Langkau ke kandungan utama

Catatan

Kenapa pula Meta promosikan Google Cloud? (cerita GTM)

  Aku nak cerita benda menarik aku jumpa semalam. Tak sangga  Meta for Business  cadangkan pelanggan dia (pengiklan) suruh guna perkhidmatan Google Cloud. Asalnya aku nak letak tag pixel fb woo commerce. memang dia ada cara manual, salin tag itu, masukkan ke page. Tapi aku pula nak guna GTM, Google tag manager, Konsepnya mudah , hanya guna 1 tag sahaja untuk semua tag. Konsep mudah, tapi nak setup tak mudah. Kalau nak setup produk Google seperti GA4, Google Ads , macam nak pecah kepala juga. Tapi rupanya kalau setup produk lain di GTM, dia mudah pula , dia boleh kasi akses pada pihak ke 3 untuk ubah suai GTM kita. Jadi ikut pengalaman aku, tiktok Ads paling senang nak setup, tapi bahaya. ada banyak kes, akaun google ads kena ban selepas masukkan tiktok tag ke GTM. Kembali ke facebook pixel. berdasarkan pengalaman lama, facebook pixel memang lembab. 2019 dulu aku pernah buat ujian, facebook pixel jadi lebih lembab sebagai tag sendiri daripada menumpang di GTM. Jadi aku gun...
Catatan terbaharu

Subsidi telur dikembalikan senyap senyap setelah kononnya sudah 'diapungkan'

Hari ini ramai orang marah sebab kononnya subsidi telur dihapuskan. Tapi aku tak marah sebab itu, tapi aku marah sebab kena kencing dengan Mat Sabu. Tahun lepas kata harga sudah diapungkan, maksudnya tiada subsidi lah. Tapi kenapa sekarang kata hapus subsidi? Maksudnya apa? Mereka senyap senyap subsidikan balik harga telur? Kenapa tak ada berita telur ayam dibatalkan pengapungan? Orang kemaruk Price control ni macam Fazura kemaruk blok whatsapp. Masih lagi percaya price control adalah penyelesaian suci. Kalau penyelesaian suci, kenapa ada masalah lagi. Bongok betul kau Mat Sabu

Sambung isu semalam kononnya ada kisah keturah dalam Injil.

  Sambung isu semalam kononnya ada kisah keturah dalam Injil. Aku rasa mungkin wartawan tu yang direct translate Bible jadi Injil, takkanlah doktor tu bodoh sangat kata Bible itu Injil. Dulu aku pernah buat karangan pasal Bible, nak kasi orang Islam faham Bible itu bukan Injil. Kristian pun tak kata keseluruhan Bila itu adalah Gospel. Karangan lama saya di bawah: ---- Bible - kefahaman untuk orang Islam. Bila sebut Bible, ada timbul istilah old testament, New Testament, Gospel, Injil. Salah tanggap paling biasa bagi orang Awam, ialah ramai yang anggap Bible itu Injil yang diubah suai. Tetapi sebenarnya tidak. Bible bukan Injil. Injil adalah wahyu daripada Allah SWT kepada Nabi Isa, Jesus a.s. Mana kala Tawrat adalah kitab adalah wahyu yang diturunkan melalui Nabi Musa/Moses a.s Apa itu Bible? Bible adalah koleksi buku buku. Bayangkan ada 1 rak buku, dalam rak buku itu ada 73 buku tulis. Sebahagian besarnya adalah buku tulis sekolah rendah, bakinya buku tulis sekolah menengah. Bible...

orang yang berkeras tak nak sekolah mula pukul 8.

  Aku tak faham betul orang yang berkeras tak nak sekolah mula pukul 8. Macam macam alasan yang mereka kasi. Takut parent punya punch card merah lah. Nak suruh murid berdisiplin lah. Tengok gambarajah yang saya beri ini. Nampak tak seolah olah zon waktu Malaysia dan Singapura adalah salah. Dulu Mahathir pernah cepatkan zon waktu Semenanjung 30 minit daripada GMT 7:30 kepada GMT 8. Sejak dari situ, kita semua huru hara nak hantar anak sekolah pukul 7:30. Tapi seingat saya dulu, 80an masa saya sekolah rendah, sekolah mula 7:45 Jadi tak huru Hara sangat. Sebenarnya cadangan masuk kelas 8pagi itu, adalah sama sahaja dengan masuk kelas 7:30 kalau ikut GMT 7:30 Jadi saya tak faham apa lagi yang mereka beria-ria sangat taknak murid mula sekolah pukul 8. Masalah yang lebih besar adalah ada pemandu van sekolah dan murid sekolah yang tak sempat solat subuh, sebab nak ke sekolah awal sangat. Jadi penyelesaian sebenar ialah perbaiki GMT di Semenanjung, dan Singapura akan ikut sebab nanti dia s...

Kita semua tahu Price Control menyebabkan masalah bekalan.

  Kita semua tahu Price Control menyebabkan masalah bekalan. Samada bekalan dicatu, bekalan tiada, bekalan diseludup. Bukan pertama kali kita masalah bekalan disebabkan oleh price control. Masalah bekalan gula, Bekalan disel, Bekalan minyak masak, Bekalan telur. Takkan sudah lupa? Tetapi price control sentiasa dianggap suci, ada sahaja kambing hitam untuk dipersalahkan. Salah kerajaan Salah pembekal Salah matawang Salah kartel Terkini salah MCA. Cadangan MCA itu sesuai jika nak teruskan price control. Price control bukan ada kuasa ajaib, kerajaan tetapkan harga, semua hidup aman damai. Kalau macam tu, baik kerajaan tetapkan harga telur 5 sen sebiji. Lagi ramai suka. Harga price control bukan suka suka letak. Kalau letak 5 sen sebiji, siapa nak ternak ayam untuk telur? Bila paras price control dah diluar julat penternak, pembekal, peruncit serap kos, harga dah tak logik. Jadi kalau nak teruskan price control, harga memang kena adjust sampai hilang masalah bekalan. Tak hairan kalau M...