test

Jumaat, 17 Ogos 2007

Proton Persona 2007 : Penjenamaan Proton


Kedengaran Siti Hawa bertanyakan mengapa ramai orang suka ceritakan perkara yang sama tentang isu semasa? Tapi mungkin Cerita saya lain sedikit.

Bila keluar sahaja Proton Persona 2007, maka banyaklah komen-komen mahupun yang baik dan ada juga yang buruk. Akan tetapi oleh kerana jenama Proton itu sering dikaitkan dengan Masalah, maka akan ada banyak komen buruk daripada yang baik. Walaupun dah tukar pengurusan.

Dimaklumkan disini bahawa
Proton Tengku Mahalel dengan Proton Syed Zainal adakah berbeza

Siapa itu dua insan itu? Mereka CEO Proton. Seorang yang lama, orang mahathir, seorang lain ialah CEO yang aku anggap profesional, realistik. (Tak perlu aku puji dia, kerana aku bukan dapat apa-apa pun). Sebagai perbandingan, Syed Zainal adalah CEO bagi jenama Proton, dan Steve Job adalah CEO kepada Apple.

CEO adalah CEO. Kebanyakan syarikat terbitan awam, kalau nak maju, perkara pertama sekali ialah 'Tukar CEO'. Steve Job yang suatu masa dulu pengasas Apple, kemudia dipecat, kemudian diambil semula oleh Apple sebagai CEO.

Apa persamaan antara Apple dan Proton?
Apple membenarkan pelanggan pra-pesan (pre order) iPhone, dan Proton juga membenarkan pra-pesan Proton Persona 2007. Kedua-duanya tidak memaksa sesiapa untuk pra-pesan.

Tetapi, oleh kerana jenama Apple itu amat kuat berbanding proton, ramai terdpaat insan yang mempersoalkan pra-pesan tanpa pandu uji. Pelanggan yang pra-pesan iPhone pun tak pernah uji iPhone. Kalau nak uji sangat , tunggu dia keluar dan tunggu kawan anda beli dan uji.

Jadi, Dalam konteks pra-pesanan ini, ia memerlukan kepercayaan terhadap sesuatu jenama.
Jika anda percaya jenama Apple, anda boleh pra-pesan tanpa ragu.

Akan tetapi jika anda tidak percayakan Jenama Proton:Tengku_Mahalel, maka anda akan persoalkan pra-pesan Proton Persona walaupun dibawah CEO baru.

Ya memang 'Jenama' Proton memang teruk, selalu dikaitkan dengan 'problem', tak pernah dikaitkan dengan 'kool', kecuali bagi produk Satria GTI dan Satria Neo.

Jika Steve Job dilantik menjadi CEO Proton, saya rasa dia akan lakukan perkara yang lebih kurang sama dengan Syed Zainal. Steve Job memerlukan masa beberapa tahun untuk mengeluarkan OSX dan iPod.

Ramai yang mempersoalkan kenapa macam GEN2, tiada rekabentuk lain kah?

Jawapan yang saya dengar sendiri daripada Syed Zainal ialah mereka memerlukan 'Quick Car', supaya boleh dijual dengan pantas, peroleh keuntungan cepat, dan kemudiannya boleh gunakan semula kewangan itu untuk membuat kereta yang lebih baik. <--klik

Kenapa guna nama persona, bukan GEN2, rupanya macam GEN2?
Siang-siang sudah tahu, bukankah 'GEN2' itu satu jenama yang teruk. Kalau guna nama GEN2 maksudnya gali lubang kubur sendiri. Begitu juga ketika Satria NEO dulu, nama Satria dikekalkan kerana ia 'kool' dan tidak dilabel teruk seteruk GEN2.

Kenapa Persona?
Bila saya pertama kali mengetahui namanya 'Persona' terus saya kagum, mereka bijak!

'Persona' adalah satu jenama yang dipercayai suatu ketika dahulu.
Kenapa tak digunakan semula secara percuma?

0 comments:

Catat Ulasan

Google+ Hasbullah Pit