Langkau ke kandungan utama

Catatan

Hatiku meronta

Entah mengapa, hatiku ini seolah-olah meronta-ronta untuk pergi ke pengkebumian Datuk Ishak Baharom , esok pagi. Entah mengapa saya merasakan saya perlu hadir disitu. Keputusan akan dibuat awal pagi esok.

Tentera Rom Siti Nurhaliza

Semalam saya menonton seketika Anugerah Juara Lagu ke-n (n 0 Integer yang saya lupa). Saya amat terpesona dengan Kreomatografi lagu Destinasi Cinta nyanyi Siti Nurhaliza. Walaupun saya mempunyai Album Transkripsi Siti Nurhaliza, namun itu bukan lagu yang saya suka dengar, tidak tahu pun itu popular. Kufikir ia hanya pelengkap album sahaja. Mari kita lihat video ini:- (bukan akaun youtube saya ) Tertarik sungguh saya akan tariannya dan muziknya. Seakan ada unsur "perang", Ada beberapa panji ala Cina berwarna hijau, mengepung penari yang berpakaian seperti tentera Rom. Terus saya teringat kisah lama bagaimana Islam menumbangkan Rom pada peperangan Yarmuk , walaupun bilangan tentera Rom 5 kali ganda. Ketika dalam masih peperangan Komander tentera Khalid al-Walid diturunkan pangkat, Namun dia tetap berjuang kerana katanya " Aku Berjuang Bukan Untuk Umar " . Berbalik kepada Tentera Rom Siti Nurhaliza, ia kelihatan cuba bergerak, namun tak bergerak. Walaupun berpusing-pu...

Hobi subversif untuk Adi Putra

Dalam minggu lepas ramai yang memperkatakan tentang Adi Putra, pelajar yang pandai matematik itu. Banyak pihak mengatakan bahawa dia perlu kesekolah khas, dia ditempatkan di sekolah antarabangsa, kemudian keluar, dengar pula dia cuma mengambil A Level di rumah. Ada pendapat menyuruh dia mengambil UPSR tahun ini . Hampir kesemua pendapat mencadangkan supaya dia cepat habis belajar. Bagi saya, buat apa perlu cepat habis belajar? Tidakkah dia akan hilang banyak pengalaman bersekolah? Sudahkah dia menaiki bas sekolah? Sudahkah dia jadi pengawas sekolah? Pengawas perpustakaan, pengakap? Sudahkah dia mempunyai pengalaman mewakili sekolah dalam sukan atau kuiz? Pernahkah dia dihukum mencabut kemuncup di padang sekolah? Sudah puaskah dia bermain bola sepak, "police sentry", menyorok-nyorok? Sudahkah dia tahu lawak kanak-kanak , cuba sebut laju laju "Bas datang kau naik" "Bas datang kau naik" Pernahkah dia menjadi ketua murid? Sungguh banyak pengalaman yang boleh d...

Tak Restu 13 Mei Berulang

Sila terbitkan kenyataan bersama ini di blog anda jika anda tidak merestui politik ugutan sehingga Chew menarik balik kenyataanya dan meminta maaf. [Klik sini untuk versi Melayu dan Cina .] Tak Restu 13 Mei Berulang - Ahli Parlimen Chew Mei Fun mesti tarik balik and minta maaf atas kenyataan beliau Kami, badan-badan masyarakat madani dan warganegara prihatin yang berbagai kaum, agama dan latarbelakang, menegaskan bahawa semua anak Malaysia mempunyai hak untuk memilih wakil rakyat dan kerajaan malalui pilihanraya yang bebas, adil dan bersih. Tiada ahli politik atau parti politik harus menggunakan ugutan atau ancaman untuk mempengaruhi para pengundi. Kami kesal bahawa Datin Paduka Chew Mei Fun, Ahli Parlimen untuk Petaling Jaya Utara (MCA), seperti yang dilaporkan oleh China Press pada Januari 21 (Isnin) telah mengeluarkan kenyataan yang bersifat ugutan atau ancaman: “ Jika tiada perwakilan Cina yang mencukupi dalam BN, ia bukanlah sesuatu perkara yang baik, komuniti Cina t...

Faizal Tahir yang tidak melawan

Dalam minggu lepas, kecoh tentang berita Faizal tahir yang membuka baju secara langsung dalam persembahan di Saluran 8TV, maka secepat kilat dia dicemuh satu negara. Akibat tindakan yan memalukan itu, dia dikenakan tindakan yang AGAK keras oleh pelbagai pihak . Kalau dari sudut hukum, dia hanya mendedahkan kurang dari 20% daripada auratnya, dan dikenakan tidakan sebegitu, namun ramai juga yang mendedahkan lebih dari 80% auratnya tidak dikenakan tindakan. Siapa Faizal Tahir untuk melawan? dia hanya artis melayu biasa, dan dunia sudah maklum artis melayu sering diperkotak katikkan oleh pihak yang lebih besar. Dia bukan Anwar Ibrahim atau Suwandi . Disebabkan tindakan dia amat "memalukan", bukannya berdasarkan berapa banyak aurat yang didedahkan, Maka dia dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang rimba. Ramai ahli sukan yang membuka baju selepas perlawanan, sehingga bertukar aju dengan pasukan lawan, tidak dikenakan tindakan, kerana ia tidak "memalukan". Ramai peren...

Keuntungan TNB suku pertama adalah 1.64 bilion

Tenaga Nasional berhad memperoleh keuntungan sebelum cukai suku pertama sebanyak RM 1.64 bilion. Secara kiraan kasar, keuntungan TNB setahun ialah 6.5 bilion. During the quarter under review, net profit jumped 22% to RM1.51bil, or 34.97 sen per share, from RM1.25bil, or 29.78 sen per share in the previous corresponding quarter, while pre-tax profit rose to RM1.64bil from RM1.33bil previously . Terima kasih kerana kenaikan tarif elektrik yang membolehkan TNB untung besar. Akan tetapi, TNB masih lagi mempunyai hutang sebanyak RM 2.2 bilion, dimanahampir separuh hutang itu dikira dalam matawang asing. Meanwhile, nearly half of TNB’s gross debt of RM22.8bil as at end-Nov 2007 is denominated in foreign currency, mostly in dollars and yen, and any appreciation in the ringgit gives it a foreign exchange translation gain. Seperti yang sedia maklum, antara punca peningkatan kos TNB adalah kenaikan harga minyak, manakala salah satu punca kenaikan harga minyak, dan arang batu adalah berpunca ...

Pemenang Subaru Impreza Dalam Peraduan PETRONAS Super Car Craze

KUALA LUMPUR, 14 Januari – Seorang ahli perniagaan berusia 39 tahun dari Pasir Mas, Kelantan, Encik Mohamad Sukri Bin Zakaria, telah diumumkan sebagai pemenang hadiah utama Peraduan PETRONAS Super Car Craze bagi bulan Disember 2007, sekaligus membawa pulang sebuah kereta baru Subaru Impreza STi bernilai lebih RM210,000.

Ramalan Tarikh Pilihanraya 23 mac 2008?

Tarikh pilihanraya memang menjadi spekulasi ramai orang, hampir kesemua meneka ianya akan berlaku sebelum april, kerana selepas april, Anwar Ibrahim dibenarkan untuk bertanding. Selain daripada kalendar masehi , Kalendar hijrah dan kalendar cina dijadikan rujukan, Kalendar F1 tidak dikecuali dijadikan rujukan untuk menetapkan tarikh pilihanraya. Berdasarkan pada pilihanraya 2004, Pilihanraya dijalankan serentak dengan hari perlumbaan Formula 1 GP Malaysia, bersamaan hujung minggu ke-2 kalendar F1. Walaupun membuatkan pilihanraya serentak dengan penganjuran Formula 1 adalah sesuatu yang tidak kena, akan tetapi perkara itu tidak mustahil bagi PakLah, kerana dia telah melakukannya sebelum ini. Dan tidak dinafikan PakLah mampu untuk mengulangi sejarah dan seterusnya mencatat rekod dunia, satu-satunya pemimpin yang membuat pilihanraya serentak dengan F1 selama 2 kali. Pasti rekod ini tidak akan dipecahkan oleh negara lain. Jadi dengan ini saya meramalkan pilihanraya adalah 23 Mac 2008, b...