test

Jumaat, 27 Mac 2009

Bilakah Malaysia akan Haramkan Kereta Baru Berwarna Hitam?

Di California, tidak jauh daripada Bukit Gantang, wujud ura-ura kereta baru berwarna hitam akan diharamkan.
(berita di Slashdot)

Maksudnya, kereta baru keluar dari kedai tidak boleh berwarna hitam atau gelap.

Bagi saya, pengharaman warna gelap bagi kereta baru adalah lebih sesuai di Malaysia.
Malaysia negara panas, warna gelap pada kereta, membuatkan pemandu kereta menghidupkan penghawa dingin keretanya terlebih dahulu, untuk menyejukkan kereta. Berapa banyak karbon tambahan dilepaskan hanya kerana kereta hitam lebih panas daripada kereta warna perak?


Gambar di bawah bukan menunjukkan bantahan terhadap penggunaan kereta berwarna hitam.



Yang peliknya kereta 'Perak' juga warnanya hitam.




Bukankah pemimpin Perak kereta pun warnanya perak?

Bayangkan kebanyakan tempat letak kereta adalah jenis berbumbung, berapa banyak tenaga boleh dijimatkan hanya untuk menyejukkan kereta?

Bayangkan kalau pembeli kereta baru diberikan subsidi 'tinted'kalis haba ?
Berapa banyak tenaga boleh dijimatkan?

gambar hiasan:


5 comments:

  1. ha ha ha ha ha ha ha ha.
    this is why i love your posts h ha ha ha ha ha
    so offbeat man!

    BalasPadam
  2. biar betul2 sheikh..kos nak tukar cat dua kereta ana yang warna hitam paling kurang pun dalam 5 ribu!Mana nak cekau dalam zaman gawat ni.

    BalasPadam
  3. Angkasanuri:

    Untuk kereta baru sahajalah.
    Kalau beli kereta baru, tak boleh dapat yang warna hitam.

    Kalau nak dicat semua kereta yang sedia ada, siapa mampu.

    Andaikata peruntukan 60 bilion itu diperuntukkan untuk tempat letak kereta berbumbung bagi staf IPPM, banyak juga tenaga boleh dijimatkan.

    Berbanding, 60 bilion itu digunakan untuk menukar pintu yang tidak rosak.

    BalasPadam
  4. KEHKEHKEH CUME URA2 KE ATAU SENGAJE BUAT TOPIK PANAS? ALAHAI INCIK PIT BULL NI KONA PSL 60 BILLION PULAK!..MUNGKIN KLU 'ANU'WAR PUNYE BAJET, DIA IKUT SARANAN SI GUANG ENG NK BUKAK KANDANG RIMAU ALA2 MCM MINI ZOO GITUUU!..ABIS SEME RIMAU 1 DUNIA DIA BELI PASTU SUMBAT KT SITU JD TONTONAN PABLIK HEHEHE..AAUMMMM!!!...AUMMM!!..NANTI DIA GEGET PONGGONG 'ANU'WAR PULAK HEHEHE

    JGN MARAAA HAAA

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit