test

Isnin, 13 Oktober 2008

Satu Bangsa Satu Negara Dr Burhanuddin Al-Helmy - Malaysiakini

Saya tertarik untuk mengulas surat Kelly Stone di Malaysiakini tentang 'Satu Bangsa Satu Negara', dimana Negara Thai telah berjaya melakukannya. Bukan sahaja Thai, negara di eropah juga banyak yang berjaya melakukan Satu Bangsa Satu Negara.

Faktor utama menjayakan Satu Bangsa Satu Negara ialah soal bahasa. Di Negara Thai, Sweden, Korea, Jepun kesemuanya bercakap dalam satu bahasa sendiri yang menjadi sebagai identiti bangsa.

Takrifan bangsa sering disalah ertikan dengan etnik atau kaum. Di Malaysia bangsa sering dikaitkan dengan kaum, berbanding maksud sebenarnya ialah untuk warga sesuatu negara.

Ketika sebelum merdeka. Tidak ada istilah "Malaysia" yang ada hanya "Malaya" nama yang diberi oleh british. Oleh itu ketika Dr Burhanuddin Al-Helmy cuba membangkitkan nasionalisme, istilah kebangsaan digunakan untuk merujuk kepada nasionalisme. Kaum yang ada di Tanah Melayu adalah bukan hanya melayu, akan tetapi Dr Burhanuddin Al Helmy cuba menjadikan semua orang sebagai Bangsa Melayu.

Mustahil untuk dia menyebut Bangsa Malaysia jikalau perkataan Malaysia itu hanya wujud 20 tahun selepas dia merancangkan kemerdekaan.

Pada peringkat awal, dia mahu memerdekakan Tanah Melayu sebagai satu negera Melayu. Jika difikirkan, betul apa yang dia cuba lakukan, Tanah Melayu dimerdekakan menjadi negara Melayu dan samalah dengan Kelly Stone maksudkan dengan Satu Bangsa Satu Negara bagi Thailand.

Dari sudut bahasa, 'Nasionalism' hendak diterjemahkan ke dalam bahasa melayu sebagai apa kalau bukan 'Kebangsaan'. Kerana itu antarabangsa adalah merujuk kepada 'international' dan bukannya antara Melayu, Cina India.

Apabila pejuang kemerdekaan yang sealiran dengan Dr Burhanuddin Al-Helmy ditangkap ISA, maka  baton perjuangan kemerdekaan telah dipegang oleh UMNO. UMNO tidak berapa faham apa yang dimaksudkan sebagai Bangsa Melayu oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy, sehingga dia ditakrifkan menjadi perkauman yang sempit.

UMNO hanya lihat bangsa Melayu sebagai kaum melayu sahaja. Itu masalahnya. Bukan Bangsa Melayu sebagai semua rakyat di Tanah Melayu yang bertutur dalam bahasa melayu.

Pemimpin UMNO agak lambat sedar, namun Datuk Onn cuba membuka UMNO kepada bukan kaum melayu, akan tetapi dia pula yang disisihkan dari UMNO.

Kini, ramai blogawan tempatan yang memaparkan imej grafik Bangsa Malaysia sebagai satu langkah yang mirip dengan langkah Dr Burhanuddin Al-Helmy 60 tahun yang lalu.

Akan tetapi, kebanyakan blogawan yang mendokong "Bangsa Malaysia" tidak menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Ada diantara mereka yang mengakui bahawa bahasa pengantar utama Bangsa Malaysia adalah "Bahasa Malaysia" tetapi kandungan blognya tetap Inggeris.

Melihat akan senario politik semasa, Satu Bangsa Satu Negara masih boleh direalisasikan.

Anwar Ibrahim ketika berucap pada perhimpunan Black 14 dan perhimpunan 15 september telah menekankan soal bahasa sebagai alat perpaduan. Seperti biasa, soal bahasa adalah bukan soal politik yang popular berbanding soal harga minyak, rasuah dan sebagainya.

Sekiranya kaum bukan melayu mampu mengangkat Bahasa Melayu, maka Bangsa Malaysia boleh menjadi realiti.

Satu Bangsa Satu Negara bermula dengan Satu Bahasa (Bahasa Melayu), Satu Bangsa (Bangsa Malaysia).

Etnik bukan melayu mestilah mendapat peluang belajar dalam Bahasa Melayu, diperingkat tinggi sambil boleh mempelajari pendidikan awal dalam bahasa ibunda. Barulah bahasa Melayu boleh diperkembangkan kepada semua kaum dengan lebih meluas.

Lebih ramai kaum bukan melayu yang berbahasa Melayu, makin cepat sasaran Bangsa Malaysia boleh dicapai.

8 comments:

  1. Isu tentang Bahasa, secara peribadi kalau kita lihat keputusan samada PMR atau SPM...pelajar bukan Melayu selalu mendapat keputusan lebih baik daripada pelajar Melayu dalam matapelajaran Bahasa melayu...

    BalasPadam
  2. pada pendapat saya satu bangsa satu negara adalah konsep yg masih jauh buat negara kita. semua bangsa masih mengutamakan bahasa sendiri bila berkomunikasi dan bahasa inggeris digunakan untuk urusan bisnes... bila nak ubah?

    p/s
    saya suka pergi ke indonesia sebab semua kaum guna satu bahasa....

    BalasPadam
  3. Tak ada masalah kalau nak guna bahasa sendiri bila berkomunikasi dengan etnik sendiri, yang penting bahasa pilihan bila berkomunikasi dengan etnik lain mesti guna bahasa melayu.

    BalasPadam
  4. Salam!

    Semoga Allah rahmati Dr.Burhanuddin Al-Helmy, Pejuang Kemerdekaan yang dilupakan akibat kejahatan politik parti2 tertentu...

    thx!

    BalasPadam
  5. betul tu...angkatlaa bahasa melayu ni..barulah malaysia ni ader bahasa tersendiri..banggalah dengan bahasa ibunda ni...itulah sebenarnyer identiti yang tak perlu dicipta...ianya sudah lahir sejak kita lahir ke bumi malaysia nie....

    BalasPadam
  6. Salam Tuan besbol,

    Perlembagaan bagaimana ?
    Adakah saya ketinggalan ?



    Saddam Hussein

    BalasPadam
  7. bahasa melayu sendiri pun dh pecah berberapa loghat.. bukan semua bangsa melayu paham dengan loghat masing2.. tapi masih dlm lingkungan bahasa melayu..

    Apa kata jadikan bahasa melayu sebagai bahasa Malaysia.. bahasayng bukan untuk org melayu sahaja.

    p/s: tak baca pun artikel tgk tajuk terus komen kalau lari topi maap ler bang he he..

    BalasPadam
  8. setuju en sebol.

    ada bacakan artikel saya tulis pasal kepentingan BM dalam Islam?

    Tp PAS mcm kureng berminat la bab2 bahasa ni.

    Faisal Tehrani yg lebih serius drpd politikus.

    Bg saya, PAS semaca ada sindrom antitesis kpd UMNO yg rata2 ahli telah trjemahkn kpd anti-kemelayuan yg halus.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit