test

Sabtu, 9 Ogos 2014

Mari Boikot intel , AMDcepatpanasisme sesat?

Sekarang musim boikot McD , ok saya faham, ianya simbolik terhadap serangan israel terhadap Gaza.
Kesan terhadap israel dari sudut ekonomi memang sedikit, tapi boikot juga sebab simbolik.
Yang untung ialah peniaga burger tepi jalan. Dapat jualan tinggi sedikit. Bantu peniaga kecil sebelum melonjak jadi peniaga besar.


Yang sering dilupakan ialah boikot intel.
intel sudah meresap jauh ke hampir semua komputer di Malaysia.
Biasanya yang mahir komputer sahaja yang berani memilih untuk menolak intel.

Pak Ali, Mak Minah, kalau ke kedai komputer biasanya akan dicadangkan untuk beli intel daripada pekedai.

Kalau dia rujuk "pakar IT" berdekatan, pun kebanyakannya akan suruh intel.

Tapi kalau rujuk pemberontak IT seperti saya dan kawan-kawan lain, mungkin ada yang cadangkan AMD.

Untuk komputer peribadi , dalam 10tahun kebelakangan, sudah beli 4 biji AMD
  • Athlon XP
  • AthlonII X2 
  • A4
  • A6

Intel pun ada terbeli juga, tapi kebanyakkannya 2nd .

Adakalanya memang kita tiada kuasa untuk memilih, contohnya bila kita panggil orang CCTV, dia biasanya guna intel.

Jadi yang mana yang kita boleh pilih sendiri, maka bolehlah kita pilih bukan Intel.

Ada orang kata AMD pun bukan baik sangat.
Tak mengapa, sebab ianya simbolik juga.

Kalau tak mampu boikot 100% intel, diversify sedikit pun sudah OK.

Tidak adalah terlalu bergantung pada intel.

Zaman dulu, memang harga AMD dengan intel lebih kurang, tapi zaman sekarang sudah jauh beza.
Harga Komputer jenama sama , sebagai contoh Acer,
yang AMD A6 1.3k tetapi yang Intel i3 sudah lebih RM 600.
Sudah upgrade AMD A6 punya  RAM jadi 12Gb pun tak boleh lawan harga i3 itu.


Jadi kalau tak mampu nak tolak intel sebab Israel, boleh juga tolak intel sebab mahal.

Suatu ketika dulu, ada 1 organisasi pro Islam, nak beli laptop, sekali beli 7 biji intel.
Aku pun garu kepala juga...
Aku pun sampai sekarang masih lagi pelik kenapa dia pilih intel.

Ada mitos berkeliaran dalam pasaran komputer, iaitu fahaman AMDcepatpanasisme.
Walaupun zaman sudah berubah, namun fahaman AMDcepatpanasisme masih lagi kukuh.




0 comments:

Catat Ulasan

Google+ Hasbullah Pit