Langkau ke kandungan utama

Catatan

Jalan Semarak: DBKL nak padam sejarah UMNO?

Zaman muda saya dulu pun saya ambil tahu perkembangan semasa. Jadi saya masih ingat lagi Zaman  Tan Sri Mohamed Rahmat  baru jadi Menteri Penerangan, dan melaksanakan Program Setia Bersama Rakyat. Ketika itu saya dalam lebih kurang tingkatan 1. Ketika itu saya anggap ingat sesuatu program yang baik sebab nampak pemimpin dekat dengan Rakyat. Maka Jalan Gurney di tukar nama menjadi Jalan Semarak kerana peristiwa itu. Daripada nama Penjajah, kepada nama Program UMNO. Ketika itu, saya tidak tahu yang program Semarak itu adalah program politik. sehinggalah beberapa tahun kemudian, seya berborak dengan seorang pemuda yang pakai baju PAS dalam bas dari KL nak ke Melaka. Saya tidak ingat tahun berapa mungkin semasa pilihanraya 1990. Maka saya tahu lah ianya kempen politik UMNO. Kini Jalan Semarak ingin ditukarkan kepada Nama Jalan Sultan Yahya Petra, Hairan juga kenapa DBKL nak padam sejarah UMNO.

BN Akhirnya Mengaku Tak Mampu Kawal Harga Minyak

Akhirnya diumumkan bahawa Kerajaan menghapuskan kawalan harga terhadap RON 95 dan menjadikan "Managed Float" atau Apungan Terurus. Ianya belum 100% diapungkan, tetapi dia ikut lebih kurang harga sebenar. Maka tumbanglah rejim kawalan harga, yang dahulunya menyangka boleh mengambil tugas Allah dalam menentukan harga, namun pasti gagal. Sistem kawalan harga BN ini telah banyak menimbulkan banyak masalah. Masalah gula "tiada" bekalan, masalah minyak masak "tiada" bekalan walaupun negara kita adalah pengeluar sawit terbesar dunia. Ingat lagikah masalah disel  dikuotakan sehingga lori-lori besar keluar lebuhraya untuk beratur beli disel. Kemudian disebabkan kuota juga, Stesen minyak bergilir-gilir kehabisan bekalan, walaupun dalam perut bumi ada banyak lagi minyak. Tidak dilupai masalah penyeludupan yang berpunca daripada perbezaan harga yang ketara. Siap ada buat paip untuk terus salur ke Thailand. Itulah hasil daripada manusia yang nak cuba ...

Tips Berguru pasal emas

Aku kagum kesungguhan seseorang untuk travel jauh untuk berguru. lebih kurang macam apa yang aku selalu buat. Tapi cuma ada kalanya rentak tak kena sikit. Biasanya dengan guru, kita tak boleh terus nak jadi macam dia. Sebab dalam perniagaan, ada trade secret. Yang itu kita akan dapat kalau dah jadi anak murid kesayangan. Jadi, nak berguru pun ada skill dia, kena jaga hati guru, kalau dia ada jual sesuatu, beli sikit dari dia, selepas tu tanya lagi, lepas tu beli lagi. Biasanya Guru tak kedekut pada anak murid dia yang kasi keuntungan secara berterusan. Lagi 1, kena pilih bab betul2 , kalau terlompat bab yang nak potong jalan dia, memang tak masuk gear. Jadi kena tanya guru tu, macam mana nak mula. Dia boleh kasi intro dari mula. Tapi kalau tanya aku, mana nak mula, kena mula dengan saving dulu. lebihan saving baru boleh main. Tapi macam aku, sentiasa tak cukup emas, so aku tak join mana2 program Ciri utama emas adalah security. Bila ekonomi runtuh kita ada emas. Bila kena seran...

Sedih tawa Router , Kaki Forward Whatsapp

Aku tak tahu lah nak sedih kah nak ketawa kah nak senyum kah. Zaman banyak pengguna baru internet mobile kadang-kadang mencuit hati. cuma bahagian hati mana yang dicuit pun tak pasti.. bahagian ketawa atau bahagian sedih atau bahagian mana lagi? Al kisah, kaki forward whatsapp, atau dikenali "router" masing-masing mendakwa mereka dahulu yang forward sesuatu perkara. Kalau berebut mengaku lebih awal forward benda sahih, itu tak mengapa. Tapi ini mengaku lebih awal forward benda tak sahih. Dalam dunia Melayu, ada banyak hoax Melayu, pengkaji hoax antarabangsa belum dapat menkaji hoax melayu. Ada macam-macam jenis, layankan sahajalah. Dunia internet yang baru bagi mereka. Ada hoax suruh forward whatsapp, kononnya nanti kena caj kalau tak forward. lebih kurang macam modus operandi hoax dulu-dulu. Baru baru ini, ada dapat orang forward whatsapp , kononnya Google akan remove apps yang dia promosi daripada playstore kalau tak dapat 50k download. hmmm Aku tengok...

Perniagaan DalamTalian , Shopping Cart atau tidak?

Sememangnya Shopping cart membantu dalam perniagaan dalam talian. Tetapi rakyat Malaysia masih lagi belum biasa dengan shopping cart. Saya dulu pun pernah terfikir untuk ada laman web shopping cart, namun emas ada susah sikit, atas 2 sebab. 1. pelanggan jenis suka tanya. 2. Harga berubah. Jadi maka sering saya tangguh untuk buat shopping cart. Pelanggan suka guna cara yang mereka suka guna. Mungkin ada yang memang suka shopping cart, tetapi kalau tiada opsyen itu, saluran komunikasi biasa boleh digunakan. Whatsapp/Telegram/ SMS/ wechat/ Fb mesegger. Rakyat Malaysia ada juga yang melepak di laman seperti mudah dan lelong. Maka jenis macam itu, dia kekal dengan cara mereka. Yang di dalam media sosial pun lebih gemar untuk kekal dengan cara mereka bersosial dan membeli belah. Budaya berjual beli di Instagram memang giat berlangsung, urus niaga berlaku tanpa shopping cart. Begitu juga di Facebook (page atau group atau profil). Mereka suka 'pm'. Walaupun sepa...

Guna Komputer Berdiri , Berjalan , Bertenggek

Sudah banyak kali dengar, manusia tidak sesuai untuk duduk lama. Tetapi untuk pengguna komputer, memang selalunya menggunakan komputer secara duduk. Jadi timbul masalah kesihatan pada pengguna. Kalau zaman dahulu, penggunaan komputer dalam tempoh masa panjang sering dikaitkan dengan 'rosak mata'. Tetapi yang sebenarnya merosakkan struktur tubuh, sebab duduk lama. Begitu juga pekerja pejabat yang sering duduk buat kerja. Ada yang kerap duduk dan bangun, tetapi ada juga yang terlalu banyak duduk. Beberapa bulan lalu Linus Torvalds, menunjukkan video workplacenya dimana dia menggunakan komputer secara berjalan . Memang bagi saya, saya lebih sesuai berjalan daripada berdiri. Kalau berdiri cepat letih, tapi berjalan lambat lenguh. Jadi nak ubah suai Treadmill supaya boleh letak komputer agak sukar, tetapi misi akan diteruskan juga, cuma sementara ini saya gunakan komputer secara berdiri. Daripada mana dapat "meja" ini? Sebenarnya ianya bukan mej...

Gosip itu datang sendiri pada kita

Tak kala rakyat dalam kesempitan, tak lama lagi nak GST, banyak persiapan nak dibuat, samada nak lawan pun kena persiapan, nak kutip pun kena persiapan. Masa itulah banyak gosip muncul sendiri kepada kita. Gosip emas cerita sontot Gosip politik pun cerita sontot, cuma lebih terperinci, bluekkkk. Tiba-tiba ada gosip syiah, semua cerita-cerita syiah timbul. Dalam group Badminton , ada pula gosip pelajar kantoi meniru guna Samsung Gear. wah canggih. Namun, nasib baik kepada otak ini masih boleh fokus apa nak dibuat, makan tumpuan masih kepada yang sepatutnya. Memang kita ini nak kena kurangkan masa Whatsapp. eh, GST pun ada gosip, Sekarang sudah menular kisah penipuan pengiraan kononnya servis harga aircond cukainya dikira jadi lebih kurang 50%. Aduh... Lawan GST dengan fakta, bukan dengan penipuan pengiraan. Yang termakan sentimen anti GST, bukan main suka forward, bila ditegur buat biasa sahaja. Mungkin sampai sekarang dia ingat pengiraan itu betul agaknya. Nak ...

Siapa yang bertanggung jawap untuk promosi kursus IPTA?

Sejak akhir akhir ini, memang selalu nampak orang foward di Whatsapp tentang kursus IPTA yang ditawarkan. Kemudian, selalu juga, orang Kolej Komuniti promosi di Kumpulan-kumpulan Facebook. Timbul juga persoalan daripada kawan lama... Memang agak pelik, apabila zaman serba canggih, Kaedah promosi adalah lebih kurang macam iklan orang jual barang di Facebook tanpa peruntukan. Yang anehnya, promosi sebegitu sering tak diberikan pautan laman web, supaya orang boleh rujuk untuk promosi akan datang. Adakah memang tak wujud peruntukan untuk promosikan kursus nak ditawarkan? Atau mungkin perlu ada satu portal khas dimana IPTA perlu hantar maklumat kursus untuk dipromosikan secara sistematik?

Langkah Berani PSM

Ramai yang tak kenal PSM, Parti Sosialis Malaysia. Saya memang awal-awal nak mengaku memang tak sokong sosialis. Tetapi PSM melakukan satu langkah berani, untuk putuskan tidak mahu menyertai Pakatan Rakyat. Sebelum ini, tidak pasti pula, memang sudah mohon masuk Pakatan Rakyat atau bincang dengan PKR sahaja? Yang sebenarnya, kalau PSM putuskan untuk Masuk Pakatan Rakyat, maka agenda saya nak keluarkan PAS dari Pakatan Rakyat, jadi 'Mod PSM' sudah tidak releven. hehe Sebelum ini PSM bertanding di beberapa kerusi guna logo PKR, maka ramai orang tak tahu apa itu PSM, mungkin orang-orangnya memang selalu jumpa, tapi tak tahu yang dia itu PSM sebab sudah terhijab disebalik PKR. Wujud krisis di Semenyih, di mana sepatutnya PSM bertanding, tetapi disebabkan PKR nak logonya digunakan, maka orang PKR yang diumumkan bertanding. Ditambah perit lagi, di Kota Damansara, walaupun PSM sudah mengalah untuk guna logo PKR, bertembung pula dengan PAS. Satu perkara pelik ber...

Liberal tak semestinya Terbuka

Liberal kebiasaanya dikaitkan dengan terbuka, tetapi tak semestinya yang terbuka itu liberal dan yang liberal itu terbuka. Liberal bemaksud bebas, dan tidak semestinya bebas itu satu keperluan. Ada kala orang yang terbuka itu dilabel liberal. Orang terbuka, boleh terima seribu satu jenis input, termasuk liberal dan anti-liberal sekali. Terima semua hujah-hujah, tetapi tidak semestinya sokong. Ada yang anti liberal secara tak terbuka, orang yang terbuka yang tak liberal pun dicop liberal. Maka jadilah orang terbuka. Boleh terima semua input, proses elok-elok. Buang yang keruh ambil yang jernih. kalau proses tanpa output pun tak mengapa. Apa erti hentam musuh, menggunakan fakta yang direka untuk jatuhkan musuh. Jadi dengar semua belah pihak. Kasi proses maklumat baik-baik. Ada orang liberal yang tak terbuka. Kepala otak sudah sebati dengan anggap semua yang liberal itu bagus. Semua hujah pihak lawan di prejudiskan awal-awal. Nampak sahaja islam, atau hujah-hu...