Tadi saya telah pergi ke satu kedai yang tersohor di bandar Melaka.
Saya membeli 2 barangan, maka tidak perlulah plastik untuk membawa barangan itu.
Apabila saya memberi tahu tidak mahu plastik, maka juruwang itu tetap memasukkan barangan itu ke dalam plastik sambil berkata "tak mengapa".
Terpaksa saya keluarkannya.
Apa maksud "tidak mengapa" olehnya?
Adakah perkiraan kos plastik terlalu utama?
17 hari lagi untuk menyambut Melaka Maju 2010, namun masih ada juruwang yang tidak faham mengapa seseorang tidak mahukan plastik ketika membeli barangan. Adakah disebabkan oleh tidak ada orang sebelum ini yang datang ke kedai itu yang tidak mahukan plastik?
Pergh.... 17 hari lagie yer bhai...
BalasPadamMelaka dah maju la kalu gitue... hahahaha... Dah setaraf dengan negeri maju lain la yer... haha...
Err.. cuba ko ambik gambor tempat makan yang berselerak takder tersusun kat area bandar tue.. pastue ko ambik gak gambar stesen bas henti-henti tue... kita buat comparison Melaka Maju 2010... hahaha
Salam. Siapa yang mengiktiaf atau mengesahkan 17 hari lagi Melaka Maju. Maju bukan hanya dilihat dari segi pencapaian material tetapi juga rohani. Dalam konteks rohani, siapa pula yang menilai aspek itu?
BalasPadampiirah ... maju apa. Kalau betul2 nak tahu apa erti MAJU, klik di sini dan lihat saya bersama himpunan wangkertas http://fx070707.blogspot.com
BalasPadamkalau anda berminat layari juga www.ads4bucks.com
Mybabah:
BalasPadamAnggap sahaja aspek rohani rakyat negeri Melaka berubah secara automatik 1 januari nanti.
Sudah tidak ada lagi orang buang sampai tepi jalan.
Tanpanama:
Bukankah orang sekarang berevolusi kearah wang komoditi?
Pernah sekali tolak plastik..
BalasPadamDia cakap.. Tak boleh bang.. nanti bos marah..
kah kah