Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

Budaya Memperlekehkan Pengkritik

Sering juga terbaca orang memperlekehkan orang yang mengkritik. Tetapi kritikan tidak dibalas. Banyak analogi digunakan, untuk menggambarkan seseorang itu tidak layak untuk mengkritik. Analogi anak dengan bapa lah, analogi mekanik dengan kereta lah. Maka bertepukanlah penyokong , pengkritik sudah diperlekeh. Cepat-cepat foward whatsapp. Habis itu siapa yang layak? CEO Apple mengaku Gay, adakah kita tak boleh mengkritik? Eh awak tu siapa? tak pernah buat handphone? Kalau Kritik Mark Zuckerberg boleh tak? Eh, Engaku tu guna whatsapp company aku sudah beli. Maka, adakalanya kritikan anonymous ini bagus, sebab tak tahu siapa yang mengkritik, maka kaedah balas kritikal dengan memperlekehkan ornag itu tidak boleh digunakan. Paling kuat pun tuduh ornag itu pengecut.

Kenapa Saya tak pajak Pamp 100g?

Ramai pula yang minta untuk tulis pasal emas, jadi saya tulislah sedikit dulu. Mengapa saya tak pajak Pamp 100g. Sepatutnya saya yang tanya orang lain, kenapa nak pajap Pamp 100g? Pamp 100g adalah bentuk emas paling cair liquid. Jadi kalau ada Pamp 100g, boleh cepat2 cairkan, atau boleh jual dalam bentuk asal. Kalau nak pajak pun sebenarnya boleh, tapi kalau ikut gaya saya, pajak emas yang kurang cair dulu, sebab pamp boleh cair terus. Maka emas yang sesuai dipajak ialah emas yang tidak cair, atau lambat cair. Emas yang ada nilai sentimental atau emas yang lambat laku. Contoh: Emas yang mula-mula kita beli. Emas yang A Samad Said jual Emas yang orang infak untuk buat tahfiz, kemudian kita bida dan menang. Emas terpakai yang cun, nak lebur sayang pula. Emas yang kurang permintaan buat masa ini, tetapi nanti ramai cari. Emas pusaka. Emas yang orang kasi hadiah menang peraduan, atau hadiah kerja lama. Emas yang Neelofa kasi. (jika ada hehe) Jadi Pamp 100g adalah t...

Keadilan untuk Saiful Bukhari

Keadilan untuk Saiful Bukhari Keadilan untuk Anwar Ibrahim Keadilan untuk yang menuduh pil kuda Keadilan untuk yang dituduh pil kuda (aku pun tak sebut nama juga) Keadilan untuk Makcik Wahidah Keadilan memang untuk semua orang, bukan hanya untuk yang popular atau berjawatan tinggi. Jadi kalau nak bawa sepanduk "Keadilan Untuk Saiful Bukhari" itu tak payahlah sorok-sorok mula. memang itu benda betul. Mahkamah memang untuk orang mendapatkan keadilan. Tapi zaman sekarang pelik, bila gaduh-gaduh , "bawa naik court" itu sudah perkara negatif. Walhal itu sepatutnya 1 kaedah mendapatkan keadilan. Cuma, ada usaha nak merosakkan sistem kehakiman. Yang itu kita perlu tolak.

Yang Rempuh Pagar itu Tahu Tak Anwar Sokong GST?

Amboi bukan main, nak pidato sampai rempuh-rempuh pagar. Siap ada dalam jadual pidato, "bergerak daripada pintu pagar". UM pun satu, dok layan-layan. Kalau dibiarkan sahaja Anwar berpidato, entah-entah tiada apa berlaku. Dapatlah juga si Anwar Ibrahim itu, buat aksi ala-ala dapat sokongan ramai, siap ada 'resistance' sikit. Tetapi masa nak bantah GST, tak ada pula aksi rempuh2. Oh ya... baca sikit... Persoalan yang timbul sekarang ini ialah, adalah Mahasiswa yang rempuh pagar itu sedar Anwar ini penyokong GST? Tak terfikirkah tatkala rakyat perlu tolak GST, kita dilekakan dengan Langkah Kajang dan sinetron MB Selangor? (mana popcorn) Tetapi apabila nak mengimbau kembali zaman muda di UM, konon-konon pejuang revolusionis, boleh pula bantu buat aksi "memperjuangkan demokrasi". Kalau pemimpin mahasiswa tak boleh berucap, lainlah. GST berlaku sekali dalam 500 tahun.

Bebaskan... Bebaskan .. Sekarang Masa Terbaik Bebaskan Harga Minyak

Dunia agak pelik apabila melihat pengeluar minyak Arab Saudi nak harga minyak rendah . Apa yang Amerika sudah cucuk, saya pun tak tahu. Sebelum ini Harga minyak di Malaysia dikawal oleh manusia, bila harga dunia tinggi, harga Malaysia rendah. Bila harga dunia rendah, Malaysia pula tinggi. Kalau turun naik, OK lah juga, tak guna wang rakyat nak bohongkan harga . Tapi kalau sentiasa di bawah paras dunia, makin lama makin banyak hutang negara. Bebaskan, Bebaskan, Tak mampu bertahan lagi. Jadi Harga minyak perlu dibebaskan sementara ianya tengah rendah. Hal arab Saudi itu biarlah dia fikirkan sendiri. Di Malaysia, harga minyak sentiasa di bawah paras dunia, sejak selepas krisis kewangan 1998. Jangan ingat kesan Krisis itu sudah habis. Kalau Ringgit di paras RM 2.50 == 1 USD baru boleh isytiharkan habis. Bebaskan... Bebaskan... Terlalu banyak masalah berlaku akibat nilai ringgit yang tak mesra harga komoditi minyak. Banyak lubang, banyak tampal. Tampal guna subsidi, berlu...

Menyokong Kawalan Harga ikut Kepentingan

Dalam dunia yang dipenuhi oleh agak ramai penyokong kawalan harga. Adakah mereka benar2 sokong kawalan harga atau mereka sokong ikut kepentingan? Bila dia hanya beli sesuatu barang A, maka kalau boleh dia nak kerajaan kawal barang yang dia selalu beli itu supaya tak naik-naik. Nasib penanam sayur siapa peduli? Tetapi apabila dalam posisi menjual barang B, maka dia nak kerajaan kawal supaya harga tidak jatuh. Dalam situasi peruncitan pula, ada peniaga yang membentuk persatuan sebab nak kawal harga, mereka pakat ramai-ramai membentuk kartel supaya pembeli nampak harga seragam yang tinggi, tetapi apabila seragam maka sudah tak nampak mereka jual mahal. Akan tetapi semasa beli daripada pembekal, mereka tidak pula nak berpakat supaya sama harga, nak murah semurah mungkin. Dalam situasi ibubapa dan pengusaha bas sekolah. Ibu bapa minta tambang dikawal supaya murah, pengusaha pula mengeluh minta harga yang dikawal itu naik sedikit. Pengawal harga pening kepala dan nak lepaska...

Budaya menunjuk "Bosan ahh" di Media Sosial

Zaman saya mudah dulu tiada media sosial, yang ada hanya laman web, forum, IRC , bbs. Tidak ada tempat khas untuk tulis status. Kalau tulis di IRC, mesti ada orang balas. Takkan nak tulis "Bosan ahh", sebab nanti akan berborak juga. Tapi budak muda zaman sekarang cukup suka tulis "bosan ahh" di status-status media sosial. Di Moment wechat pun ada nampak orang tulis macam itu... "bosan ahh". Zaman moden sebegini ada 1001 jenis maklumat, boleh dibaca, dia boleh bosan. Hairan juga. Zaman saya muda dulu, jarang pula rasa bosan, di RinduNET sentiasa ada orang. Walaupun tak ramai tapi dengan orang yang sama boleh bincang. Kemudian zaman bincang.net pun tak rasa bosan, ada sahaja benda nak di baca. Dengan limpahan maklumat zaman 2014 ini, mustahil untuk bosan di Internet. Sekarang sepatutnya ada masalah tak cukup masa nak baca. Sampai kena urus apa nak dibaca . Perkara-perkara "read later" boleh dibaca kalau ada masa agak lapang. ...

Profil Google+ atau Profil Blogger?

Hari ini ada kepelikan berlaku, entah macam mana pofil untuk update emas, sudah jadi kepada profil blogger. Tapi masih ada opsyen untuk kembali ke Google+ . Yang itu memang memerlukan profil sebagai google+ sebab nak orang turut follow di Google+ . Tapi untuk profil peribadi, kalau profil blogger rasanya lebih sesuai kalau kita selalu komen blog orang. Kalau kita guna profil Google+ , orang tak jumpa blog kita. boleh jumpa tapi kena cari di ruangan "About". Yang profil emas tu memang jarang untuk guna untuk komen blog orang, so biarlah dia Google+. Pening juga nak putuskan mana satu OK, Kalau di Profile Google+ say a ada terpampang pautan besar2 ke blog, mudahlah sedikit. Cuma, kalau guna profil blogger, kena share secara manual setiap kali pos blog.

PAS Keluar Pakatan Rakyat, Mod PSM.

Melihat akan senario politik sekarang, secara peribadi, saya merasakan ada baiknya PAS keluar Pakatan Rakyat. Banyak sangat cerita kononnya nak keluar, kemudian ada ungkapan "Perkukuhkan Pakatan Rakyat". Pusing-pusing macam itu sahaja. Saya bukan benci DAP atau PKR, Tetapi merasakan perlu untuk PAS keluar buat masa sekarang. Alasan untuk kekal biasanya guna "ruang dakwah yang luas". Bila wujud Pakatan Rakyat, maka yang paling suka ialah peminat sistem 2 parti. Masalah yang timbul daripada Sistem 2 parti adalah seolah-olah memisahkan semua benda kepada 2. Jadi itu tidak elok. Seolah-olah negara terpisah pada 2, walhal tidak. Jadi PAS perlu keluar Pakatan Rakyat secara elok, supaya ruang dakwah masih ada. Masih berkawan tetapi tidak dalam Pakatan Rakyat. Sebagaimana sebelum 2008, kerajaan masih boleh dibentuk tanpa membentuk Pakatan Rakyat. Bagaimana itu? PSM pun tidak berada dalam Pakatan Rakyat, tetapi masih berkawan dengan PAS DAP PKR. Tak a...

Emel/Whatsapp : Remember, you’re a router - EricSchmidt

Saya terbaca artikel yang dipetik daripada buku HowGoogleWorks . , tentang bagaimana nak mengurus emel  oleh EricSchmidt. Nampak macam lebih kurang berkait sedikit dengan Mengurus apa hendak dibaca supaya tidak dikawal orang lain OK Google, sambung menaip.. Perkana no 3 When you open a new message, you have a few options: Read enough of it to realize that you don’t need to read it, read it and act right away, read it and act later, or read it later (worth reading but not urgent and too long to read at the moment). Choose among these options right away, with a strong bias toward the first two. Remember the old OHIO acronym: Only Hold It Once. If you read the note and know what needs doing, do it right away. Otherwise you are dooming yourself to rereading it, which is 100 percent wasted time. If you do this well, then your inbox becomes a to‑do list of only the complex issues, things that require deeper thought (label these emails “take action,” or in Gmai...

Budaya Berparti yang perlu ditolak semua orang.

Sejak beberapa tahun kebelakangan, budaya berparti sudah banyak meresap ke dalam Masyarakat. Ianya lebih kurang macam budaya berkonsert, tetapi hampir serupa tetapi tak sama. Konsert, biasanya kita tahu siapa penghiburnya. Konsert Metalicca, itu ini. Ada juga agenda berparti diserapkan dalam konsert, tetapi agenda utama adalah muzik. Tapi kini, budaya berparti tidak perlukan penyanyi popular. Hanya perlukan muzik yang rentak menari sikit, arak, dadah, apa-apa yang mengkhayalkan. Ketum saya tak pasti, kena tanya Rafizi dulu. Ianya masalah sejagat, bukan hanya masalah nak elakkan umat islam daripada terjebak dengan benda-benda sebegitu. Di Negara barat budaya berparti, biasanya antara rumah ke rumah. Hari ini, rumah sipolan ada parti, 'line clear' ibu bapa tak ada. Macam biasa, manusia yang tak cukup jati diri akan terikut barat. GST pun nak ikut barat, CGT pun nak ikut barat. PAS ikut Rafizi yang ikut barat . Selalunya, bila membicarakan masalah sosial me...

Menyelamatkan Jawatan Presiden PAS

Di Palestin, Matlamat utama gerakan islam adalah nak bebaskan Palestin, lawan Israel. Di Malaysia agak pelik sikit, Dulunya fokus untuk melawan UMNO, tapi kini Gerakan Islam fokusnya ialah nak menyelamatkan jawatan Presiden. Maka, seluruh sumber yang ada  digunakan untuk menyelamatkan jawatan presiden. Masalah rakyat boleh dilupakan dahulu, sebab fokus utama ialah nak menyelamatkan jawatan presiden. Jawatan Presiden tu penting. Bayangkan kalau tak ada jawatan presiden, Organisasi dipimpian oleh Timbalan presiden. Mana ada organisasi dipimpin timbalan. Zaman Dr Burhanuddin dulu, tak perlu nak selamatkan jawatan presiden sebab jawatan presiden belum wujud. Yang ada YDP sahaja.

Akaun Facebook saya dah hidup semula

Akaun Facebook saya dah hidup semula. Tergerak untuk cuba lagi sekali, maka saya cuba, dulu selepas capcha dia keluar ralat. Tapi kini tak keluar ralat, tetapi dia minta verify muka orang. Masalahnya orang suka tag nama orang pada poster dan sebagainya, jadi agak mencabar. Mujur ada gambar Yuzi, Farizal, dan Dani yang boleh saya kenal pasti. Maka hiduplah balik Facebook saya. Tapi saya belum pos apa-apa lagi, sebab pos ke Facebook menyebabkan candu pada Facebook. Jadi saya tulis bloglah. Dapatlah baca sikit-sikit, approve sikit posting " Warga Merlimau ". Dan, terus bayar hutang. Selepas bercerai dengan Facebook Ads, dulu saya ada iklan sikit, yang itu belum bayar. Nak bayar tak boleh log in. Apa yang menarik dalam Facebook? Ada macam-macam, tetapi itu semua mengganggu masa kita. Kalau kita komen nanti dia berjangkit. Kalau kita pos, kejap-kejap nak check siapa sudah like. Jadi saya kena kawal diri saya baik-baik supaya tak buang masa sangat d...

Dum Dam Dum Dam Harga Getah , Najib fikirNak kawal sahaja

Saya terjumpa 1 komen menarik tentang getah. Komen itu daripada artikel Sinar Harian. Bajet 2015 beri sinar baharu buat penoreh getah Macam biasalah, Najib yang kemaruk kawalan harga akan kasi penyelesaian ala-ala kawalan harga juga. Ada yang nak kawal kasi rendah, ada nak kawal kasi tinggi. Najib mengumumkan Lembaga Getah Malaysia (LGM) akan memperuntukkan RM100 juta untuk melaksanakan mekanisme kawal selia harga di peringkat ladang, bertujuan untuk melindungi pekebun kecil daripada mengalami kerugian terutamanya sewaktu harga pasaran dunia lebih rendah daripada harga minimum yang ditetapkan. Masalah harga getah ini, satu masalah yang pelik. Di mana seolah-olah tidak wujud demand supply tehadap getah. Entah mana silapnya. Jadi, idea yang terlintas bagi kebanyakan orang adalah "kawalan harga" , "nak kerajaan naikkan" , atau subsidi. Pelik juga mekanisme Najib, kalau benar ianya dipinjamkan pada koperasi dan berharap akan beli getah harga t...

CGT : Cepat Benar PAS terikut Rafizi Lagi

Aduh, Bila masa PAS bermesyuarat untuk putuskan kita Cadangkan Capital Gain Tax? Saya pun tak faham, macam mana boleh "Pakatan Cadangkan Capital Gain Tax" sedangkan tidak diputuskan dalam Mesyuarat. Tak habis habis terikut ikut Rafizi. Tak serik lagi dengan idea-idea mengarut Rafizi. Tak serik sudah kena dengan Langkah Kajang? Saya tak Hairan kalau Anwar Ibrahim sokong GST sebab ianya tiru barat. CGT pun tiru barat juga. Anwar Ibrahim tak pernah kata GST tak bagus, cuma kata "belum sesuai" Agaknya selepas CGT silaksanakan, baru sesuai dilaksanakan GST. Tapi jangan risau, BN boleh laksanakan kedua-duanya sekali. Saya pernah tulis mengenai "cukai simpanan". Tapi entah kemana ditelan Facebook. Nanti ada masa saya tulis semula.

Berbelas tahun dengan Extreme Tracking

Saya sebenarnya memang lambat untuk guna Google Analytic. Sebabnya, kalau tak salah, sejak 1999 sudah guna extreme tracking, dulunya "extreme-dm". Memang mudah nak tengok. Akan tetapi bila zaman mobile tiba, saya agak pelik kenapa pelawat tak ramai, rupanya kalau buat set mobile untuk blogger, tag extreme tracking tak kelihatan. Maka saya gunalah Google Analytic. Itu pun agak terkial-kial. Memang maklumat yang Google Analytic beri tu bagus, cuma saya sudah terlalu lama dengan exreme-tracking.com, sudah sebati dengan sel otak. Jadi laman blog ini masih menggunakan mod berasingan untuk mobile dan web, jadi data yang Extreme Tracking kasi itu memang salah.  Boleh tunjuk versi web sahaja. Nak dijadikan cerita, saya melakukan " Langkah Sevida ", iaitu menukar template yang responsif pada laman blog Kedai Emas DuaLogam Merlimau .  Maka bolehlah digunakan sekali dengan tag extreme-tracking itu. Gembira sungguh, penuh gambar Android di ruangan OS. Belu...

Pakatan Rakyat Menyokong Sistem Kawalan Harga BN

BN selama ini mencandukan rakyat dengan kawalan harga. Walaupun BN banyak mencetak duit daripada angin, atas nama defisit, perbekalan tambahan, bon/sukuk , tetapi Pakatan Rakyat tetap menyokong Sistem Kawalan Harga BN. BN telah berjaya menyembunyikan kesan inflasi dengan mengawal harga, dengan merompak duit anak cucu, subsidikan harga supaya kelihatan murah. Walhal, rompakan terus berlaku. Namun Pakatan Rakyat yang sepatutnya menolak sistem kawalan harga BN, termakan candu yang diberi BN, untuk terus bersama candu. Candu kawalan harga dianggap lebih nikmat daripada s3ks. Maka apabila perubahan harga oleh kerajaan. Maka berbalahlah penyokong kawalan harga. Ada yang kata tak boleh naik 20 sen, ada yang kata kena kurangkan candu sebab hutang dah banyak. Mereka BN dan Pakatan sama-sama menyokong sistem kawalan harga BN. Apa perlunya Pakatan Rakyat menyokong BN merompak hak anak cucu kita? Apa perlunya menambah hutang hanya untuk menyenangkan generasi 'kuat selfie',...

Mengurus apa hendak dibaca supaya tidak dikawal orang lain

Kita ada 24 sehari, dalam 365 hari, daripada usia yang ada. Kita tak cukup masa untuk baca benda bermanafaat, Tak cukup masa untuk follow rakan-rakan kita. Tetapi apa yang berlaku, biasanya kita membaca atau menonton apa yang disuapkan pada kita. Jangan biarkan media sosial atau media lain menentukan apa yang kita hendak baca. Kita boleh follow kawan kita, kita juga boleh baca apa yang dicadangkan oleh kawan kita. Kita boleh juga baca apa yang ditulis oleh tokoh-tokoh, atau baca berita. Adakalanya apa yang dicadangkan oleh kawan kita untuk dibaca itu memang bagus. Dia sudah baca 20,30 artikel, tetapi kongsikan hanya 1,2 sehari. Tetapi tengok orang juga, Siapa kawan kita itu. Ada orang yang terima maklumat, rasa seronok, terus kongsi. Tak semak pun sahih atau tidak, bila hati dia tersentuh dia akan kongsi. Lupakan orang2 macam ini seketika, sebab ada ramai. Yang betul2 membaca, dan memilih apa yang benar2 bermanafaat dan menarik untuk dikongsi, tidak ramai. Saya a...

Kawalan Harga Tambang: Candu SPAD terpalit pada Peguam

Beberapa hari lepas, saya 'tertengok TV' , ada cerita tentang SPAD tidak lagi mahu mengawal tambang bas. Syabas diucapkan pada SPAD, memandangkan yang menentukan Harga itu adalah Allah s.w.t, maka tak perlulah SPAD cuba ambil alih tugas Allah s.w.t. Namun begitu ada pula ketidak puas hatian... KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) perlu me­nimbang semula keputusan untuk membenarkan kadar bayaran tambang bas sekolah ditentukan oleh kuasa pasaran bagi mengelakkan berlaku kenaikan berterusan harga tambang pengangkutan itu. Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, se­perti pengangkutan awam lain, harga tambang bas sekolah juga perlu dikawal kerana ia pilihan majoriti rakyat di negara ini untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Menurut beliau, SPAD seharusnya memikirkan kaedah lain sekiranya berhasrat untuk membantu pengusaha bas daripada mengalami kerugian akibat peningkatan ko...

Misteri "StreetView Merlimau" Terbongkar

Agak misteri juga macam mana bila search streetview Merlimau, terus boleh jumpa URL Street View DuaLogam Merlimau   yang memaparkan Kedai Emas DuaLogam Merlimau   Rupanya dulu pernah post ke Google Plus tentang URL itu, dan pernah dapat +1 sedikit. Terjumpa 1 URL yang mengatakan Google Search mengambil kira +1 untuk menentukan ranking carian. Jadi memang ianya memberi kesan. Walaubagaimana pun, Google Search rasanya tidak mengambil kira 100% drpd +1 , mungkin pemberatnya kurang. Mungkin sekadar 5% drpd formula ranking. Apa pun, pembaca yang budiman sekalian. Sila +1 semua logo +1 yang anda nampak dalam posting ini. Anda hensem.

Ramai Orang Malaysia Sakit Gusi (sebab Maggi?)?

Analisa daripada Google, yang biasanya anda panggil "Ustaz Google", menunjukkan peningkatan tinggi tentang sakit gigi pada 2013 ke atas. Saya memang tidak google "sakit gusi", sebab saya sudah biasa tahu, kalau sakit gusi sebab makan maggi. Tapi sekali sekala makan juga. Kalau anda sakit gusi, cuba anda imbas kembali, semalam ada makan magi atau tidak. Adakah rakyat Malaysia kini kesempitan hidup sehingga makin ramai makan maggi? Atau mungkin sebab lain?

Rakyat Selangor akan boleh jadi Penyeludup Minyak?

Aku terjumpa gambar ini, tak masuk samada benar atau palsu. Kalau benar, maka mudahlah kerja rakyat selangor untuk menyeludup minyak. Ini akan meningkatkan peluang perniagaan bagi rakyat selangor. Mana yang kerja di Damansara, hanya perlu menjualnya di Taman Tun, Lintas jalan sahaja, tak ada pos pengawal. Eh, macam mana dia kata stabil kalau di KL dengan Selangor beza 20 sen? Candu oh Candu

Iklan Facebook Neelofa Melampau?

Tadi saya buat ujian Google Custom Search di Blog ini, bila cuba cari 'Neelofa', Tak pelik kalau ada orang iklan laman web sendiri tapi disasarkan katakunci 'neelofa'. Tetapi kes Facebook ini pelik. Dia menggunakan nama Neelofa sebagai iklan dia sekali. Saya tak pasti samada Neelofa dapat bayaran daripada Facebook atau tidak. Kalau nak cari Neelofa dalam Facebook, kena perlu daftar dulukah? Ada berapa banyak Fanpage Neelofa tiruan dalam Facebook, siap ada yang jual ubat kuat. Kalau benar Facebook dapat kebenaran daripada Neelofa untuk iklan guna nama Neelofa, kenapa tidak page tiruan itu dibasmi dulu? Kalau Benar facebook dapat kebenaran iklan guna nama Neelofa, kenapa tak tunjukkan terus URL Neelofa sebenar? Nak suruh ornag daftar dan cari sendiri dan jumpa yang tiruan? Neelofa kan lebih sinonim dengan instagram noorneelofa yang no 2 baling banyak pengikut di malaysia.

Rasionalisasi Candu: Penagih tetap menagih walau dos kurang

Harga Minyak tak naik, hanya rasionalisasi Candu. Candu dikurangkan, tetapi penagih tetap menagih. Pengurangan candu bukan bertujuan untuk menghentikan ketagihan, sebab candu masih ada, penagih dibiarkan menagih. Hutang nak beli candu sudah banyak. Swipe kad kredit sampai 600 bilion. Maka pembekal candu pun kurangkan dos candu. Kenapa pembekal candu sibuk nak beri candu? Candu bukan sebarang candu, candu itu boleh sorok kenaikan harga barang. Pembekal candu tahu, bila swipe kad kredit harga barang naik. Nilai ringgit tu kasi lambat sikit jatuh nilai, Sementara itu boleh rembat guna nilai yang masih tinggi. Tapi taknak kasi kesan drastik, maka diberikan candu. Takut jadi macam zimbabwe. Orang Zimbabwe tak pandai guna candu. Penagih candu tak tau, dia ketagih. Penagih BN dan penagih PR, sama-sama menagih. Penagih BN kena kasi hujah Bagusnya ada candu, Penagih PR kasi hujah, candu penting untuk rakyat. Penagih PR banyak yang percaya ajaran Budak kolej kesayangan ketum. Kononnya candu lebi...

Emel dari Facebook yang Mengganggu Tahap kesuburan

Harga Minyak naik? Tapi fokus saya terganggu oleh beberapa pucuk emel daripada Facebook. Tak kala akaun "Tempopary Lock" , nak verify akaun tak boleh sebab ada ralat, dapat pula emel sebegini. Ini kononnya berhati mulia nak bagitau ada banyak notifikasi Yang ini pula, nak bagitau kita, sesuai sangat iklan masa sekarang ini. Aduhai, Nak log in tak boleh, nak iklan. Yang ini lagi menyedihkan, Emel nak kutip hutang, tapi tak boleh login. Kalau aku mati macam mana? Nak jawap dengan malaikat " account is temporarily locked " ?

Harga minyak naik malam ini

Gambar dijumpai di Google+ seseorang Hasil daripada kelekaan ahli politik dengan "Langkah Kajang", maka ini hasilnya.