Ini adalah catatan untuk peraduan Jika Aku Pemimpin Malaysia yang dianjurkan oleh blogikus . Disebabkan syarat peraduan tidak boleh menulis tentang politik walaupun tidak berbentuk kepartian, maka pening pula kepalaku. boleh..entri mesti tiada kaitan dengan politik Apa nak tulis yang berkaitan dengan Jadi Pemimpin Malaysia kalau tidak tulis tentang politik? Jadi tidak dapatlah saya meulis tentang mengubah struktur kementerian, seperti menggabungkan beberapa kementerian menjadi Kementerian Pendidikan dan Penyelidikan ., begitu juga untuk meletakkan kementerian perumahan dan KPDN di bawah Kementerian Kewangan. Kerana ianya politik. Tak dapat juga saya ceritakan tentang memperkasakan Dinar sebagai matawang kerana ianya politik. Tak dapat saya ceritakan tentang memberikan harga disel lebih murah kepada pengusaha bas sekolah kerana ianya politik. Tak dapat juga saya ceritakan supaya pembayaran gaji mengikut kalendar cina , kerasa ia melibatkan dasar dan dikira politik Tak dapat juga sa...
Ayhd Yang Hendak Dibaca