Aku senyum sahaja baca 'solusi' junior aku ni.
Tapi, bila masa pesawah tak dibenarkan proses padi mesin padi jual padi.
Apakah solusi kepada permasalahan ini?? Adakah kita hanya melihat??Sudah tentu solusinya adalah dengan membenarkan pesawah kita sendiri yang memproses padi mereka untuk dijadikan berasKita perlu perkasakan pesawah kita melalui koperasi ataupun persatuan peladang yang sedia ada,bagi kebenaran kepada mereka untuk memproses dan menjual hasil mereka terus kepada pengguna
Dulu lagi sudah ada mesin padi, di kampung sempang, mesin padi di Kandang, tiada siapa pun menghalang petani proses padi sendiri.
Tapi kenapa kilang mesin padi itu semua menghilang diri.
Zaman dulu istilah "mesin padi" merujuk pada mesin padi yang kopekkan kulit padi jadi beras.
Zaman sekarang "mesin padi" adalah mesin tuai padi.
Kembali kepada cadangan Dr Akmal yang nak suruh benarkan petani proses padi sendiri, dan jual sendiri.
Kena tengok balik kenapa petani dan orang kampung dah tak simpan padi macam zaman dulu.
Ada 1 ketika, disebabkan ada subsidi, proses padi sendiri sudah tak untung, orang dah tak simpan padi sendiri.
Campur tangan kepada pasaran menyebabkan orang dah tak simpan padi belum mesin lagi.
Padi kena jual pada bernas baru dapat subsidi, jual sendiri tak dapat.
Zaman itu pesawah ok, dapat subsidi, tokey mesin sahaja pening kepala, tak boleh hidup.
Maju ke depan, bernas di swastakan
Maju ke depan, Syed Mokhtar beli bernas
Maju ke depan, Anwar kacau bernas.
Alih alih ada masalah 2 jenis harga beras.
Beras tempatan dipaksa jual murah
Beras import bebas.
Disebabkan harga beras import tinggi, beras, banyak beras tempatan jadi bertaraf antarabangsa, untuk jadi beras import.
Petani pula ada masalah harga lantai, tak boleh jual tinggi, tapi kalau beras tu sendiri 'identify' sebagai beras import.
Rakyat sudah biasa dengan harga tinggi beras import, sudah memang beli beras berstatus import.
Memang ada suara 'mana pergi beras tempatan?'
Tak pasti apa niat mereka, mereka nak beras harga RM 26 itu juga kah?
Atau sekadar nak persoalkan penyelewengan?
Kembali kepada cadangan Dr Akmal, yang mencadangkan supaya petani boleh proses sendiri-sendiri dan edar beras sendiri.
Cadangan itu bagus, kalau tak ada kawalan harga.
Tak ada siapa larang pun.
Cuma kalau rakyat jelata masih nakkan juga harga RM 26 per 10kg, dan petani proses sendiri pun, harganya kemungkinan besar akan lebih daripada 26.
Rakyat jelata dan ahli politik yang kemaruk nak harga rendah ni, membantutkan usaha kembali ke pasaran normal seperti 80an.
Jadi aku harap buang harga maksimum 26 untuk beras tempatan, nanti petani boleh proses sendiri, petani nak jual padi terus pada pengguna pun boleh.
Pengguna yang kaki beli mesin tu, boleh beli mesin padi letak di rumah.
Sekarang ini mesin padi lebih kurang saiz mesin basuh sahaja.
Lawan tetap lawan senior
BalasPadam