Sebelum ini saya banyak melihat laman blog yang menyediakan senarai ahli google friend connect di blog masing-masing. Ianya biasanya dikenali sebagai 'follower'.
Blog Kedahlanie, cukup ramai ahlinya, akan tetapi apa ahlinya boleh buat?
(ketika ini ada 263 ahli)
Disebabkan saya sendiri, sebelum ini tidak pasti apa follower ini boleh buat, maka saya tidak meletakkan senarai 'follower' di blog saya.
Akan tetapi saya menjumpai bahawa 'follower' boleh memberi komen. Dengan meniru Petaling Street Baru, Beras Padu menyediakan medium borak sebegitu. Untuk maklumat petaling street & Beras Padu tidak menggunakan enjin Blogger.com.
Di situ letaknya keindahannya.
Ahli yang ingin menyertai google friend connect tidak diwajibkan untuk mempunyai akaun blogger.com, beberapa jenis autentikasi lain juga boleh logmasuk ke google friend connect.
Tidak seperti Facebook yang sering mensyaratkan keahlian.
Itu baru pengenalannya sahaja,
Kini masuk sesi tutorial,
Bagaimana meletakkan wiget borak Google Friend Connect untuk blogawan yang menggunakan platform Blogger.com (blogspot).
Pertama, masuk ke http://www.google.com/friendconnect/
Logmasuk menggunakan akaun Blogger.com anda.
Pilih blog yang mana satu, (seperti bulatan atas), klik social gadget dan kemudian pilih 'Get This Widget' pada 'Comments'.
Anda akan dapat halaman sebegini:-
(klik untuk besarkan)
Ubahsuailah apa yang patut, seperti :
- mengecilkan kelebaran menjadi 220 , mengikut kesesuaian templat anda
- bilangan maksimum mesej daripada 5 ke 10, atau lebih
- Tukar warna
- Ubah 'Comments' menjadi 'Borak Santai'
Klik "Generate Code'
Kemudian tepeklah kod HTML itu di susunatur (Layout) blog anda.
ohhh...Thanks atas info yang berguna
BalasPadamPPS ada kat footer tu , buat macam mana?
BalasPadampangiran datu patinggi raden hamengkubuwono angkasanuri :
BalasPadamTiada ucapan hari guru sekali kah?
Kakjie, Saudagar kulat:
yang itu kena pilih yang atas sikit.
Social bar
terima kasih..
BalasPadamdaku kira tutorial ini tidak lengkap kerana perlu penambahan dalam html layout itu sendiri. aku sedang mencuba juga pada asalnya sudah menjadi. tetapi ada beberapa kekangan yang terpaksa aku ubah untuk meringankan blogku
BalasPadamapa2 pun salam perkenalan dari daku.