Langkau ke kandungan utama

Catatan

RON95 RM 1.80 ?

Orang yang membeli minyak RON95 esok hari, akan dapat minyak RON97 , kerana ia stok semalam, pada harga RON95 yang dinaikkan dari RM 1.75 ke RM 1.80. Dalam erti kata lain dia masih lagi beli RON 97 pada harga RON 97. Pelik betul, kenapa RON 95 perlu 'dinaikkan' pada hari ianya dilancar? Kalau mahu jual RON 95 pada harga RM 1.80 , lebih baik dia dari mula terus perkenalkan RON95 pada harga RM 1.80. Sebaliknya hanya kawasan bandar yang menikmati penjimatan 5 sen, tetapi orang kampung tak dapat. Kalau mereka terus perkenalkan RON95 pada harga 1.80 , maka hanya ada 1 'kenaikan' berbanding 2. Hairan juga tengok cara BN berpolitik.

Mahfuz Mengamalkan Politik Nabi Yusuf

YB Mahfuz menulis di blognya  Selamatkan beras negara, tarik AP Bernas Sebahagian daripada petikan menarik: Sedangkan penyimpanan stok kecemasan penting bagi menjamin bekalan beras negara mencukupi untuk satu satu tempoh tertentu apabila dilanda masalah kekurangan beras dunia. "Saya cabar beberapa kali di parlimen, mintak menteri berkaitan dedahkan berapa buah gudang yang menyimpan stok kecemasan. Saya mintak dia dedahkan di mana, tapi tak berani tunjuk sebab memang satu pun tidak ada gudang simpan stok kecemasan. Jadi bagaimana kita nak kata Bernas boleh jamin masa depan keselamatan makanan negara?," Sebelum ini Bernas dibidas kerana tindakan mereka yang hanya menyimpan stok simpanan berasnya selama sebulan berbanding tempoh lebih lama yang di amal negara lain. Tindakan Bernas itu telah mengakibatkan bekalan beras negara berkurangan dam mendedahkan negara kepada putus bekalan beras jika berlaku sebarang kecemasan.   Berkaitan juga dengan catatan berkenaan Stok Pe...

Sang Saka Merdeka atau Sang Saka Malaya atau Sang Saka Malaysia?

Bendera Malaysia yang akan menggantikan Jalur Gemilang, mempunyai ciri-ciri kenusantaraan (Sang Saka) yang tiada pada Jalur Gemilang. Fail SVG boleh di dapati di http://www.beras-padu.pit.my/svg/Sang-Saka-Merdeka.svg (Saiz SVG boleh menghasilkan seberapa besarpun imej jpg) Apa namanya? Namanya belum diputuskan lagi, ada yang memanggilnya Sang Saka Malaya (Tukar Tiub), Saudara Najwan Halimi pun menggemari Nama Sang Saka Malaya , Namun saya lebih suka Nama Sang Saka Merdeka .

Terima Kasih Google

Terima kasih kepada google yang akhirnya menyediakan terjemahan dalam talian untuk bahasa Melay u. Maka dengan itu, terbukalah ruang inovasi kepada pengguna Bahasa Melayu untuk mengintegrasikan web atau kandungan tempatan dengan google Translate. Apa yang saya terfikir sebentar tadi ialah mungkin perlu ada... Wiget Blogger.com supaya kandungan Bahasa Melayu mudah diterjemahkan ke Bahasa lain. Pautan khas di Bar Alatan Firefox supaya pengguna boleh terus menterjemah apa-apa kandungan ke Bahasa Melayu. Integrasikan Beras Padu supaya pembaca boleh pembaca kandungan Inggeris atau Mandarin dalam Bahasa Melayu Sesuatu yang berkaitan dengan Antaramuka Baris Arahan Sesuatu yang berkaitan dengan GNOME? Apa lagi?

Krisis Gula ,Perbezaan ketara harga runcit terkawal dengan harga dunia

Krisis gula sedang melanda. Kalau dilihat pada statistik di kilang ianya "mencukupi", tetapi apabila dicari di kedai tidak ketemu. Peruncit kata pemborong kasi kurang. Wujud juga rampasan gula akibat disimpan oleh pemborong tanpa lesen . Wujud juga penyeludupan ke negara jiran . "For Export" konon. Pada perbezaan harga yang ketara antara harga gula terkawal RM 1.45 dengan harga gula sebenar yang mencecah RM 3. Perbezaannya ialah sekampit gula juga. Maka perbezaan harga yang ketara itu adalah menjadi punca kepada kegiatan penyorokan dan penyeludupan. Untung lebih daripada 100%. Siapa tak mahu. Sampai bila harga gula harus kekal RM 1.45? Sepanjang harga kekal RM 1.45, nilai matawang kertas sudah merosot banyak mana? Bulan ini, harga gula semasa dunia telah meningkat menjadi yang tertinggi sejak 28 tahun yang lalu . Kalau hari ini perbezaan harga sudah lebih 100%, apa jadi kalau harga semasa gula ialah 5 kali ganda? ada 2 faktor penyebab perbezaa...

1Malaysia Tidak Perlu Ditolak secara bulat atau Diterima secara bulat

1Malaysia adalah agenda politik Najib, begitu juga "Glokal", agenda politik Najib yang sudah lama tidak kedengaran. Najib adalah bukan ahli politik yang popular sehinggakan peminatnya memetik-metik kata-katanya. Iklan 1Malaysia dikaca TV adalah iklan yang baik, menggambarkan bagaimana kita tidak perlu prejudis terhadap kaum lain, hanya kerana perbezaan kaum. Sekiranya tiada "1Malaysia", iklan sebegitu perlu diteruskan. Pengukuhan perpaduam kaum di Malaysia, oleh kempen "1Malaysia", kesan positifnya juga diterima oleh Pakatan Rakyat. Semakin hilangnya prejudis terhadap kaum lain, akibat daripada kempen 1 Malaysia, akan membuatkan Pakatan Rakyat lebih diterima. Pakatan Rakyat memang selama ini sering membuat aktiviti merentas kaum, berbanding BN yang mencanangkan 1Malaysia. Bagi saya, 1Malaysia masih lagi berkaitan kaum, apabila disebut 1Malaysia, agenda yang dicanangkan adalah hubungan antara kaum. Umpama hanya kaum sahajalah yang memisahkan seo...

Larian Bogel Dari Pulau Pinang Ke KL

 Merujuk kepada sini dan sini Adalah diharapkan, bagi pihak yang ingin mengadakan acara Larian bogel Pulau Pinang ke Kuala lumpur, supaya dapat menukar kaedah larian kepada kaedah berpakaian. Larian secara bogel adalah bukan satu alasan untuk mengelakkan ujian jantina.