Ceritanya lebih kurang sebegini...
Jadi aku rasa nak terus ubah budaya penggunaan internet dengan kembali berblog.
Duduk dalam facebook, banyak rugi kandungan data.
Apa yang kita taip semuanya hilang, kalau akaun masih ada pun, ianya tenggelam di dasar.
Terjumpa pula geromblan manusia yang aktif berblog, generasi baru.
Bukan generasi kawan-kawan blog yang lama yang kebanyakkannya sudah ke Facebook.
Mereka ini sering share posting blog ke Google+ tapi jarang pula posting status di Google+.
Tapi ada juga yang kedua-duanya sekali, macam Ayuni.
Ada juga yang google+ sahaja, tanpa blog.
Ini semua kawan-kawan baru saya.
Dalam dunia blog ada 1 budaya "berkunjung", Dimana sesiapa yang pos blog, akan lawat blog kawan kawan dan tinggalkan komen. Pemilik blog itu pula akan melawati blog pengkomen-pengkomennya.
Budaya berkunjung hampir mati dalam facebook.
Pengguna hanya baca yang terpampang di timeline/wall sendiri sahaja.
Jarang-jarang seseorang itu buka profil kawan-kawan dia untuk baca posting-posting yang tertinggal.
Jadi mana-mana rakan saya yang kerap follow saya di Facebook, sila follow saya di
http://plus.google.com/+HasbullahBinPit atau saya ringkaskan jadi http://pit.my/+
Atau melalui twitter di alamat http://twitter.com/hasbullahpit
Salam Kunjungan :)
BalasPadamiya betul tu,ini lah kelebihan blog saling berkunjungan,seperti medium lain terutama di facebook sudah kurang berkunjungan..
eyfa writter :
BalasPadamTerima kasih kerana berkunjung..
Padan pun lama tak jumpa. nanti aku whatsapp Mark Zuckerberg pasal dia block ko. Ciss betul.
BalasPadam