emas, hanya kertas. Agaknya Pihak puzat Zakat akan membeli beras untuk diagihkan pada kadar yang sama Zakat Fitrah dalam Ringgit yang diterima? Matawang Ringgit, itu hanya sekadar "perjanjian untuk memberi beras" ole...