Namun terdapat satu perkara yang cukup saya tidak gemar di blognya, bukan kerana kandungannya tetapi kelebaran kolum catatannya. Terlalu lebar supaya mata biasa membacanya.
Ambil satu contoh catatan.
Hari Keluarga Nursi
(sila klik untuk besarkan).
Berapa kelebaran ayat yang dipilih pada gambar di atas?
sebol@ubuntu-sebol:~$ echo "Seperti biasa, penghujung semester akan diadakan pelbagai jenis hari keluarga, dan hari keluarga Jemaah Islam Kampus"|wc
1 16 117
117 aksara!
Sejak berkurun yang lalu, mesin taip dicipta hanya boleh memuatkan 80 huruf dalam satu baris.
Apabila komputer dicipta, terminal yang ada juga menggunakan lebar 80 asksara. Ada juga jenis terminal yang lebih daripada itu, tapi jarang-jarang ada.
Program terminal moden, seperti gnome-terminal juga menyediakan kelebaran 80 aksara.
Pakar kebolehgunaan mengatakan mata manusia tidak sesuai untuk membaca sesuatu yang terlalu lebar.
Surat khabar, pula menggunakan lebar kolum yang lebih kecil. Supaya mudah di baca.
Jadi apa jadi kalau lebar kolum di blognya dikecilkan sehingga ke paras "80" pada gambar di atas.
(dengan mengecilkan kelebaran pelungsur web)
Ia akan menjadi lebih mudah dibaca.
Terdapat 2 cara melaraskan kolum supaya ia menjadi lebih kurang 80 aksara,
1. kecilkan kolum
2. besarkan tulisan.
3. kedua-duanya sekali.
Disebabkan tulisan di blog ada yang jenis kelebaran tidak tetap, dan jenis tulisan pada pembaca yang berbeza juga berlainan, maka nilai 80 itu adalah nilai anggaran sahaja.
Untuk meningkatkan tahap kemudahbacaan blog, nilai itu boleh diturunkan sehingga 75 dan tulisan dibesarkan sedikit.
Maka ramai lah gadis-gadis akan tergila-gilakan rausyanfikir.
Salam kenal semula.
BalasPadamHaha. Kasihan adik Fahsyal kita tu. Apa-apa pun saya suka saja baca tulisannya itu, lebih-lebih lagi dengan cara peng"aksara"an blognya yang berkesan. Rasa macam dah baca berpuluh-puluh kitab walhal baru saja beberapa perenggan.
Oh, ada orang guna Gnome juga, rupanya.
P/S : Tak nak review Abqori pula ke? Banyak juga yang masuk ke Abqori melalui beras pit. (Alamak! Publisiti murahan lah pula.)
Salam bang,
BalasPadamT kasih sudi komen. So xda cara lain la ye? Besarkan tulisan?
Rausyanfikir:
BalasPadamPada pendapat saya, cuba ubah di templat:-
yg saiz font "78%" digantikan dengan 100%
& lebar kolum ,mana yang "67%", digantikan kepada "550px"