Pelik melihat telatah UMNO PUlau Pinang, Dikatakan sudah mengenali Koh Tsu Koon selama 18 tahun, tetapi tetap bekerjasama.
Entah apa yang tidak disukakan sangat tetapi masih boleh berkawan 18 tahun. Memang di luar tabie
Mengapa tidak mengoyak gambar Koh ketika dia Ketua Menteri? Kenapa selepas kedua-dua tumbang bersama baru nak koyak?
Takut tidak dapat habuan? Kerana faktor perut?
Kalau UMNO Pulau pinang bijak berpolitik, sudah lama mereka acah2 nak tubuhkan parti baru atau sebagainya. Tetapi masih lagi duduk di dalam UMNO/BN.
Agaknya siapa yang keluar dahulu daripada BN?
Gerakan atau UMNO Pulau Pinang?
Mungkin UMNO Pulau pinang mahu menjadi Perhungungan Negeri UMNO yang pertama keluar dari BN.
Atau mungkin kedua-dua keluar dari BN membentuk 1 parti tidak berasaskan kaum yang terbaik di Malaysia?
Positifnya pandanganku.
P/s: UMNO PUlau Pinang tak perlu mengoyakkan gambar Koh kalau sekadar nak menggantikan gambarnya dengan Gambar Lim 'Umar' Guan Eng.
Selasa, 9 September 2008
Home »
Gerakan
,
politik
,
Pulau Pinang
,
UMNO
» Siapa yang Nak Keluar BN? Gerakan Atau UMNO Pulau PInang?
Salam...
BalasPadamAde2 jer C Ahmad tuh! But u know what? UMNO PP dah berjaya menambat hati golongan tertentu... Lagi satu, UMNO PP nih tetibe jer popular... Tak sangka kan?
Hm, alaaaahai...
gerakan dah uar dah !!
BalasPadamKeluar la...join la pakatan or gabung balik dengan DAP, maklumla, serpihannya...
BalasPadamNak kira lompat parti, sekor haram pun takde yang jadi MP, BUANG MASO N BUANG BOREH AJO!
persoalannya sekarang, mengapa isu ini semakin kuat diapi-apikan oleh Ahmad Ismail? Ada udang di sebalik batu?
BalasPadamPak Lah marah dengan tindakan Ahmad didakwa meminta Gerakan keluar dari BN.Ahmad telah diminta oleh Datuk Seri Abdullah untuk memberikan penerangan mengenai hal tersebut.
BalasPadamAhmad mendakwa yang elok jika Gerakan keluar dari BN kerana Gerakan hanya mencetuskan huru-hara diantara parti komponen BN.
Ahmad juga menggesa agar kedudukan Koh Tsu Koon sebagai ketua BN negeri ditarik balik and diberi kepada MCA sebaliknya.
hangat betul isu Ahmad ketika ini.entah bila hendak reda isu ini pun tak pasti lah.
BalasPadamTsu Koon serang Ahmad.Ahmad serang Tsu Koon.akhirnya habis UMNO dan Gerakan diheret sekali dek mereka.
lagi seorang yang masih mengapi-apikan isu Ahmad ini ialah Lim Kit Siang.dia seperti tidak puas hati dan dikaitkan pula Najib dan BTN (biro tatanegara).
Memang hangat! Hangat macam tahi ayam candu! Saya pun tertunggu juga bila isu Ahmad Ismail dan Koh Tsu Koon akan reda. Selalunya isu macam akan senyap dalam beberapa hari. Tapi isu mereka berdua tetap hangat Pulau Pinang dan satu negara..
BalasPadam