Minyak "diselaraskan" 5 sen. Gula "diselaraskan" 25 sen. Ramai pihak yang berkata memang tak patut kerajaan tanggung begitu banyak subsidi. Memang benar! Kita tak perlu subsidi untuk dibohongi. Rakyat bukan mahu sangat barangan disubsidi supaya dibohongi harga sebenarnya. Rakyat hanya mahukan barangan murah, samada murah disubsidi atau tidak. Itu tidak penting. Namun, kerajaan mengsubsidi harga supaya harga sebenar dibohongi, setelah nilai kertas ringgit semakin lama, semakin jatuh berbanding nilai komoditi. Kerajaan tidak perlu mendabik dada, kerana memberikan subsidi untuk membohongi harga sebenar sesuatu barangan yang dikawal. Rakyat hanya mahu barangan murah berdasarkan pendapatan rakyat. Mana yang rakyat mahukan? Harga runcit petrol RM 1.40 tanpa subsidi, atau harga runcit petrol, RM 1.85, tetapi berbilion subsidi masih ditanggung kerajaan? Keperluan untuk pengsubsidian berlaku akibat taksubnya "pakar" ekonomi, den...
Ayhd Yang Hendak Dibaca