Langkau ke kandungan utama

orang yang berkeras tak nak sekolah mula pukul 8.

 Aku tak faham betul orang yang berkeras tak nak sekolah mula pukul 8.


Macam macam alasan yang mereka kasi.
Takut parent punya punch card merah lah.
Nak suruh murid berdisiplin lah.

Tengok gambarajah yang saya beri ini.
Nampak tak seolah olah zon waktu Malaysia dan Singapura adalah salah.



Dulu Mahathir pernah cepatkan zon waktu Semenanjung 30 minit daripada GMT 7:30 kepada GMT 8.

Sejak dari situ, kita semua huru hara nak hantar anak sekolah pukul 7:30.

Tapi seingat saya dulu, 80an masa saya sekolah rendah, sekolah mula 7:45
Jadi tak huru Hara sangat.

Sebenarnya cadangan masuk kelas 8pagi itu, adalah sama sahaja dengan masuk kelas 7:30 kalau ikut GMT 7:30

Jadi saya tak faham apa lagi yang mereka beria-ria sangat taknak murid mula sekolah pukul 8.

Masalah yang lebih besar adalah ada pemandu van sekolah dan murid sekolah yang tak sempat solat subuh, sebab nak ke sekolah awal sangat.

Jadi penyelesaian sebenar ialah perbaiki GMT di Semenanjung, dan Singapura akan ikut sebab nanti dia sahaja yang pelik

Ulasan