Langkau ke kandungan utama

Catatan

Malaysia dah makin pelik, Menteri pun terlibat nak exclude Internet Ads

Sudah makin pelik dunia pemasaran internet hari ini. Menteri pun campur tangan, mana nak iklan. Mungkin kita akan lihat, Mentri campur tangan bab SEO kekeke BSN tidak letak iklan di Msiakini tapi dibuat oleh agent iklan BSN. CEO BSN maklumkan tadi. Saya dah minta BSN segera tarik balik iklan itu. — Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) September 30, 2014

Padan Muka, Blog Penipu sudah ku sekat

Sekembalinya saya ke dunia blog ini, kali ini bukan sekadar sebagai penulis blog , tetapi juga sebagai pengiklan. Banyak blog yang guna nuffnang dan Innity, tetapi peniaga kecil tak mampu nak beriklan di situ, jadi Adwords lah yang sesuai. Namun, wujud pula laman web yang mengambil kesempatan, Sekarang musim orang pos benda yang sudah viral, di blog atau laman web sendiri, macam kandungan sendiri hanya untuk dapat. Bab kandungan itu sebagai pengiklan,saya tak kisah nak sensasi mana pun. Tapi kalau boleh janganlah sampai semi-porn. Gambar Gadis Melayu Bertudung Yang Sangat Melampau  ,  Pelajar perempuan 'offer' tubuh untuk beli Samsung Note 3 Saya bukan nak iklan ubat kuat. Jadi kalau anda nak buat blog atau website benda-benda viral banyak mana pun. Lagi banyak lagi bagus. Pengiklan suka ada banyak laman web benda-benda viral dan sensasi. Cuma pengiklan tak suka kena tipu. Terdapat laman web / blog yang terlampau tamak, sampai sanggup menipu pengunjun...

Kenapa orang suka leave group Whatsapp?

Kenapa orang suka leave group Whatsapp? Whatsapp adalah satu medium komunikasi baru, Whatsapp adalah satu medium komunikasi baru, dimana boleh menggantikan SMS , pada masa yang sama boleh mengambil fungsi mailing list , dan pada masa yang sama boleh mengambil fungsi chit chat . Ada juga yang guna whatsapp sebagai mengambil fungsi media sosial . Jadi belum ada panduan etika whatsapp/telegram yang berwibawa. Tidak seperti mailing list dimana ada panduan, dan panduan itu boleh dirujuk untuk menjadikan panduan bagi mailing list lain. Sebagai contoh: Samba - Mailing List Etiquette cURL - Mailing List Etiquette Dalam radio dulu saya pernah dengar ada tips supaya supaya ucap selamat datang pada ornag yang baru masuk. Saya tidak setuju ianya sebagai tips. Kalau Group 10 orang, boleh dikira sesuai, tetapi kalau group 50 orang, maka tak sesuai. Bayangkan kalau ada 20 mesej selamat datang, maka mesej yang terdahulu akan tenggelam. Jadi kena bezakan whatsapp grou...

RoboCop, Hudud dan GST

Tadi baru tengok Robocop versi alaf baru, Banyak kelainan berbanding versi 80an. Dalam RoboCop kali ini ada unsur politik, sosial dan emosi. Sebuah syarikat berusaha bersungguh-sungguh untuk menghapuskan sebuah akta yang dikenali sebagai Akta Dreyfus. Tujuannya supaya dapat membekalkan robot pada kerajaan. Norma biasa bagi sesebuah negara yang mengamalkan "Pengsyarikatan" ala-ala Pengsyarikatan Malaysia. Politik di Amerika, biasanya ada titik akhir samada akta diluluskan atau tidak. Bila nak bentang sesuatu, maka ahli politik pun berkempenlah, korporat pun berkempen untuk mempengaruhi ahli politik yang mempunyai kuasa undian. NGO pun bergerak untuk meyakinkan ahli politik. Tetapi senario di Malaysia adalah berbeza, Bantahan besar-besaran Bantah GST dijadualkan untuk diadakan setelah Akta CBT/GST diluluskan.  Lulus April, demo Mei. Walhal sejak 2013 lagi sudah tahu tentang akta GST akan dibentangkan. Ahli Politik Pakatan Rakyat memang pelik. Berbalik kepada...

Penetrasi Mudahalih vs Blogawati + Nuffnang

Penetrasi mudahalih (Mobile penetration) meningkat dengan jayanya. Hasil kerja Google dengan Androidnya dibantu oleh rakah perkakasannya dari Asia, menjadikan peranti mudahalih menjadi murah. Dulu ketika saya berblog, mungkin Google Adsense jual mahal, susah untuk luluskan blog tempatan. Maka ramai beralih ke Nuffnang, Advertlets pun ada ketika itu. Nuffnang menjaga baik blogger terkemuka , sehinggakan ada kadar khas gelirati pada blogger yang lebih tinggi daripada bukan gelirati. Saya mengambil sedikit masa untuk melihat manakah blog popular yang mesra mobile, yang mana boleh diiklankan secara mobile pada blog tersebut. Cari punya cari, umpama mencari rambut di dalam tepung. Kebanyakkan blog tempatan adalah Nuffnang, dan mereka biasanya tidak menghidupkan versi mobile mungkin kerana iklan nuffnang tidak keluar di situ. Tetapi Nuffnang belum ada pakej iklan mobilenya. Jadi macam mana kita nak iklan pada blog blogawati mudahalih? Cari punya cari, baru jumpa 2 blog bloga...

Arus WeChat Golongan Muda, dari perpekstif orang tua

Penetrasi internet dalam satu tahun kebelakangan ini agak pelik, apabila ramai yang tidak pernah menggunakan komputer pun nak ke internet. Fenomena ini menyebabkan hoax tahun 90an pun timbul semula. Mereka baru jumpa tahun 2014. Maka mereka sebarkan, termasuklah "Progesterex" muncul semula. Semalam Sang Amran ada memaparkan statistiknya mengenai peratusan yang tinggi yang menggunakan mobile . Ya, saya sedar, memang peratusan penggunaan mobile sudah hampir 90% daripada keseluruhan Internet dan 35% adalah "mobile only". Yang 90% itu termasuk yang guna desktop dan tablet sekali. Itu baru mukaddimah. Yang nak saya ceritakan ialah tentang wechat. Pakar pemasaran internet, mana yang berkiblatkan barat, biasanya tak cerita wechat. Sebab WeChat itu berasal daripada Asia, dan mungkin lambat tiba di Amerika. Tetapi Wakik pemasaran internet di Malaysia berbeza, dimana WeChat adalah salah satu perkara popular di kalangan muda mudi. Ya saya sudah tua. Say...

Pemimpin 'Zon Selesa'

Sifat-sifat pemimpin mempengaruhi sesuatu organisasi, tidak kiralah organisasi politik, atau perniagaan, atau kerajaan. Ada pemimpin yang nak bawa naik organisasinya untuk meningkat. Tetapi ada juga pemimpin yang dibawa oleh organisasi. Ada pemimpin organisasi yang memang menubuhkan organisasi. Ada pemimpin organisasi mewarisi kepimpinan dahulu. Kedua-duanya boleh memjadi pemimpin 'Zon Selesa' , kerana berbangga dengan kejayaan lampau. Cukuplah sampai setakat ini, aku sudah menjadi presiden XXX, satu organisasi besar. Ambil contoh Steve Ballmer, mewarisi Microsoft setelah Bill Gates bersara, dalam keadaan menguasai pasaran Sistem Pengoperasian komputer. Tetapi selepas itu, pengguna pula yang banyak beralih ke tablet dan mobile. Sultan Muhammad Al Fatih tidak akan berjaya menawan Konstatinople jika berada dalam Zon Selesa. Sultan Muda yang mempunyai kerajaan dan bala tentera kuat. Bukankan itu cukup selesa. Buat apa nak cari penyakit tawan konstatinople? Tetapi kal...

Akaun Facebook kena beku... Budaya 'berkunjung' blogawan

Akaun Facebook dibekukan. Entah bagaimana terus tak boleh nak aktifkan semua. Ceritanya lebih kurang sebegini... Jadi aku rasa nak terus ubah budaya penggunaan internet dengan kembali berblog. Duduk dalam facebook, banyak rugi kandungan data. Apa yang kita taip semuanya hilang, kalau akaun masih ada pun, ianya tenggelam di dasar. Terjumpa pula geromblan manusia yang aktif berblog, generasi baru. Bukan generasi kawan-kawan blog yang lama yang kebanyakkannya sudah ke Facebook. Mereka ini sering share posting blog ke Google+ tapi jarang pula posting status di Google+. Tapi ada juga yang kedua-duanya sekali, macam Ayuni . Ada juga yang google+ sahaja, tanpa blog. Ini semua kawan-kawan baru saya. Dalam dunia blog ada 1 budaya "berkunjung", Dimana sesiapa yang pos blog, akan lawat blog kawan kawan dan tinggalkan komen. Pemilik blog itu pula akan melawati blog pengkomen-pengkomennya. Budaya berkunjung hampir mati dalam facebook. Pengguna hanya baca yan...

Menangi Loket Emas 916 : Peraduan Blog

Menangi Loket Emas 916 Langkah yang perlu diambil. Buat 1 pos blog, menceritakan tentang Kedai Emas DuaLogam Merlimau Tidak lebih daripada 200 patah perkataan dan tidak lebih 4 keping gambar. Anda boleh menceritakan pengalaman anda berurusan dengan kami, atau pengalaman menggunakan laman blog http://emas916.dualogam.my , atau pengalaman menggunakan laman blog http://emas916.dualogam.my/?m=1 (samada guna mobile atau tablet atau desktop) atau pengalaman mencari "dualogam" di waze atau googlemap atau foursquare untuk ke kedai kami. atau pengalaman anda layari http://instagram.com/dualogam (samada guna mobile atau tablet atau desktop) atau, peraga gambar emas yang anda pernah beli atau peraga handphone/tablet anda yang sambil cerita atau apa-apa cerita yang anda rasa menarik. menggunakan maklumat di atas.   Syarat-syarat : 1. Anda mesti follow Kedai Emas DuaLogam Merlimau di Google+ 2. Mesti buat link ke http://emas916.dualogam.my atau http://emas...