test

Ahad, 6 April 2008

Minyak 2 gred Datuk Shahrir Samad Formula Siapa?

Menteri Pengangkutan KBBP , Ezza Erisar mempersoalkan bolehkah kenderaan menggunakan minyak ron95 apabila terdengarnya berita akan 2 gred minyak berbeza akan diperkenalkan.

Maka saya jawap persoalan erisar dahulu, memanglah boleh, kerana kereta direka untuk ron95. Minyak di Malaysia menjadi Ron97 adalah akibat saingan antara syarikat minyak ketika akhir 90an.

Ini keseluruhan dari berita itu:-


JOHOR BAHRU: Pengguna di negara ini dijangka dapat menikmati harga petrol biasa yang lebih rendah tidak lama lagi, berikutan cadangan kerajaan untuk menstruktur semula jenis petrol di pasaran dan pemberian lebih banyak subsidi bagi petrol biasa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata perubahan harga petrol itu akan dibuat melalui kajian semula subsidi petrol yang berada di pasaran seperti petrol berplumbum dan tanpa plumbum RON 92 serta RON 97.

Katanya, mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membendung Inflasi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Selasa lalu sudah menimbangkan cadangan memansuhkan petrol RON 92 dan RON 97 untuk digantikan dengan petrol RON 95 dan RON 99.



Beliau berkata, ketika ini petrol RON 92 kebanyakannya digunakan oleh motosikal, manakala kenderaan lain menggunakan RON 97.

“Petrol RON 95 boleh digunakan pengguna berpendapatan rendah dan sederhana kerana ia bakal menggantikan RON 92 dan RON 97, manakala petrol RON 99 yang lebih mahal adalah sesuai untuk kenderaan mewah dan pengguna yang mementingkan kuasa pemanduan serta prestasi.

“Mengikut sistem baru itu, kerajaan akan memberi lebih subsidi bagi petrol RON 95. Matlamatnya ialah membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana, manakala bagi mereka yang berpendapatan mewah boleh memilih sama ada menggunakan petrol biasa atau berkuasa tinggi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat khas Perhubungan Umno Johor, di sini semalam.



Shahrir berkata, kerajaan dijangka dapat menjimatkan peruntukan perbelanjaan dengan memberi sebahagian besar subsidi kepada petrol jenis RON 95, berbanding sebelum ini subsidi yang sama diberikan untuk kedua-dua jenis petrol iaitu RON 92 dan RON 97.

“Mereka yang menggunakan petrol RON 99 juga akan mendapat subsidi, tetapi jumlahnya sedikit,” katanya.

Beliau berkata, mutu petrol RON 95 lebih rendah berbanding RON 97, tetapi ia boleh digunakan oleh kebanyakan kenderaan di negara ini. Kebanyakan negara di Asia dan Eropah kini sudah menggunakan petrol jenis RON 95.

“Melalui cadangan sistem baru ini, kita bukan saja menukar cara menyenaraikan harga petrol, tetapi juga membantu mengurangkan beban kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana.

“Golongan kaya juga boleh menggunakan RON 95 bagi kenderaan seperti Mercedes Benz, BMW dan kenderaan mewah lain, tetapi mereka tidak mendapat manfaat seperti penggunaan petrol RON 99,” katanya.

Januari lalu, Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, dilaporkan berkata kerajaan terpaksa mengeluarkan RM35 bilion untuk subsidi harga diesel, petrol RON 92 dan RON 97, jika harga minyak mentah naik AS$100 satu tong di pasaran dunia.

Pada masa ini, petrol RON 92 dijual pada harga RM1.88 seliter di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, manakala RON 97 berharga RM1.92 seliter di Semenanjung, berbanding RM1.90 sen di Sabah dan RM1.91 di Sarawak.


Biasanya saya jarang menepek sekeluruhan berita luar untuk dimuatkan ke dalam blog ini, akan tetapi, memandangkan saya mempunyai HAK untuk menepeknya, maka saya pun tepek.

Jika dilihat disitu, Idea untuk membuat 2 gred minyak berbeza yang dijual pada harga berbeza, saling tak tumpang dengan Idea saya beberapa bulan yang lalu, pada catatan blog bertajuk
Formula Rombakan Subsidi Minyak (mesti klik) . Cuma bezanya, saya mencadangkan RON 95 dan RON 98, tetapi Dato Shahrir mencadangkan RON 95 dan RON 99. Dan Formula saya ada unsur pengukuhan ringgit.

Petikan dari tulisan saya dahulu..

Kemudian, kita tiru Indonesia sedikit dengan membuat petrol 2 gred. Satu harga tanpa subsidi, satu lagi harga dengan subsidi.

sebagai contoh, RON 92 bersubsidi, RON 97 tanpa subsidi.
ATAU

bunuh RON 92,
dan jadikan RON 95 bersubsidi dan RON 98 tanpa subsidi.

Minyak RON 95 bersubsidi itu juga boleh dihadkan penjualannya.
20 liter sehari, 30 liter sehari.

Maka sekurang-kurangnya , orang kaya yang ingin bergaya dengan Mercedesnya boleh terus tuang penuh RON 98 tanpa subsidi.

0 comments:

Catat Ulasan

Google+ Hasbullah Pit