test

Ahad, 31 Mei 2009

Apa Rasionalnya PKM sahaja yang dilabel Jahat, Bukan Kuomintang?

Apa Rasionalnya PKM sahaja yang dilabel Jahat, Bukan Kuomintang?
Walhal, yang menyembelih babi di dalam Masjid itu ialah Kuomintang, (merunut Pak Mat Amin).

a)kenapa memilih PKM sebagai parti perjuangan . PKM yang berlandaskan MPAJ telah melakukan kesilapan besar ketika memerintah selama 14 hari selepas kekalahan Jepun sembelih babi di masjid batu pahat, bunuh talibarut Jepun semuanya berdasarkan balas dendam tanpa menjanjikan kestabilan dan keamanan.

Jawab a) yang menyembelih babi itu ialah seorang ejen penjajah dari golongan Kuomintang, bukan PKM. Fakta yang saudara dapat itu sudah “diperbaiki” oleh penjajah

11 comments:

  1. Balik UM nanti, saya rasa nak bertanya Koo Key Kim dan Ramlah Adam la tentang PKM dan Komentang ini' bintang satu dan 3 ini. Nampak macam ada usaha jenayah akademik dalam sejarah kita dan di Universiti?

    BalasPadam
  2. Aku pernah baca di mana ntah, usaha Tan Cheng Lock menarik cina "PKM" masuk MCA.

    sekarang aku mushkil, adakah PKM atau Kuomintang?

    BalasPadam
  3. PKM dan Koumintang....yang mana satu berbintang tiga dan berbintang satu....

    BalasPadam
  4. Yong lebih minat untuk mencari jawapan pada soalan ini: Mengapa Semenanjung Tanah Melayu ditukar menjadi Semenanjung Malaysia? England (Land of the English) tak tukar namapun bila wujud United Kingdom. Begitu juga Scotland (Land of the Scotish)

    BalasPadam
  5. mamai:
    PKM bintang tiga
    Koumintang tak pasti pula, tapi logo MCA itu 1 bintang.

    mushkil... mushkil

    BalasPadam
  6. Kadang-kadang kita tidak dapat fakta sejarah yang sebenar. Kita dikelirukan antara fakta dan propaganda. Chin Peng tak boleh balik Malaysia tapi Samsiah Fakeh Boleh pula, dua-dua mereka dikatakan Kominis juga. Mungkin ada agenda politik disebalik isu yang sengaja diperhangatkan ini. Mungkin juga nak alih perhatian rakyat.
    Sekali lagi satu Malaysia kena bodohkan.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum :
    Pada pandangan saya yg kurang merilmu ni, sebenarnya pkm atau MPAJA telah di pergunakan oleh pihak british utk menentang jepun ..pihak british tahu bahawanya org-org cina pada ketika itu sangat memusuhi jepun ,dengan ini pihak british telah mengambil kesempatan.
    Setelah Jepun tewas , pihak british merasa pkm menjadi saingan mereka..kerana pkm juga memainkan peranan penting dlm mengusir keluar tentera jepun dari Malaya . Selepas pendudukan Jepun 1942-1945. PKM dan MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army). Nasionalisme orang Tanah Melayu yang telah mempunyai kesedaran diri .... telah merasakan ,telah tiba masanya pihak british keluar dari bumi malaya , tetapi Pihak british enggan dan ingin berkuasa semula , kali ini dengan bentuk baru .
    Pembunuhan seramai tiga orang pengurus ladang berbahasa Inggeris di Sungai Siput, Perak pada tahun 1948, telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu. Sebulan selepas itu PKM diharamkan. Adakah ini satu konspirasi atau alasan pihak british utk menghapuskan pkm kerana disebabkan polisi tentera British yang sebenarnya anti-komunis.
    Yang paling teruknya, boleh dikatakan dengan pengharaman PKM oleh kerajaan British kerana dianggap sebagai parti politik yang radikal. Pengharaman ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati oleh kebanyakan ahli dalam PKM kerana jasa mereka telah dilupakan oleh British semasa dalam penentangan Jepun.
    Kini timbul pula persengketaan antara pkm dgn pihak british, dan seperti biasanya pihak british akan mencari mangsa utk dipergunakan ,dan mangsanya kini sudah pasti adalah bangsa melayu itu sendiri.
    Sekiranya pkm tidak menganuti fahaman komunis sudah tentu jalan ceritanya berbeza...!!!
    Sekiranya Setiausaha Agungnya bukan Chin Peng yg berbangsa cina tetapi ustaz-ustaz yg berbangsa melayu sudah tentu jalan cerita nya berbeza....!!
    Sekiranya nama pkm itu bukan nya parti komunis Malaya tetapi parti keamanan Malaya sudah tentu jalan ceritanya berbeza...!!
    Itu semua tinggal sejarah....
    Mereka-mereka INI ibarat permainan catur...,dimana pihak british , jepun dan PKM adalah pemainnya .....,pkm ,askar melayu, polis melayu,mpaja, komando Biritish “Force 136 ,dll adalah buah caturnya....
    Rakyat adalah penontonnya..raja-raja adalah tetamu istimewa yg diberi tempat khas di suatu sudut, dan akhir sekali tanah melayu ini adalah papannya.....
    PEMAIN yg pandai menarik perhatian para penonton sudah pasti mendapat perhatian......
    Sekian wassalam..

    BalasPadam
  8. Mungkin orang ingat kuomintang ni adik beradik dengan lampu kalimantang

    BalasPadam
  9. saudara hasbullah,

    boleh baca buku tulisan yuen yuet leng "nation before self" utk mengetahui cerita kominis. yuen adalah sb polis dan bekas ketua polis perak. baca cerita beliau bagaimana tindakan mengambil bekas pkm memasuki sb utk mengalahkan kominis.

    juga bagaimana amno perak membantah keberatan menerima tuen dilantik ketua polis perak. tapi mujurlah sultan idris bijak dlm membuat keputusan.

    buku ini lebih banyak mengajar saya tentang sejarah penentangan kominis berbanding sebelas tahun di sekolah. akhir sekali perlu dingat yg berjuang menentang kominis bukan melayu semata2.

    BalasPadam
  10. Bang, ahli2 politik kita buta sejarah. Bila ahli politik buta sejarah, maka rakyat (lebih lagi generasi muda) lagi la buta langsung tentang sejarah komunis. Sebelum kita nak maafkan kekejaman yang dilakukan, ini bukan bercakap pasal bangsa, ini bercakap pasal kekejaman yang dilakukan bukan takat pada orang Melayu, malah Cina dan India pada masa itu juga. Gali balik kubur2 orang yang mati kerana kekejaman komunis, tanya mereka adakah mereka itu akan redha kita ini maafkan kekejaman yang telah dilakukan dulu? Kalau tidak, jangan kita memandai maafkan.

    Tengok Yahudi, adakah dia memaafkan Hitler? Adakah Bosnia memaafkan Milosevic? Adakah orang2 China memaafkan Jepun dalam perang dulu? Tidak sama sekali. Keengganan kita bukan kerana kita takut pada fahaman komunis pada masa sekarang ini, keengganan kita kerana kita masih lagi tidak boleh maafkan kekejaman yang telah dilakukan dahulu. Mungkin bilamana generasi tua yang dahulu dideritakan komunis telah lenyap daripada bumi ini, mungkin dikala itu ada orang yang akan maafkan, itupun sebab dia buta, tidak tahu akan perit jerihnya orang2 lama berjuang menentang kekejaman komunis.

    Cakap jangan sebarang cakap, hormat jangan sebarang hormat.

    -Garden

    BalasPadam
  11. Owh..Itu rupanya cerita sebenar..ambo masih kurang paham beza PKM dgn kuomintang

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit