test

Isnin, 13 Ogos 2007

Bakul di PETROSAINS, kool?

Saya baru-baru ni telah pergi ke satu C-Store Syarikat minyak yang agak tersohor di Malaysia, untuk membeli Nescafe Latte 4 tin, Air Mineral dan roti. Bayangkan kalau 4 tin Nescafe Latte, tangan dah penuh, perlukan bakul, tapi tak disediakan. Tak perlukan saya menceritakan dimana C-Store itu.

Bila difikirkan balik, walaupun pelanggan jarang guna bakul untuk beli barang di C-Store, samada di 7 Eleven atau Mesra atau Select, namun adakalanya kita perlukan bakul, terutama sekali bila nak dijadikan stok dalam kereta untuk perjalanan jauh.

Kemudian saya ke Menara Berkembar PETRONAS (MBP), atau PETRONAS Twin Tower atau lebih dikenali di Malaysia sebagai "KLCC". (Jarang pula orang sebut "Kuala Lumpur City Centre").

Terdapat 1 kedai di sebelah PETROSAINS, yang menjual barangan PETROSAINS, dikenali sebagai Galeri PETROSAINS. (Kenapa saya ulang perkataan PETROSAINS banyak kali?) .

Di dalam kedai itu terdapat bakul-bakul untuk digunakan oleh pelanggan. Berdasarkan saiz barangan disitu, ada yang kecil, ada yang besar, maka bakul ada 2 saiz. Walaupun untuk barangan yang kecil, tapi bila banyak, kita tetap tak cukup tangan untuk memegangnya. Apa yang menarik di situ ialah, terdapat platform khas untuk meletak bakul. Walaupun, rekabentuk platform untuk bakul itu cantik, tetapi warna bakul yang putih agak tenggelam dengan warna platformnya. Boleh dikatakan bakul yang kool.

Sekiranya ia tidak tenggelam, bagi saya itulah tempat meletak bakul yang paling cantik pernah saya lihat. Namun, ia mungkin tak cukup untuk mendorong pelanggan menggunakan bakul.


Di Jusco, terdapat juga platform untuk meletak bakul membeli belah, ianya diperbuat daripada logam stainless steel. Tiada gambar di sini, tapi anda boleh pergi ke Jusco sendiri untuk melihatnya.


Sebagai perbandingan, ini bakul saya. klik pada gambar untuk melihat posternya.

Memang belum ada platform untuk mengalasnya. Walaupun asalnya untuk menjadikannya 'kool', oleh kerana ketiadaan kemahiran grafik, idea hanya sekadar idea. (rujuk sini). Namun ia adalah lebih baik daripada tiada bakul, atau tiada petunjuk yang mendorong pelanggan supaya menggunakan bakul.



Tahukah anda dikedai buku juga terdapat bakul untuk digunakan oleh pelanggan?
Gambar bakul di kedai buku akan dipaparkan pada cerita pengguna bakul di kedai buku.



Rujukan:
http://sebolku.blogspot.com/2007/06/faktor-cool.html

0 comments:

Catat Ulasan

Google+ Hasbullah Pit