Langkau ke kandungan utama

Catatan

Kementerian pertanian jaga petani lah, jaga pengeluaran Sibuk nak murahkan harga retail pasal apa?

Kementerian pertanian jaga petani lah, jaga pengeluaran Sibuk nak murahkan harga retail pasal apa? Kawal harga retail bukan kerja kementerian pertanian. Kementerian pertanian jaga petani, jaga pengeluaran. Kalau ada kementerian lain sibuk nak rendahkan harga retail, dia buat guna kapasiti mereka, tak payah libatkan kementerian pertanian nak turunkan harga retail. Kalau kpdn nak murahkan harga retail, guna bajet daripada KPDN, jangan tekan petani, tak boleh jual mahal. Kalau PM nak murahkan harga retail, guna bajet PM, jangan tekan petani, sampai hanya boleh jual murah
Catatan terbaharu

Bila Masa Pesawah Tak Dibenarkan Proses Padi, Mesin Padi, Jual Padi?

Aku senyum sahaja baca 'solusi' junior aku ni. Tapi, bila masa pesawah tak dibenarkan proses padi mesin padi jual padi. Apakah solusi kepada permasalahan ini?? Adakah kita hanya melihat?? Sudah tentu solusinya adalah dengan membenarkan pesawah kita sendiri yang memproses padi mereka untuk dijadikan beras Kita perlu perkasakan pesawah kita melalui koperasi ataupun persatuan peladang yang sedia ada,bagi kebenaran kepada mereka untuk memproses dan menjual hasil mereka terus kepada pengguna Dulu lagi sudah ada mesin padi, di kampung sempang, mesin padi di Kandang, tiada siapa pun menghalang petani proses padi sendiri. Tapi kenapa kilang mesin padi itu semua menghilang diri. Zaman dulu istilah "mesin padi" merujuk pada mesin padi yang kopekkan kulit padi jadi beras. Zaman sekarang "mesin padi" adalah mesin tuai padi. Kembali kepada cadangan Dr Akmal yang nak suruh benarkan petani proses padi sendiri, dan jual sendiri. Kena tengok balik kenapa petani dan orang kam...

Kalau kau dah boleh kenalpasti 400k keluarga miskin tu, buat apa jual beras RM 26.

  Aduhai Kalau kau dah boleh kenalpasti 400k keluarga miskin tu, buat apa jual beras RM 26. Kasi teruslah 1 keluarga sekampit atau dua kampit sebulan. Yang nak sangat price control tu pasal apa? Buat susah kira sahaja, nanti ada orang pusing sana pusing sini. Tempatan jadi import lah, harga lantai lah, kilang tutup lah, buat apa pening pening. Tak ada pihak pun akan marah kalau kerajaan kasi beras 1@2 kampit sebulan pada keluarga miskin.

Kenapa pula Meta promosikan Google Cloud? (cerita GTM)

  Aku nak cerita benda menarik aku jumpa semalam. Tak sangga  Meta for Business  cadangkan pelanggan dia (pengiklan) suruh guna perkhidmatan Google Cloud. Asalnya aku nak letak tag pixel fb woo commerce. memang dia ada cara manual, salin tag itu, masukkan ke page. Tapi aku pula nak guna GTM, Google tag manager, Konsepnya mudah , hanya guna 1 tag sahaja untuk semua tag. Konsep mudah, tapi nak setup tak mudah. Kalau nak setup produk Google seperti GA4, Google Ads , macam nak pecah kepala juga. Tapi rupanya kalau setup produk lain di GTM, dia mudah pula , dia boleh kasi akses pada pihak ke 3 untuk ubah suai GTM kita. Jadi ikut pengalaman aku, tiktok Ads paling senang nak setup, tapi bahaya. ada banyak kes, akaun google ads kena ban selepas masukkan tiktok tag ke GTM. Kembali ke facebook pixel. berdasarkan pengalaman lama, facebook pixel memang lembab. 2019 dulu aku pernah buat ujian, facebook pixel jadi lebih lembab sebagai tag sendiri daripada menumpang di GTM. Jadi aku gun...

Subsidi telur dikembalikan senyap senyap setelah kononnya sudah 'diapungkan'

Hari ini ramai orang marah sebab kononnya subsidi telur dihapuskan. Tapi aku tak marah sebab itu, tapi aku marah sebab kena kencing dengan Mat Sabu. Tahun lepas kata harga sudah diapungkan, maksudnya tiada subsidi lah. Tapi kenapa sekarang kata hapus subsidi? Maksudnya apa? Mereka senyap senyap subsidikan balik harga telur? Kenapa tak ada berita telur ayam dibatalkan pengapungan? Orang kemaruk Price control ni macam Fazura kemaruk blok whatsapp. Masih lagi percaya price control adalah penyelesaian suci. Kalau penyelesaian suci, kenapa ada masalah lagi. Bongok betul kau Mat Sabu

Sambung isu semalam kononnya ada kisah keturah dalam Injil.

  Sambung isu semalam kononnya ada kisah keturah dalam Injil. Aku rasa mungkin wartawan tu yang direct translate Bible jadi Injil, takkanlah doktor tu bodoh sangat kata Bible itu Injil. Dulu aku pernah buat karangan pasal Bible, nak kasi orang Islam faham Bible itu bukan Injil. Kristian pun tak kata keseluruhan Bila itu adalah Gospel. Karangan lama saya di bawah: ---- Bible - kefahaman untuk orang Islam. Bila sebut Bible, ada timbul istilah old testament, New Testament, Gospel, Injil. Salah tanggap paling biasa bagi orang Awam, ialah ramai yang anggap Bible itu Injil yang diubah suai. Tetapi sebenarnya tidak. Bible bukan Injil. Injil adalah wahyu daripada Allah SWT kepada Nabi Isa, Jesus a.s. Mana kala Tawrat adalah kitab adalah wahyu yang diturunkan melalui Nabi Musa/Moses a.s Apa itu Bible? Bible adalah koleksi buku buku. Bayangkan ada 1 rak buku, dalam rak buku itu ada 73 buku tulis. Sebahagian besarnya adalah buku tulis sekolah rendah, bakinya buku tulis sekolah menengah. Bible...

orang yang berkeras tak nak sekolah mula pukul 8.

  Aku tak faham betul orang yang berkeras tak nak sekolah mula pukul 8. Macam macam alasan yang mereka kasi. Takut parent punya punch card merah lah. Nak suruh murid berdisiplin lah. Tengok gambarajah yang saya beri ini. Nampak tak seolah olah zon waktu Malaysia dan Singapura adalah salah. Dulu Mahathir pernah cepatkan zon waktu Semenanjung 30 minit daripada GMT 7:30 kepada GMT 8. Sejak dari situ, kita semua huru hara nak hantar anak sekolah pukul 7:30. Tapi seingat saya dulu, 80an masa saya sekolah rendah, sekolah mula 7:45 Jadi tak huru Hara sangat. Sebenarnya cadangan masuk kelas 8pagi itu, adalah sama sahaja dengan masuk kelas 7:30 kalau ikut GMT 7:30 Jadi saya tak faham apa lagi yang mereka beria-ria sangat taknak murid mula sekolah pukul 8. Masalah yang lebih besar adalah ada pemandu van sekolah dan murid sekolah yang tak sempat solat subuh, sebab nak ke sekolah awal sangat. Jadi penyelesaian sebenar ialah perbaiki GMT di Semenanjung, dan Singapura akan ikut sebab nanti dia s...