test

Ahad, 7 September 2008

Pemikiran Khalid Ibrahim Diluar Jangkauan Minda

Hari ini hampir kesemua ahli Pakatan Beras Terpilih menghentam Khalid Ibrahim kerana tidak mahu melawat mangsa Banjir.

Khalid, Diam Sahajalah» What I Saw Lately
Lim Guan Eng buang masa (dan wang) ?» Kecek-kecek Tok Mudin 3.0
Khalid Dakwa Lawat Mangsa Ribut Buang Masa» Jed Yoong

Saya pasti ramai yang tak setuju kalau saya kata saya setuju cara Khalid.
Sebelum ini pun, ketika banjir, banyak wang diperuntukkan untuk menteri melawat, berbanding bantuan yang disalurkan.

Saya pernah menulis tentang politik pengagihan, yang mempersoalkan kenapa pengagihanmesti melalui parti politik, cerita ini lebih kurang sama. Mengapa mesti ada menteri tunjuk muka agihkan bantuan.

Adakah itu cara yang paling efisyen?

Kalau ada menteri lain nak tunjuk muka nak agihkan sesuatu, itu bukan satu kesalahan.

Akan tetapi membentuk cara efisyen mengatasi masalah-masalah adalah tugas utama ahli politik berbanding jadi model tukang agih yang kelihatan amat "prihatin" dan "berjiwa rakyat".

Adakah sistem pengagihan bantuan banjir di Malaysia cukup sempurna?
Sampai bila menteri-menteri mesti berada di tapak banjir?

Sekiranya bantuan itu dilakukan oleh badan-badan tertentu.
Jadi satu kerja nak menunggu menteri tolong agihkan. Adalah lebih baik kasi terus.

Adalah lebih baik kalau ada mekanisme yang membolehkan orang dari kawasan berdekatan boleh tolong dermakan apa-apa barang yang dia hendak beri.

sebagai contoh, Kampung A banjir, Kampung B tak banjir. Apa cara termudah untuk orang Kampung B nak tolong tanpa jadi ahlikepada badan-badan yang nak tolong?
Sewa sekejap lori "Surat Khabar lama" untuk maklumkan "siapa nak sumbang, sila hantar ke sekian tempat"
Adakan 1 pusat pengumpulan bantuan di Kampung B, orang Kampung B kasi la seliput, kopi, beras, baju lama yang sudah sendat. Kemudian agihkan bantuan itu.

Tidak ada unsur "menteri" dalam sistem aliran bantuan sebegitu.

Adakalanya suasana banjir di Malaysia ini agak pelik. Mangsa mesti duduk di Pusat Mangsa Banjir, walaupun boleh tumpang tidur di rumah saudara yang ada Astro/Streamyx/WiFi/OSX/Ubuntu kerana tak dapat bantuan.

Sistem teknologi sedia ada hanya mampu merekod mangsa banjir yang duduk di pusat mangsa banjir sahaja.

Apa salahnya mangsa banjir direkodkan sahaja, kemudian boleh duduk dimana-mana di luar kawasan banjir dan Juga dapat menerima bantuan?


Ini tidak, ada kalanya mangsa banjir dimarahi, "Siapa suruh tidak duduk di penempatan mangsa banjir, kan dah tak dapat bantuan".

15 comments:

  1. Istilah turun ke padang adalah dasar keprihatinan, bukan masalah pengagihan bantuan.

    Agak terkedu TSKI tak turun ke padang. Biar sibuk sekali pon, die tidak harus lupakan rakyat yg mengundi utk die. Remember, he works for us. Not the other way around.

    BalasPadam
  2. Hmmmmm you have a point.

    "Sistem teknologi sedia ada hanya mampu merekod mangsa banjir yang duduk di pusat mangsa banjir sahaja."

    Really?

    Our disaster management really sucks-lah. Theft of aid, victims not getting aid, etc.

    I recall Najib saying something about improving the system and introducing a national disaster emergency plan after the Great Flood of 2006.

    BalasPadam
  3. Bab ni aku setuju klu dia tak datang pun kerana pegawai khas dia atau ADUN kawasan tu boleh menjalankan tugas dia bagi pihak dia . Buat aper dia nak turun sedangkan kerja mcm tu orang lain boleh selesaikan , Yang penting ada sumbangan dan ada wakil kerajaan datang membantu. Klu aku jd mangsa pun aku tak kisah sapa nak datang janji mereka bantu aku sudahlah .

    BalasPadam
  4. Salam Brother,

    Saya tidak setuju dengan kenyataan beliau. Kalau tidak dapat hadir sebab sibuk - cuma cakap sibuk cukup. Tak perlu keluar kenyataan "buang masa" dan juga "kos bertambah" kerana ramai pegawai ikut.

    Kenyataan seperti itu menunjukkan beliau tidak berpijak di bumi nyata selepas menjadi Menteri Besar.

    kalau dulu boleh jalan seorang - kini ada pengikut 15 - 20 orang pula. kalau perlu ada pengiring pun, driver dengan pembantu khas sudah cukup.

    Soal buang masa juga tidak timbul. Masa susah ni la kita nak tunjuk keprihatinan kita. Jangan masa senang sahaja (Nota: Mesyuarat EXCO sleanor dibatalkan semasa PRK Permatang pauh sebab nak pergi Kempen - masa tu tak pula dikira buang masa?)

    Sebagai penduduk di negeri Selangor ini saya rasa terkilan dan kecil hati dengan kenyataan beliau.

    http://c-bok.blogspot.com

    BalasPadam
  5. Salam..

    Lepas ni kita tak perlu balik kampung lagi. rugi masa. Lagipun masing2 busy.

    Duit kat mak boleh bank-in je. Nak bercakap boleh macam2 cara sekarang. save petrol. Selamat.

    Tapi sah mak terasa hati dan orang kampung kutuk!

    BalasPadam
  6. Cikli

    Pemikiranmu tak dapat dijangkau oleh Khalid Ibrahim.

    heh

    BalasPadam
  7. Tak kira apa pun alasan Khalid Ibrahim, yang pastinya beliau seorang MB yang berlagak. Tindakan beliau untuk tidak turun padang untuk melawat mangsa banjir dilihat sebagai seorang yang berlagak dapat pangkat. Turun padang adalah sebagai tanda ikhlas membantu dan perihatin masalah banjir. Kalau setakat alasan membazir waktu beliau, memang sah beliau ni seorang yang berlagak...Poyo betul...

    BalasPadam
  8. Saya sokong TS Khalid dan TS Sebol. Apa guna ada Exco? Apa guna ada Jabt. Kebajikan Masyarakat? Cukuplah sudah dengan tradisi tunjuk muka prihatin (watak mesra rakyat konon).....profesional lah sikit, negara sudah merdeka 50 tahun, masih mau tunggu sang Raja turun mencemar duli.

    Di Pulau pinang ...tak payah orang politik yang sebok hantar bantuan, banyak NGO yang lebih efisien . Nak tau NGO apa? Bukan NGO Melayu tetapi badan badan dermawan daripada kaum Cina!

    BalasPadam
  9. Pendapat aku selari dengan sdr zainal a. kasim.

    Tidak hadir, atas apa saja alasan atau sebab, itu satu perkara.

    Mengatakan kehadiran itu adalah perbuatan membuang masa dan wang, itu adalah satu hal yang lain.

    Bagi aku, kenyataan yang dikeluarkannya itu adalah satu kesilapan besar dalam politik. Bukan ketidakhadirannya. :)

    BalasPadam
  10. lawaklaa dari menteri smpi org biasa sama je asik kutuk mengutuk..hasut menghasut :(

    bila nak suci hati ni..ramadhan bln yg paling sesuwei beb!


    tak tensi ke hahh..???

    BalasPadam
  11. echah:

    Siapa yang kutuk siapa disini? Semua berbicara dengan sopan.


    Mudin:
    Aku rasa ayat buang masa tu agak melampau, kalau dia guna kurang efisyen sesuai lah.

    BalasPadam
  12. ini pasal personal touch. tak tau ler kalau contaoh nie sesuai ke tidak - seorang anak yang mengirim wang tiap bulan kepada parent di kampung tapi tak penah balik menjenguk mak bapak bertahun dengan anak yg tak penah bagi duit pun tapi tiap minggu balik ziarah mak bapak

    BalasPadam
  13. lama betul saya tak tinggal jejak kat sini kann... sampai url add ubah pun saya tak pasannn...

    bab ni = baca sini

    BalasPadam
  14. salam!

    saya setuju dengan khalid dan tuan!

    thanks!

    BalasPadam
  15. dia salah cakap je.

    tapi dia tolong orang jugak rasanya.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit