test

Jumaat, 27 Februari 2015

Harga bukan hak mutlak penjual


Saya terjumpa komen sebegini



Ambil contoh senario:

Harga bukan hak mutlak penjual
Harga sebenar berlaku apabila wujudnya persetujuan jual beli.

Penjual nak jual harga RM 100.
Pembeli nak harga RM 80.

Penjual tak boleh bagi harga RM 80, tetapi penjual boleh bagi harga RM 95.
Pembeli upkan lagi, boleh beli harga RM 90.

Penjual tetap tak boleh beri harga RM 95.
Akhirnya pembeli setuju, untuk terima harga RM 95.

Adakah pembeli kena ucap terima kasih, dan dicop "tak beradab" ?

Bukankah penjual perlu berterima kasih pada pembeli sebab terima harga RM 95?
Adakah pembeli pula cop penjual tidak beradab jika tak ucap terima kasih apabile pembeli setuju harga yang penjual pinta?


Dalam urusniaga jual beli, 2 pihak adalah setara.

Agak menghairankan juga apabila ramai orang menyalahkan peniaga apabila menaikkan harga barang. Walhal, urusniaga antara dua belah pihak. Kedua-dua memainkan peranan menentukan harga.

Adakalanya 2 belah pihak itu tidak boleh bersetuju pada satu harga.
Kalau tengok Pawn Star, memang banyak urusniaga tak jadi sebab tiada persetujuan harga.
Yang nak jual minta harga tinggi, yang nak beli minta harga rendah, sehingga tiada titik persetujuan.

Itu perkara biasa dalam urusniaga.
Tak perlu makan hati bila tiada persetujuan jual beli.

Sebagai contoh lain.
Seorang penjual menjual barang untungnya RM 80.
Pelanggan minta diskaun RM 200.
Penjual memang tak boleh beri diskaun RM 200, sebab untung dia pun hanya RM 80.

Pelanggan tak bolehlah marah, marah sebab tak dapat diskaun RM 200.

Dan pelanggan tak bolehlah nak kata penjual tak mesra pelanggan bila tak beri diskaun RM 200.












0 comments:

Catat Ulasan

Google+ Hasbullah Pit