Terdapat 2 catatan blog yang cukup "risau" apabila ringgit turun berbanding dollar.
Ringgit bakal cecah RM4 sedolar?» CINA ISLAM (林川興)
TERNOW !!! NILAI RINGGIT JATUH - BERBANDING DOLAR» Tukar Tiub
Jangan salahkan mereka kerana masih dijajah USD, ada ramai lagi orang yang dijajah USD.
Saya ingin memaklumkan bahawa Ringgit naik berbanding matawang bukan USD sekiranya Ringgit mencecah RM 4 satu USD kerana sistem penentuan nilai Ringgit adalah menggunakan Apungan Terurus ('Managed float').
Adakah ianya sesuatu yang baik atau tidak baik?
Anda tentukan.
Dengan sistem Apungan Terurus yang digunakan oleh Bank Negara, kejadian "Ringgit jatuh berbanding USD" hanya berlaku apabila USD naik. Namun, Ringgit akan turut naik berbanding matawang asing lain.
Malaysia boleh beli barangan daripada luar Amerika dengan sedikit murah.
Jed Yoong akan menjadi lebih kaya, kerana gajinya dibayar dalam USD.
Para blogawan yang memperolehi pendapatan dalam USD melalui Adsense akan sedikit gembiran.
Saya tidak gembira.
Saya tidak suka USD naik.
Kenapa?
Lihatlah bagaimana permainan mereka.
Mereka boleh cipta lebihan 2 trilion USD. Kemudian nilai USD boleh naik.
Kalau mengikut hukum biasa, sepatutnya nilai USD turun.
USD akan turun, tetapi mungkin bukan hari ini.
Sebelum itu mereka sempat mengakut hasil bumi, atau produk orang Asia dengan kuasa beli yang mereka cipta itu.
Mereka cuba menekan harga emas dengan menaikkan USD.
Mereka cuba meyakinkan dunia kononnya USD akan terus naik supaya permintaan terhadap USD akan naik.
Apabila ramai yang menyimpan USD, maka seigniorage (cukai inflasi) akan dikenakan terhadap mereka.
Seigniorage itu tidak berlaku hari ini, Selesai sahaja Amerika mengakut hasil bumi negara lain, maka USD akan jatuh.
Kesan inflasi USD itu akan diterima oleh semua penyimpan USD.
Hasil bumi siapa yang kena kaut?
Salam Kenal.
BalasPadamWang pinjaman saya yang saya dapat setiap empat bulan adalah RM2000. Tetapi saya menerimanya di dalam Dolar. 4 bulan lepas saya mendapat sebanyak $600 lebih. Dua hari lepas pula mendapat $551 sahaja.
Soalannya, bilakah waktu yang saya patut gembira? Ketika Dolar naik kah atau ketika Ringgit yang naik?