test

Ahad, 7 September 2008

Sebelum Merdeka Orang Cina Menumpang atau Tidak?

Sebentar tadi Paklah di kaca TV dengan bergayanya mengumumkan Perpecahan BN dengan mengiakan kenyataan perkauman oleh Ahmad Ismail.

Ahmad Ismail seringkali mengeluarkan hujah bahawa yang dikatakan status menumpang itu adalah ketika sebelum merdeka.

Adakah ia benar?
Jawapannya ialah Ya dan tidak.

Tan Cheng Lock, pejuang kemerdekaan, yang pernah bekerjasama dengan Dr Burhanuddin Al-Helmy sebagai ketua AMCJA, kemudian dengan Datuk Onn (IMP) kemudian bekerjasama dengan UMNO (Tunku).

Tan Cheng Lock sebati dengan UMNO kerana UMNO ketika itu agak bermurah soal kerakyatan berbanding Datuk Onn dan Dr Burhanuddin Al-Helmy.

Tan Cheng Lock dikira menumpang atau pendatang oleh PakLah dan UMNO Pulau Pinang apabila PakLah mengiakan apa yang Ahmad Ismail katakan?

Tan Cheng Lock adalah generasi ke 5 berada di Tanah melayu ketika dia lahir.
Generasi ke 5 masih dikira "menumpang"?
Generasi ke 5 masih dikira "pendatang"?

Kalau ketika dia lahir (1883), sudah gerenasi ke 5, agaknya keturunannya yang ada sekarang sudah generasi ke berapa?

Ketika zaman sebelum merdeka dulu, memang ada golongan cina yang baru 1 generasi, ada yang 2,3 generasi.

Apabila PakLah mengiakan bahawa "Cina" adalah Menumpang atau Pendatang ketika sebelum merdeka. Maka ia memang satu kenyataan berbau perkauman, kerana secara umum semua Cina dikatakan pendatang atau menumpang tanpa sebarang pengecualian.

Saya tidak nafikan ada diantara orang Cina yang berada di Tanah melayu pada sebelum merdeka boleh dikira sebagai pendatang atau menumpang berdasarkan bilangan generasi yang kurang dari 2.

Antara istilah "Menumpang" dan "Pendatang", istilah "menumpang" adalah terlalu perkauman, seolah-olah seseorang itu tiada hak langsung di Malaysia.

Apabila disebut "Pendatang", agak ramai orang cina boleh menerimanya apabila itu merujuk kepada nenek moyang yang mula-mula datang. Akan tetapi mereka datang bukan untuk menumpang.

Kalau PakLah sudah boleh katakan Tan Cheng Lock Pendatang, Apa lagi orang MCA mahu tunggu.

3 comments:

  1. Hakikatnya jika diberi pilihan, setiap orang melayu tidak mahu negara Malaysia di huni oleh orang Cina dan India. Apa yang terjadi adalah kemalangan dalam sejarah, pendatang yang datang tidak diundang dan memilih untuk tinggal di sini setelah negara merdeka. Jika pada zaman Mongol, satu bandar boleh dihapuskan jika pemimpin tidak berpuas hati, tetapi sekarang kita terpaksa menerima kedatangan mereka dengan hati yang berat. Setelah begitu banyak keistimewaan diberi kepada pendatang ini seperti sekolah sendiri, harta kekayaan negara dan hak perlindungan sebagai warganegara, apakah terlalu berat jika orang melayu meminta mereka menghormati orang Melayu? Tidak, sebaliknya fenomeman "Malay Bashing" amat ketara di blog-blog, internet dan semua perkara yang berkaitan dengan melayu. Undi kepada Pakatan Rakyat bukanlah lesen untuk Cina & India untuk menghina Melayu. - Pemerhati senyap.

    BalasPadam
  2. "I am not offended, hardly. I tend to ask why did he say that..."

    saya suka sekali komen dari Jed Yoong.berfikir dan bukan bertindak mengikut emosi.

    mungkin ini semua salah faham semata-mata.Sepatutnya Ahmad boleh menerangkan kepada umum kenapa dia berkata demikian secara teratur dan bukannya ditambah lagi dengan menuding jari pada individu tertentu.

    sebenarnya perkara ini boleh diselesaikan dengan cepat dan tidak rumit sebenarnya.yang buat rumit bila ada tuduh menuduh dah ada pulak pihak seperti Lim Kit Siang yang tidak habis-habis membangkitkan isu ini.jadi sampai bila isu ini akan berkesudahan?

    BalasPadam
  3. salam

    pendapat dan nasihat saya ialah kita sebagai rakyat tidak seharusnya menerima bulat2 apa yang diperkatakan baik di pihak Datuk Bukit Bendera dan Pemangku Presiden Gerakan. apa yang saya lihat ia lebih menjurus kepada isu peribadi antara masing2 dan bukannya mewakili kaum masing2.

    permainan politik pada hari ini amat kotor, dan kita sebagai rakyat tidak seharusnya terperangkap.

    luangkan masa, kaji semula sejarah negara kita. Saya bersetuju dengan pendapat MCA bahawa mereka juga 'pioneer' di dalam penubuhan BN dan tidak seharusnya meninggalkan BN.

    Persoalannya sekarang ialah bukan parti sama ada umno, gerakan dansbgnya yang bermasalah tetapi individu yang berada di dalam parti tersebut yang mengundang masalah.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit