Langkau ke kandungan utama

Catatan

Juruterbang Lufthansa mogok, Kaitannya dengan emas

Hari ini Juruterbang Lufthansa mogok, kerana mahukan kenaikan gaji lebih kurang 6%. Sekiranya matawang berasaskan komoditi digunakan, (seperti emas), adakah perlu mereka mogok untuk naik gaji? Adakah perlu kenaikan gaji? Dalam sistem kewangan berasaskan komoditi, perkerja tidak perlu dinaikkan gaji setiap tahun, kerana tiada inflasi yang perlu dikejar. Melainkan kalau berlaku kenaikan pangkat barulah perlu dinaikkan gaji. Mari kita lihat mogok yang berlaku.

Melayan "Selar" ciptaan Malaysiakini...

Sudah jadi satu kerja pula nak dijelaskan. Apabila apa yang dikatakan oleh Tuan Guru  Hadi Awang, ditulis sebagai Selar oleh Malaysiakini. Dalam kandungan berita, tiada langsung perkataan "selar", akan tetapi hanya tajuknya sahaja yang selar. Ini bukan pertama kali Malaysiakini memanipulasikan Tajuk berita supaya lain daripada kandungan, sehingga perlunya penjelasan. Baca penjelasan . "Kedua, beliau bukan 'selar', tetapi tidak setuju terhadap campurtangan asing dalam sebuah negara berdaulat atas kaedah secara umum, iaitu atas prinsip hubungan luar dan diplomasi antarabangsa." Moral: Malaysiakini perlu dibaca sama kaedahnya dengan membaca Utusan, dimana tajuk tak boleh dipakai.

Seigniorage, Cukai inflasi yang anda perlu fahami

Apa itu Seigniorage? Mungkin ramai yang tidak faham, atau belum faham. Walaupun Seigniorage bukan membawa maksud 'Cukai Inflasi' secara langsung, akan tetapi dalam konteks sistem kewangan masa kini, boleh diibaratkan sebagai satu bentuk cukai. Apabila Ali mendepositkan 100 gram emas di dalam bank, dan dia boleh menebus emasnya itu pada kuantiti emas yang sama, maka tidak berlaku seigniorage. Lupakan contoh di atas kerana di bank , anda hanya boleh mendepositkan kertas. Dalam sistem kewangan masa kini yang dikawal oleh bank negara, kita tidak boleh menebus setiap ringgit yang kita ada, dengan emas. Kenapa ya? Orang BNM lah yang boleh jawap. Kertas ringgit dalam kitaran dan kertas yang deposit bertambah dari masa ke semasa. Pada tahun 1982, menurut laporan Bank Negara Malaysia, kertas ringgit dalam kitaran dan dideposit, jumlahnya tidak sampai RM 13 billion. Hari ini ianya sudah melebihi 200 bilion. Peningkatan 16 kali ganda. Mana datangnya duit itu? Nilai ke...

Ejen Public Gold & Denarist jangan Bergaduh dengan Ustaz Zaharuddin

Ejen Public Gold & Denarist usah Bergaduh dengan Ustaz Zaharuddin berkenaan artikelnya http://www.zaharuddin.net/content/view/908/72/ Dalam artikel itu, kelihatan seolah-olah melarang menjual beli emas, kerana ianya tidak sepatutnya dijadikan komoditi. Ianya agak meragukan, kerana pada zaman sebelum khalifah Malik bin Marwan, Dinar dan Dirham tidak diikat nilaiiannya. Juga wujud kisah dimana perak naik harga berbanding emas. Penetapan nilai emas dengan perak, juga menjadi punca berakhirnya bimetalism di Amerika Syarikat. Baca Crime of 73 Bayangkan, apabila perak dijumpai, kerajaan berasa rugi? pelik punya manusia. Adakah pengikatan nilai emas dan perak adalah sesuatu yang betul? Mungkin Ya, bagi tempoh tertentu sahaja. Ia memang boleh berubah-rubah tetapi tidak lari jauh. Ia akan balik asal juga. Cartanya adalah lebih kurang harga minyak dunia dalam emas. pi mai pi mai tang tu. Ianya tidak seperti carta harga emas dalam dollar. Perkara yang mushkil samada diben...

Emas Sebagai Penyimpan Nilai

Sekarang adalah musim membeli emas bagi pihak yang meminatinya. Namun terdapat 2 jenis penggemar emas. Ada yang menganggapnya sebagai pelaburan, ada yang mengganggapnya sebagai simpanan. Saya adalah yang lebih cenderung ke arah simpanan berbanding pelaburan. Harga emas, membuak pada peratusan yang agak tinggi beberapa tahun kebelakangan ini adalah disebabkan oleh terbongkarnya konspirasi penekanan terhadap harga emas boleh pihak tertentu. Bihak Bank Persekutuan Amerika dikatakan menyembunyikan fakta sebenar berapa banyak emas yng disimpan, tetapi 'meminjamkan' emas kepada pasaran emas supaya wujud bekalan berlebihan. Ini digunakan untuk mengekalkan nilai dollar pada paras yang tinggi walaupun mereka mengeluarkan dollar pada kadar yang tinggi. Dollar yang tinggi membolehkan mereka membeli komoditi import daripada negara lain dengan menggunakan kertas sahaja. Berbalik kepada persoalan simpanan atau pelaburan. Sekiranya tidak wujud tekanan terhadap harga emas, emas pe...

Beras Padu Ditutup Lebih Kurang Sebulan Lebih

Dimaklumkan bahawa Beras Padu ditutup dalam anggaran sebulan lebih, bertujuan untuk mengira berapa KWh tenaga yang digunakan. Sejak berlakunya revolusi Cekap Tenaga beberapa bulan yang lalu (di rumah saya) dan kalau Beras Padu ditutup, Penggunaan Elektrik telah turun sehingga ke tahap 55% berbanding dahulu. Namun Beras Padu duduk di komputer yang tidak cekap tenaga, Athlon XP lama. tidak sesuai untuk dihidupkan 24 jam, sepertimana yang pengunjung Beras Padu mahukan. Ia tidak boleh tidur seperti komputer-komputer lain di rumah. Saya perlu mencari kaedah Cekap Tenaga bagi menghidupkan kembali Beras Padu. Mungkin perlu beli komputer khas yang cekap tenaga. Wujud punya banyak pilihan, entah mana yang sesuai. http://www.metaefficient.com/computers/the-greenest-pcs-of-2008.html Ada juga yang tidak dijual di Malaysia. Semalam saya terjumpa Linutop 2 dan Linutop 3 , keluaran Peranchis. Hari ini, saya merasakan bahawa fit-PC2i yang paling sesuai kerana pada muatan penuh pemp...

Tutorial: Siapa Gay yang suka DVD Jepun ?Untuk Dr Novandri & Topeng Perak Perisik Rakyat.

Ini adalah tutorial ringkas untuk 2 orang ini, Dr Novandri & Perisik Rakyat . Yang lawaknya Dr NOvandri menuduh Perisik Rakyat, wujudnya perkara lucah di referer perisik rakyat adalah kerana "keinginannya". Memang sifat penyelia laman web lucah cuba spam ereferer orang lain untuk m,empromosikan laman mereka. Teknik ini juga digunakan bagi laman web bukan lucah. Konsepnya mudah, sekiranya kita meletakkan ererfer, maka auto matik kita berterima kasih kepada pentuding kita dengan menyenaraikan laman mereka. Sebagai contoh, beberapa laman web tersenarai kerana membuat pautan kepada blog saya. Namun wujud juga pengspam yang mengekspolit kemudahan ini. Tidak sukar bagi pemilik laman web lucah untuk membuatkan laman web mereka tersenarai. Buat auto pun boleh. Masuk sahaja laman web lucah, automatik buka laman untuk di spam, maka tersenarailah laman web lucah itu di laman web mangsa. Dalam kes ini, Perisik Rakyat adalah mangsa. Jadi apa perlu mangsa lakukan? ...

Label UMNO, Label Pembangkang

Wujud satu jenis pemikiran, apabila seseorang bercanggah pendapat dengan pendapat biasa sesebuah organisasi, maka dia akan dilabel sebagai pihak lawan. Apabila ramai mahasiswa membantah PPSMI, ramai golongan akademik dilabel "pro pembangkang", akhirnya ramai yang jadi "pembangkang". Namun juga berlaku dalam Pakatan Rakyat, apabila seseorang itu mengeluarkan pendapat bercanggah dengan pendapat biasa dalam Pakatan Rakyat, maka tidak perlulah dilabelkan UMNO.

Urusniaga Adil: Cerita Tauke Kedai Komputer

Teringat saya pada satu peristiwa dimana saya ingin membeli dogol bluetooth. Terdapat 2 dogol bluetooth yang ditanda harga berbeza. Apabila saya ingin membayarnya, dengan membawa kedua-dua dogol bluetooth yang yang mempunyai 2 harga. Berikutan kekeliruan ini, pekerja wanita melayu memberitahu masalah ini kepada taukenya. Tauke Cina bukan Islam telah memberitahu pekerjanya itu supaya menjualnya mengikut harga yang paling rendah ditanda pada barangan. "Ini salah kita, kita kena jual juga ikut harga ini juga".