Langkau ke kandungan utama

Catatan

Apa Rasionalnya PKM sahaja yang dilabel Jahat, Bukan Kuomintang?

Apa Rasionalnya PKM sahaja yang dilabel Jahat, Bukan Kuomintang? Walhal, yang menyembelih babi di dalam Masjid itu ialah Kuomintang, (merunut Pak Mat Amin). a)kenapa memilih PKM sebagai parti perjuangan . PKM yang berlandaskan MPAJ telah melakukan kesilapan besar ketika memerintah selama 14 hari selepas kekalahan Jepun sembelih babi di masjid batu pahat, bunuh talibarut Jepun semuanya berdasarkan balas dendam tanpa menjanjikan kestabilan dan keamanan. Jawab a) yang menyembelih babi itu ialah seorang ejen penjajah dari golongan Kuomintang, bukan PKM. Fakta yang saudara dapat itu sudah “diperbaiki” oleh penjajah

Iklan di Beras Padu (Ruang Iklan #1-#4)

4 ruang iklan disediakan di Laman Web Beras Padu . Berapa Harganya? Pakej Pengiklanan #1 , #2 , #3 & #4 Harga: RM 2 RM 1.50 bagi 1000 pengunjung unik yang dikira menggunakan SiteMeter . Pelan yang ada: 20,000 = RM30 30,000 = RM45 Berapa banyak itu "20,000" pengunjung unik? Mengikut perkiraan, sekiranya purata pengunjung unik kekal pada kadar 500 sehari, maka 20,000 pengunjung unik itu adalah selama 40 hari Sekiranya pengunjung bertambah, maka bilangan hari berkurang tetapi pengiklan dapat bilangan pengunjung unik yang sama. Mengapa tidak kira "sebulan"? Perkiraan "sebulan" tidak melindungi pengiklan kerana jumlah pengunjung mungkin kurang daripada yang diharap oleh pengiklan. Sekiranya laman Beras Padu 'down', pengiraan dihentikan seketika akibat daripada ketiadaan pengunjung. Apa kelibihan lain? Disebabkan iklan menggunakan HTML, pengiklan akan mendapat kesan SEO. Untuk makluman, hanya 1 iklan sahaja boleh disiarka...

Keganasan Kapitalis British, Mangsa Terus Dicari

Sistem Kapitalisme British dan Amerika, sebenarnya amatlah ganas. Kapitalisme, melalui konsep ekonomi keynessian sering membuat masyarakat tentang "pertumbuhan" , kita dibuai peningkatan KDNK beberapa peratus, seolah-olah setiap tahun kita menjadi lebih kaya sebanyak itu. Tapi hakikatnya rakyat bertambah miskin walaupun bilangan nombor dalam buku bank bertambah. Kaedah licik golongan kapitalis mempengaruhi minda rakyat ialah dengan mempromosikan pinjaman adalah penyelesaian kepada masalah kewangan. Ini menjadikan ramai di kalangan rakyat Malaysia yang hartanya negatif. Kalau dia jual segala hartanya sekalipun, dia masih dalam keadaan berhutang. Namun dia masih berkereta yang belum habis bayar dan memilik rumah juga yang belum habis bayar. Dia terpaksa bekerja supaya bayar hutang. Jadi hamba Bank. Bank dijaga baik oleh Kapitalis British. Mana yang kelihatan lemah dicantumkan agar jadi kuat. Bukan sahaja Bank yang mempergula-gulakan "Pinjaman" sebaga...

Dompet Baru sudah tiba

Menggantikan Dompet Transformer yang sudah tak nampak lagi Optimus Primenya.

Kapitalis British Tak Sedar Diri

no. 1 Dalam utusan, golongan kapitalis British cuba menghalang komunis daripada masuk Malaysia. no. 2 Pada masa yang sama, ekonomi yang dikawal kapitalis british menguncup. no. 3 Kapitalis British memperagakan akibat kalau tidak meminjam pada "badan kapitalis berlesen sah". Sistem kapitalis menyebabkan ramai diantarakita jadi hamba bank. Kerja, bayar hutang bank, Kerja, bayar hutang bank Kerja bayar hutang bank. Kapitalis British nak bergaduh dengan komunis, biarkan mereka bergaduh. Kita makan bertih jagung, saksikan drama. Esok lusa, kita juga yang akan tidak benarkan Kapitalis British itu pulang ke Malaysia.

Tiada Jaminan Kapal boleh Lalu di Selat Tebrau

Sebelum ini ada keluar berita tentang perbincangan Najib dengan Perdana Menteri Singapura tentang jambatan baru yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura. Adakah benar Malaysia yang mahukan jambatan itu untuk memajukan Johor atau Singapura yang lebih mahukan Jambatan itu? Apa perlunya jambatan ketiga kalau sudah ada 2 laluan? Ada pula cerita indah yang kononnya tambak johor akan diroboh. Adakah benar Malaysia yang mahukan Jambatan atau SIngapura yang lebih memerlukannnya? Apabila diutarakan soal jambatan menggantikan tambak johor, mereka berdalih. Apabila jambatan bengkok diutarakan, kata mereka kononnya mengambarkan hubungan yang keruh. Habis itu mahu apa? Kami Rakyat Malaysia mahu kapal boleh lalu di selat tebrau dan air boleh mengalir. Adakah benar cerita indah buaian Najib itu kononnya Tambak johor akan dirobohkan? P.M Singapura pula mencadangkan supaya tambak johor diperbesarkan. Jadi memang tiada apa-apa jaminan kapal boleh lalu di Selat Tebrau. Baik...

Ekspo Industri Asas Tani Jadi Medan Judi HARAM

Saya ada cerita tentang bagaimana "Asas Tani" dipergunakan untuk memuaskan Nafsu Hedonisme berkaraoke . Dalam program itu ada program "Cabutan Bertuah". Rupanya ianya satu perjudian yang nyata. Sekeping tiket dijual pada harga RM 3, dan mendapat nombor. Barah sosial sudah melarat, sehingga judi boleh dilakukan secara terang-terangan, menggunakan Agensi kerajaan iaitu FAMA: Saya pun tak faham bagaimana Perjudian, dan Hedonisme dapat membantu para Petani. Mungkin YB Tey boleh persoalkannya di sidang DUN nanti.

Nak Bertani atau Berkaraoke? Nak Berindustri atau Berkaraoke

Hakikat yang perlu PAS Melaka ketahui sekarang ialah UMNO Melaka suka berkaraoke dan PAS Melaka gagal melahirkan bintang karaoke peringkat Kampung. Perlukah setiap kampung ada bintang Karaokenya? Hampir setiap majlis yang diadakan oleh UMNO Melaka dan sekutu-sekutunya akan ada karaoke. Naik setapak lagi, kini sudah ada 'live band'. Kenduri kahwin orang UMNO mesti ada karaoke, mana yang peringkat bawahan, guna DJ. Yang berduit, atau ketua cawangan, akan ada 'live band'. Yang memeningkan kepala dialah kenduri kahwin yang guna DJ Kampung, Kebiasaannya akan kuatkan volum bunyi sekuat mungkin tetapi ada bunyi 'distorded'. Adakalanya ditolak melebihi hadnya. Akibat daripada lambakan sistem bunyi cap ayam yang murah dipasaran, ditambah pula permintaan yang tinggi, maka lahirlah banyaknya DJ kampung. Jarang-jarang kualiti bunyi yang elok kedengaran, mungkin hanya 20% sahaja DJ kampung yang benar-benar mementingkan kualiti. Akibat daripada sifat suka berk...

Harga Emas tidak naik, tapi USD & Ringgit yang jatuh

Terdapat analisis di blog ahzar yang mengatakan bahawa US Dollar terus lemah , Harga Emas & Nilai Ringgit Semakin Meningkat Di blog itu menyiarkan carta harga emas dalam USD dalam tempoh 6 bulan kebelakangan. Jika anda anggap emas adalah matawang, automatik apabila USD jatuh, emas akan naik. Tetapi adakah harga emas sememangnya naik? Kena lihat harga emas dalam matawang lain. Harga emas dalam pound UK 60 hari kebelakangan.... Harga emas dalam Dollar Australia 60 hari juga, Harga emas dalam euro Di sini, kalau kita lihat, hampir tiada kenaikan harga emas dalam euro, aud ataupun GBP sejak awal mei yang lalu. Apa yang berlaku sekarang ialah fasa, berakhirnya "False dollar rally". dimana dollar akan jatuh. Kejatuhan dollar ini akan mengakibatkan nilai ringgit meningkat berbanding dollar, tetapi jauh berbanding euro, gbp dan aud. Dalam tempoh 3 bulan kebelakangan... Ringgit naik berbanding USD sebanyak 5% , mungkin ada yang gembira. Tetapi ...