Langkau ke kandungan utama

Sambung isu semalam kononnya ada kisah keturah dalam Injil.

 Sambung isu semalam kononnya ada kisah keturah dalam Injil.








Aku rasa mungkin wartawan tu yang direct translate Bible jadi Injil, takkanlah doktor tu bodoh sangat kata Bible itu Injil.

Dulu aku pernah buat karangan pasal Bible, nak kasi orang Islam faham Bible itu bukan Injil.

Kristian pun tak kata keseluruhan Bila itu adalah Gospel.
Karangan lama saya di bawah:

----

Bible - kefahaman untuk orang Islam.

Bila sebut Bible, ada timbul istilah old testament, New Testament, Gospel, Injil.

Salah tanggap paling biasa bagi orang Awam, ialah ramai yang anggap Bible itu Injil yang diubah suai. Tetapi sebenarnya tidak.

Bible bukan Injil.

Injil adalah wahyu daripada Allah SWT kepada Nabi Isa, Jesus a.s.
Mana kala Tawrat adalah kitab adalah wahyu yang diturunkan melalui Nabi Musa/Moses a.s

Apa itu Bible?
Bible adalah koleksi buku buku.
Bayangkan ada 1 rak buku, dalam rak buku itu ada 73 buku tulis.
Sebahagian besarnya adalah buku tulis sekolah rendah, bakinya buku tulis sekolah menengah.

Bible terbahagi kepada 2
Old Testament dan New Testament.

Old Testament adalah buku buku yang sebelum kedatangan Nabi Isa, ianya adalah buku buku Yahudi.

Mana kala New Testament adalah buku sezaman dengan Nabi Isa/Jesus.
John The Baptist (Nabi Yahya) tak ada dalam old testament, tapi Cerita Bapanya (Nabi Zakaria) ada di Old Testament.

Saya terangkan Old Testament dulu...
Walaupun Old Testament adalah kitab kitab Yahudi, tapi penyusunan Tanakh, (Jewish Bible) yang digunakan oleh orang Yahudi, agak lewat.

Bila ada persaingan dengan Kristian baru terkial kial nak susun.

Tanakh (kitab Yahudi) terbahagi kepada 24 buku, dimana 24 buku itu terbahagi kepada 3 bahagian.
1. Torah
2. Neviim (kisah para nabi)
3. Ketuvim (penulisan)

Yang 5 buku pertama dalam tanakh , yang dipanggil Torah itu adalah
1. Genesis
2. Exodus
3. Leviticus
4. Numbers
5. Deutronomy

Pada dalam gereja tempoh hari, ada seseorang diantara kita yang tanya pasal torah pada father, tapi father kata bukan torah

Begini.....
Orang Yahudi panggil 5 buku pertama itu sebagai torah
Tapi Kristian panggil 5 book of Moses, atau Pentateuch

Orang Kristian mengambil keseluruhan Tanakh , kemudian dijadikan Old Testament tetapi terdapat perbezaan di mana penyusunan buku tak sama, dah wujud juga penambahan buku.

Maksudnya ada buku Yahudi diterima dalam kristian punya old testament tapi tak diterima di dalam Tanakh.

Bagi orang Yahudi, mereka guna Tanakh dan boleh percaya Tuhan adalah 1, cuma ada sedikit sifat tuhan yang tak betul.

Tapi Kristian pula percaya Triniti, jadi memang peninglah nak guna kitab untuk cerita Tuhan satu tapi nak guna untuk cerita Tuhan adalah Triniti.

Masuk bab Injil pula.

kita sebagai orang Islam percaya bahawa Injil adalah Kitab yang diturunakan kepada Nabi Isa a.s.

Tapi apa yang berlaku di Gereja tempoh hari, Father pun guna istilah Injil juga.
Jadi saya tanya dia, apa yang dia maksudkan sebagai "injil" adakah dia anggap "injil" sebagai seluruh Bible, atau Gospel sahaja.

Apa itu Gospel? Bagi Kristian ianya adalah kitab utama, yang cuba disetarakan dengan Injil.

Injil yang sebenar adalah Kata kata Allah.

Tapi mereka anggap Jesus tuhan, jadi Gospel itu adalam diibaratkan sebagai kata kata Tuhan.

Tapi kalau kita anggap Jesus itu nabi, maka dari sudut pandang kita, jika gospel itu sahih, maka ianya bertaraf hadis sahaja.

Walaubagaimana pun Kristian nak ada kitab utama yang dikaitkan dengan Jesus.

Injil asal mana pergi?
Kalau ada pun, mereka tak mahu guna sebab tak sesuai dengan ajaran mempertuhankan Jesus.

Jadi muncullah Gospel of Mark , di mana Mark ini bukannya 12 Decicple atau Huwairiyun, dia dikatakan sebagai daie generasi ke 2

Kemudian sebahagian besar Gospel of Mark disalin dan dijadikan Gospel of Mathew, seolah olah macam "kita tak perlukan gospel of mark, guna mathew pun cukup"

Kemudian ada Gospel of Luke
dan lama kemudian baru ada Gospel of John.

Sebelum saya cerita Gospel of John, saya rangkumkan semula sedikit.

Sebenarnya tak perlu ada banyak banyak Gospel of bla, gospel of bla, gospel of bla bla kalau Gospel of Jesus sudah ada.

Tapi kalau Gospel of Jesus ada, ianya tak dipanggil Gospel of Jesus, panggil Gospel terus lah.

Bila Torah wujud, tak perlu ada Torah of jeremiah, torah of isaiah.

Dalam Usaha orang Kristian nak menampakkan triniti ada dalam Bible, maka mereka buat Gospel of John.

John yang tulis kah?

John of Zebedi yang sahabat Nabi Isa itu tak pandai menulis, sudah semestinya bukan dia yang tulis. Tapi namanya diperlukan sebab nak menampakkan ada Gospel daripada deciple.

Gospel of Mark ,
mark tulis kah?
Gospel of Mathew,
Mathew tulis kah?
Luke?

Kandungan dalam gospel itu sendiri menunjukkan bukan mereka tulis.
Konsepnya lebih kurang sebegini

Anak murid Mark, tulis pasal ajaran mark, jadi Gospel of Mark
Tapi ada kemungkinn memang ada tulisan asal Mark.

Kembali pada Gospel of John yang kontroversi ini, rupa paras gaya penulisan memang jauh betul dengan Mark, Mathew, Luke.
Ada yang mengatakan ianya memang ditulis terus dalam greek, bukannya diterjemah dari sumber aramaic.
Kandungan dia pula banyak "I am"

Yang paling popular ialah 'before Abraham was born, I am"

Dalam usaha nak mempertuhankan Jesus, "I am" dijadikan nama tuhan.

Sebagaimana saya cerita tadi, Tanakh adalah ajaran tuhan satu, dijadikan old testament oleh kristian, tetapi diberi makna baru.

Dalam Exodus 3:14 , ayat yang lebih kurang ceritanya dengan Sura Ta Ha ayat 14 ..

Exodus 3:14 (Bible, New International Version):
"God said to Moses, 'I am who I am. This is what you are to say to the Israelites: I am has sent me to you.

Surah Taha 20:14 (Quran):
"I am Allah. There is no deity except Me, so worship Me and establish prayer for My remembrance."

Sekarang "I am" itu tuhan , yang mana Jesus adalah "I am"

dia pusing cerita, Tuhan yang Jumpa Nabi Musa adalah Jesus, sebab dia sebut "I am"

Jadi, Gospel ada 4 yang dimasukkan dalam Bible.

Tapi ada juga Gospel yang tak masuk dalam Bible.

Gospel of Mary, Gospel of Thomas, Gospel of Barnabas

Panel tak lulus kemasukan mereka dalam Bible.

OK

dalam New testament ada 4 Gospel,
dah kemudian banyak "buku" lain,
yang sebenarnya bukan buku, ianya surat
Surat Paul kepada orang lain diangkat menjadi ayat suci
"inspired by god" kononnya

maka,
Bukan setakat itu, ada juga bukan surat Paul, tapi ditulis atas nama Paul.
pun dikira sebagai inspired by God.

Kenapa orang nak tulis guna nama Paul?

Orang nak bawa idea sendiri, guna nama sendiri orang tak kenal, orang tak terima, bila guna nama orang terkenal, maka idea diterima.

Dalam Islam pun ada juga, orang berdusta atas nama Rasulullah.

Dalam Testament pun ada surat surat yang kononnya dari Peter dan John.

Cukup rasanya info pasal Old/New Testament dan Gospel.

-------

Tapi saya nak cerita sikit pasal Paul
Paul ini bukannya 12 deciple atau huwairiyun

Tapi Simon Peter, James, John adalah sebahagian dari 12 deciple.
nama mereka sering digunakan untuk mengukuhkan hujah kristian,walhal Huwairiyun tak terlibat dalam pembentukan agama Kristian.

Simon Peter adalah orang kanan Jesus, level dia macam Abu Bakar.
Sudah semestinya dia beriman pada Allah, dan tak merancang untuk buat agama baru. Beliau hanya mengikut ajaran Nabi Isa, yang menyambung ajaran Nabi Musa.

Selepas Nabi Isa diangkat ke Langit, mana Simon Peter menerima tanggungjawap berat.

Beliau nak kena hadap 3 penjuru
1. Yahudi yang taknak terima Nabi Isa sebagai Nabi, sebaliknya dianggap nabi palsu
2. Pengikut Nabi Isa, yang nak mempertuhankan Nabi Isa, pengikut paul yang nak buat agama baru.
3. Kerajaan Rom (penjajah yang wajibkan ritual pagan)

Kegilaan Paul nak buat agama baru, menyebabkan lahirnya agama Kristian.
Paul itu asalnya Saul, Yahudi juga, tapi dia beria ria nak luaskan ajaran kepada gentile (bukan bani Israel), dia yang terpengaruh dengan planotism. manusia jadi divine, tuhan ada anak dsb.

Ulasan