Masa kian hampir, dimana etinik Melayu tidak lagi boleh diharapkan untuk memartabatkan Bahasa Melayu.
Masa kian hampir, dimana etnik Melayu tidak lagi boleh diharapkan untuk memartabatkan Islam.
Parti Politik etnik melayu yang besar itu (UMNO) teramatlah tidak boleh diharapkan untuk memartabatkan kedua-duanya sekali. Tanpa segan silu peminpin mereka membunuh istilah belanjawan.
Pemimpin PAS bagaimana pula?
Ianya masih menjadi tanda tanya.
Etnik melayu cukup malas untuk mencari istilah yang sesuai pada bahasanya apabila ingin bercakap atau menulis. Mereka suka gunakan sahaja perkataan Inggeris kedalam pertuturan mereka.
"Nanti aku call engkau."
"Aku tengah download"
Bangga benar mereka memasukkan perkataan inggeris kedalam pertuturan dan penulisan. Sebenarnya itulah yang menampakkan sikap malas pada diri mereka.
Pernah suatu ketika dahulu, saya berbicara dengan Isteri saya, sebenarnya kalau kita bercakap bercampur aduk perkataan dalam satu ayat. ia memang menampakkan kegagalan seseorang untuk menyusun ayat.
Kalau hendak berbahasa Inggeris, teruskan bercakap dalam Inggeris dalam satu perkataan.
Kalau hendak berbahasa Melayu, teruskan guna semua istilah Bahasa Melayu dalam satu ayat.
Orang Melayu, terutama dibandar sering menambahkan perkataan inggeris.
"Bila nak exam?"
"Test dulu , kau score tak?"
Sebenarnya mereka gagal.
Jarang sungguh kita melihat apabila bukan melayu, berbahasa melayu, tetapi memasukkan perkataan inggeris kedalam pertuturannya. Melainkan kalau tidak tahu istilah.
Kalau kita tidak tahu istilah, maka ianya dibolehkan.
Kita guna dahulu istilah blogger sebelum jumpa istilah blogawan.
Kita boleh nampak bagaimana orang melayu, melacurkan bahasa mereka berleluasa didalam dunia blog.
Ya memang wujud banyak dialek di dalam Bahasa Melayu.
Dialek Kelantan, Johor Riau, Kedah, Pulau Pinang.
Bahasa Melayu Baku apabila disebut dan ditulis, ianya boleh difahami oleh semua penutur dialek yang ada.
Maka, cara terbaik menulis blog dalam bahasa melayu ialah dengan membayangkan bahawa kita sedang menutur dalam sebutan baku.
Akan tetapi apabila dialek johor riau terlalu dominan, seolah-olah bahasa Melayu di Malaysia begitu bunyinya. "Kenaper" "bile" "sahaje".
Itu semua dialek johor riau keterlaluan sehingga melacurkan bahasa.
Bahasa Melayu bukan milik orang Melaka, Johor, Selangor dan KL sahaja.
Ianya juga milik orang brunei, orang patani.
Saya masih ingat lagi satu iklan brunei, ketika pertuturan dialog, ia menggunakan dialek tempatan, akan tetapi untuk suara latar (voice over) ia menggunakan sebutan hampir baku. Kita tidak memahami pertuturannya, tetapi mesejnya boleh sampai. Walaupun kita bukan orang brunei.
Kini, Revolusi tidak mengharapkan etnik melayu memartabatkan Bahasa Melayu mula melanda.
Dr Khalid Idham Lim, secepat kilat memperbetulkan kesalahan bahasanya. Kalau orang melayu, dia tidak peduli langsung.
Kav, blogawan yang sering berkunjung ke blog ini, kini melafazkan pengisytiharan untuk berblog dalam Bahasa Malaysia.
Bandingkan catatan Kemerdekaan antara Khalid Idham Lim, Kav dengan Puan Emy.
Yang mana lebih menggambarkan pemartabatan bahasa?
Ahad, 31 Ogos 2008
Home »
bahasa
,
Melayu
,
politik
» Bahasa Melayu dan Islam Diangkat Martabatnya oleh Bukan Entik Melayu
.. Isu bahasa adalah satu perkara yang tak akan habis diperdebatkan di Malaysia.
BalasPadamUmumnya, masalah yang timbul adalah berpunca dari sifat dalaman masyarakat Melayu itu sendiri. (Kita sudah sedia maklum perangai / 'peel' melayu sendiri)...
Kenapa kita bercakap, tak sama macam kita menulis / mengarang secara formal? (lihat pertuturan 'mat saleh' - pertuturan hampir sama dengan penulisan).
..Cara untuk memperbaiki yang terbaik, kita dah mula nampak usaha pihak media terutamanya dalam menggunakan bahasa ydengan nahu serta sebutan yang betul. Cuma yang kena jadi sokongan, sudah semestinya ibu bapa di rumah ketika mula-mula mengajar bayi bercakap... bukannya ibu bapa yang ikut jadi pelat macam anak!