Langkau ke kandungan utama

Catatan

Undang-Undang Tubuh yang Baru?

Undang-Undang Tubuh Negeri Perak? "Speaker hanya boleh dijatuhkan dengan kaedah mengeheret tubuhnya ke luar dewan" Undang-Undang Tubuh Negeri melaka? "Ketua Menteri Hanya boleh dijatuhkan dengan mencampakkan tubuhnya ke Kuala Sungai Melaka".

TERKINI: Kedua-dua Speaker Ditahan di dalam Lokap

Berita terkini, kedua-dua speaker di tahan di dalam lokap. Manakala di tempat lain, speaker digantung.

Demonstrasi Berpakaian Hijau di Merlimau, Melaka

Di Melaka, berlakunya 1 perhimpunan berpakaian hijau untuk demonstrasi. Ketua pendemonstrasi berpakaian putih, membuat demonstrasi bagaimana menggosok gigi dengan betul. Yang pakai baju kuning ialah pendemonstrasi yang tak bayar yuran, tapi dapat berus gigi percuma.

Penarik Beca Mengaku Benak, Sedikit Perbezaan Kerajaan Perpaduan TGHH dengan Hasbullah Pit

Syabas kepada Bang Bakaq kerana mengaku Benak bab Kerajaan Perpaduan . Saya pula sejak daripada mula timbulnya "Kerajaan Perpaduan", saya telah meneka apa maksud hati TGHH dengan hampir tepat. Yang menghairankan, bukankah Bang Bakaq pembaca blog saya ? antara tulisan awal saya berkaitan dengan Kerajaan perpaduan Kerajaan Perpaduan == Menolak Sistem Demokrasi Penjajah Kerajaan Perpaduan Tidak Semestinya Kena Masuk BN TGHH orang tua, saya muda, jadi saya keras sikit. Saya guna ayat "Tolak Sistem Demokrasi Penjajah", TGHH sebut "Kerajaan Perpaduan". TGHH sebut Britain sebagai contoh, "Kita telah mengalami masalah demokrasi yang semakin hari semakin menguncup termasuk dalam UMNO yang dilanda politik wang. Oleh itu saya mencadangkan kerajaan perpaduan yang melibatkan semua parti politik kerana ia bukan perkara baru. Kerajaan seperti ini pernah ditubuhkan di Britain, Afrika dan Indonesia," katanya Manakala saya Tolak Inggeris. TGHH me...

Gudang Senjata PAS?

Ku toleh belakang, bilik saya rupanya sudah menjadi Gudang Senjata PAS. Dalam Perjuangan Demokrasi, media adalah satu perkara penting & rupanya banyak senjata media dalam bilik komputer saya ini. Ini dia "Kandang Speaker" Dalamnya .... Ada Sistem PA Corong milik MTD, Ada pembesar suara milik cawangan Sempang, Ada Tripod (senjata sendiri),Tetapi ada komponen hilang. Ada Projektor (MTD), senjata yang akan digunakan oleh Dr Dzulkefly Ahmah khamis ini. Behringer 2 biji Dalam Beg itu ada pengadun bunyi & kabel-kabelnya. Ini Senjata " Beras Padu " (yang kecil) Semalam saya terfikir, sekiranya bilik saya dibom, lumpuhkah aktiviti PAS? Jadi mungkin saya nak pindahkan Senjata milik MTD di tempat lain. Eh, Ini Siapa pula yang letakkan "senjata" di pemegang mikrofon? UMAR!!!!!!!!!!!!!!!!  HAMZAH!!!!!

Peliknya Demokrasi di Malaysia

Apabila kertas undi di Selambau mempunyai 15 calon, ada pihak mengatakan ianya jadi bahan jenaka demokrasi. Walhal dalam dunia ini, kertas undi banyak calon adalah perkara biasa. Di Malaysia pula, kerusi boleh "diberi". Tidakkah itu bahan jenaka politik, kalau dilihat dari luar negara? Ada pernah dengar PKS di Indonesia "beri" kerusi?

Sekitar Demonstrasi Menentang Kapitalisme, Riba di Melaka

Kali ini demonstrasi menentang kapitalisme tidak diganggu polis sebagaimana berlaku ketika sidang G20. Mungkin kerana ianya tidak dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. Sepanduk itu disediakan oleh para pelajar, di gerai yang memaparkan bagaimana kaitan sistem wang kertas dengan 'Great Depression'. Memang sukar untuk menerangkan bagaimana kaitan wang kertas dengan peluang pekerjaan. Namun saya pernah terangkan di sini. Adakah Emas tiada Kaitan dengan Masalah Pembuangan Kerja? Gambar di atas menunjukkan kreativiti para pelajar Dr Halim, untuk menerangkan konsep dinar/dirham kepada orang ramai. Saya datang ke sana bukan untuk diterangkan supaya difahami, tetapi ingin mengetahui sejauh mana pemahaman para pelajar. Ini adalah satu gerai yang cuba menggambarkan revolusi kewangan yang ke arah emas semula. Bangunan "wang kertas" akan tumbang dan digantikan dengan piramid emas. Terdapat satu gerai yang menyediakan wang kertas untuk dipijak. Maka 'perusuh' ta...

Liberisasi Ayam

Tatkala ramai orang sikbuk tentang Liberisasi ekonomi, tiba-tiba harga ayam naik dan ayam diugut akan dijadikan barangan kawalan. Maka akan hilanglah status ayam sebagai binatang, kerana ia sudah menjadi "barangan". Perlukah ayam merusuh? Apa yang hendak dihairankan kalau harga ayam naik? Harga ayam yang dinilai dalam duit kertas pasti naik apabila Najib cetak 60 bilion. Memanglah harga ayam dalam matawang itu akan naik, apabila matawang itu sudah berlebihan. Jadi Harga ayam kononnya akan dijadikan barangan kawalan, tetapi sebelum ini sudah ada harga syiling, lebih kurang dikawal jugalah. Yang paling pening kepala ialah peniaga ayam, sudahlah terpaksa beli dengan mahal, pengguna pula nak murah. Penternak pula nak juga naikkan harga ayam. Peniaga ayam seolah-olah kehilangan hak untuk tidak membeli ayam, kerana dia hanya berniaga ayam. Lainlah kalau peniaga ayam itu ada jual kambing sekali, maka bolehlah dia cakap: "Hari ini aku taknak jual ayam, aku n...

Pemuda Harapan Perjuangan

Ustaz Kamarudin Sidek, bersama Khairul Faizi, dan Saudara Latif. 2 blogawan tersohor, " Minda Kembara " & " Assirkami "...