Langkau ke kandungan utama

Catatan

Beras Padu Ditutup Lebih Kurang Sebulan Lebih

Dimaklumkan bahawa Beras Padu ditutup dalam anggaran sebulan lebih, bertujuan untuk mengira berapa KWh tenaga yang digunakan. Sejak berlakunya revolusi Cekap Tenaga beberapa bulan yang lalu (di rumah saya) dan kalau Beras Padu ditutup, Penggunaan Elektrik telah turun sehingga ke tahap 55% berbanding dahulu. Namun Beras Padu duduk di komputer yang tidak cekap tenaga, Athlon XP lama. tidak sesuai untuk dihidupkan 24 jam, sepertimana yang pengunjung Beras Padu mahukan. Ia tidak boleh tidur seperti komputer-komputer lain di rumah. Saya perlu mencari kaedah Cekap Tenaga bagi menghidupkan kembali Beras Padu. Mungkin perlu beli komputer khas yang cekap tenaga. Wujud punya banyak pilihan, entah mana yang sesuai. http://www.metaefficient.com/computers/the-greenest-pcs-of-2008.html Ada juga yang tidak dijual di Malaysia. Semalam saya terjumpa Linutop 2 dan Linutop 3 , keluaran Peranchis. Hari ini, saya merasakan bahawa fit-PC2i yang paling sesuai kerana pada muatan penuh pemp...

Tutorial: Siapa Gay yang suka DVD Jepun ?Untuk Dr Novandri & Topeng Perak Perisik Rakyat.

Ini adalah tutorial ringkas untuk 2 orang ini, Dr Novandri & Perisik Rakyat . Yang lawaknya Dr NOvandri menuduh Perisik Rakyat, wujudnya perkara lucah di referer perisik rakyat adalah kerana "keinginannya". Memang sifat penyelia laman web lucah cuba spam ereferer orang lain untuk m,empromosikan laman mereka. Teknik ini juga digunakan bagi laman web bukan lucah. Konsepnya mudah, sekiranya kita meletakkan ererfer, maka auto matik kita berterima kasih kepada pentuding kita dengan menyenaraikan laman mereka. Sebagai contoh, beberapa laman web tersenarai kerana membuat pautan kepada blog saya. Namun wujud juga pengspam yang mengekspolit kemudahan ini. Tidak sukar bagi pemilik laman web lucah untuk membuatkan laman web mereka tersenarai. Buat auto pun boleh. Masuk sahaja laman web lucah, automatik buka laman untuk di spam, maka tersenarailah laman web lucah itu di laman web mangsa. Dalam kes ini, Perisik Rakyat adalah mangsa. Jadi apa perlu mangsa lakukan? ...

Label UMNO, Label Pembangkang

Wujud satu jenis pemikiran, apabila seseorang bercanggah pendapat dengan pendapat biasa sesebuah organisasi, maka dia akan dilabel sebagai pihak lawan. Apabila ramai mahasiswa membantah PPSMI, ramai golongan akademik dilabel "pro pembangkang", akhirnya ramai yang jadi "pembangkang". Namun juga berlaku dalam Pakatan Rakyat, apabila seseorang itu mengeluarkan pendapat bercanggah dengan pendapat biasa dalam Pakatan Rakyat, maka tidak perlulah dilabelkan UMNO.

Urusniaga Adil: Cerita Tauke Kedai Komputer

Teringat saya pada satu peristiwa dimana saya ingin membeli dogol bluetooth. Terdapat 2 dogol bluetooth yang ditanda harga berbeza. Apabila saya ingin membayarnya, dengan membawa kedua-dua dogol bluetooth yang yang mempunyai 2 harga. Berikutan kekeliruan ini, pekerja wanita melayu memberitahu masalah ini kepada taukenya. Tauke Cina bukan Islam telah memberitahu pekerjanya itu supaya menjualnya mengikut harga yang paling rendah ditanda pada barangan. "Ini salah kita, kita kena jual juga ikut harga ini juga".

Kerajaan BN tidak jimat 1.3 bilion untuk Gula

Terdapat beberapa artikel berlegar di sfera blog mengatakan kerajaan BN telah jimat RM 1.3 bilion untuk gula . Angka sebegitu nampak tidak logik, kalau dengan hanya menaikkan 20 sen harga gula, sudah dapat 1.3 bilion. Agaknya berapa penggunaan gula rakyat Malaysia setahun untuk mencapai nilai RM 1.3 bilion itu? 1.3 bilion bahagi 20 sen = 6.5 bilion kg gula. Di bahagikan dengan penduduk Malaysia 27 juta, menjadikan penggunaan gula bagi  seorang rakyat Malaysia 270kg setahun. Logik atau tidak angka itu? Terpulanglah. Daripada sumber bernama pula, terdapat petikan FOMCA yang mengatakan anggaran subsidi gula setahun baru 2010 adalah RM 1.2 bilion . Mohd Yusof memberitahu Bernama, Fomca menerima kenaikan harga gula atas dua asas, iaitu peruntukan subsidi yang tinggi untuk gula dan memandangkan matlamat pemberian subsidi tidak menepati sasarannya. "Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM720 juta sebagai subsidi pada 2009 bagi memastikan harga gula kekal pada paras RM1....

Hujah Boikot Komoditi

Daripada blog Idham Lim Kita lihat bagaimana kisah Thumamah bin athal ra ثمامة بن أثال yang baru masuk Islam telah memboikot orang-orang musyrikin di mekah. Setelah masuk Islam , beliau berkata: والله لا يأتيكم من اليمامة حبة حنطة حتى يأذن فيها رسول الله صلى الله عليه وسلم "Demi Allah tidak akan datang kepada kamu (kaum Quraisy) sebiji gandum pun dari Yamamah sehingga Rasulullah saw izinkan." Hadis SAHIH Bukhari Muslim. Sepertimana diketahui beliau adalah penghulu Yamamah. Dalam hadis lain menyebut: فانصرف إلى بلده ومنع الحمل إلى مكة حتى جهدت قريش فكتبوا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم يسألونه بأرحامهم أن يكتب إلى ثمامة أن يخلي إليهم حمل الطعام ففعل رسول الله صلى الله عليه وسلم " Lalu Thumamah pun pulang ke kampungnya dan menegah untuk dibawa barang dagangan ke Mekkah sehinggalah orang Quraisy kemelaratan . Lalu orang-orang Quraisy menulis kepada Rasulullah saw meminta dengan berkat hubungan persaudaraan supaya thumamah membiarkan barang makanan samp...

Menjawap Salam 1Malaysia

Apabila seseorang itu mengucap Salam 1Malaysia, maka hendaklah dijawap dengan "Salam 2Malaysia". Sejurus itu pengucap salam 1Malaysia itu perlulah membalas salam 2 Malaysia itu dengan "Salam 3Malaysia" "Salam 3Malaysia" itu perlu dijawap dengan "Salam 4Malaysia". Adalah lebih baik "Salam 4Malaysia" itu dijawap dengan "Salam 5Malaysia". Janganlah biarkan "Salam 5Malaysia" itu dibiarkan tidak dijawap, dan jawaplah dengan "Salam 6Malaysia" Walaupun agak panjang, "Salam 6Malaysia" perlu dijawap dengan ungkapan "Salam 7Malaysia" Dan seterusnya... contoh penggunaan: Ali: Salam 1Malaysia Abu: Salam2Malaysia Ali: Salam 3Malaysia Abu: Salam 4Malaysia Ali: Salam 5Malaysia Abu: Salam 6Malaysia Ali: Salam 7Malaysia Abu: Salam 8Malaysia Ali: Salam 9Malaysia Abu: Salam 10Malaysia Ali: Salam 11Malaysia Abu: Salam 12Malaysia Ali: Salam 13Malaysia Abu: Salam 14Malaysia

Pesanan Ali Rustam kepada Rakyat Jelata Isu Hutang dan Lelong

Pesanan Ali Rustam kepada Rakyat Jelata, tok nujum ,bumiputera berjaya dan geng nya;tak habis habis dengki orang melayu beli kedai pun tuk nujumdengki,tak baik, sejak niaga EOM DAPAT KUTIP RM5JUTA , SYARIKAT EOM KONGSI ADAM YONG ABDULLAH DENGAN KMB ADAM 60PERATUS KMB 40 PERATUS,PROJEK PERTAMA GONDOLA RM 23JUTA , ADAM 60% KMB 40% , BANK TAK BAGI PINJAMAN SEBAB TU ......ADAM YONG ABDULLAH TAK DAPAT BAYAR BAYARAN PINJAMANIA KPD PEMBEKAL DI BELGIUM RM17JUTA ,BUKAN SALAH MELAKA; BILA LELONG NANTI KMB AKAN BELI 'NIAGA NI UNTUNG SEJAK OPERASI DAH DAPAT RM5 JUTA RAMAI DAPAT KERJA DAN NIAGA , PAS ,DAP,PKR APA TAHU MENGATA ORANG AJE,MB SELANGOR HUTANG BANYAK, KETUA MENTERI P.PINANG KENAKAN PARKING MERATA P.PINANG TERMASUK HARI AHAD ,DAN TIDAK BANTU RAKYAT UNTUKNIAGA,MACAM MACAM LAGI, MB KELANTAN ASYIK KATA ORANG UMNO TAKMASUK SYURGA,NASIB BAIK KERAJAAN PERSEKUTUAN BERI RM9 B RM9 KEPADA KELANTAN SEDANGKAN KELANTAN BAYAR CUKAI RATUS JUTA SAJE, DALAM RM9 SEDANGKAN MELAKA BAYAR RM 10 BILLION ...

Salahkah Air Teh O dinaikkan 10 sen kalau pelanggan bersetuju?

Salahkah air teh O dinaikkan 10 sen kalau pelanggan dan peniaga saling bersetuju dengan harga yang dinaikkan? Daripada sumber Malaysiakini: Peniaga di KT naikkan harga minuman Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDKK) Terengganu, Abdul Ghani Harun berkata peniaga beberapa kedai makan, warung dan restoran itu dikesan menaikkan harga minuman bergula sehingga 10 sen secawan. "Setakat ini 10 kes kenaikan harga minuman dikesan. Kesemua peniaga terlibat akan dikenakan tindakan lanjut sama ada didakwa di mahkamah atau dikenakan kompaun . Seandainya sesebuah kedai makan, memaklumkan kepada pelanggannya apabila memesan teh O. Pelanggan: "Teh-O satu" Peniaga: "Teh O sekarang RM 1" Pelanggan: "OK" Aspek yang amat penting dalam urusniaga jual beli ialah persetujuan harga. Teh-O RM 1, atau teh-O RM 2 atau RM 10 sekalipun, tidak menjadi soal kalau pelanggan bersetuju dengan harga, Pelanggan biasa di ...