test

Ahad, 3 Mei 2009

Liberisasi Ayam

Tatkala ramai orang sikbuk tentang Liberisasi ekonomi, tiba-tiba harga ayam naik dan ayam diugut akan dijadikan barangan kawalan.

Maka akan hilanglah status ayam sebagai binatang, kerana ia sudah menjadi "barangan".

Perlukah ayam merusuh?

Apa yang hendak dihairankan kalau harga ayam naik?
Harga ayam yang dinilai dalam duit kertas pasti naik apabila Najib cetak 60 bilion.

Memanglah harga ayam dalam matawang itu akan naik, apabila matawang itu sudah berlebihan.

Jadi Harga ayam kononnya akan dijadikan barangan kawalan, tetapi sebelum ini sudah ada harga syiling, lebih kurang dikawal jugalah.


Yang paling pening kepala ialah peniaga ayam, sudahlah terpaksa beli dengan mahal, pengguna pula nak murah.

Penternak pula nak juga naikkan harga ayam.

Peniaga ayam seolah-olah kehilangan hak untuk tidak membeli ayam, kerana dia hanya berniaga ayam.
Lainlah kalau peniaga ayam itu ada jual kambing sekali, maka bolehlah dia cakap:

"Hari ini aku taknak jual ayam, aku nak jual kambing"
Pengguna masih mempunyai hak memilih untuk tidak beli ayam, kerana boleh beli ikan atau sumber protien yang lain.

Saya tidak gemarkan sebarang bentuk kawalan harga, selagi masih gunakan wang kertas.
Lambat laun, harganya "terpaksa" dinaikkan juga akibat daripada lambakan kertas itu.

Biar dia apung, tetapi yang penting tiada monopoli.

7 comments:

  1. Marilah jadi ahli HPA. Beli brg HPA
    - Boikot KFC. RFC akan di buka di Melaka.
    http://jawiherbshop.blogspot.com/2009/04/rfc-di-mydin-melaka.html

    - Boikot Milo, Nescafe dan Lipton. HPA ada Radix Koko, Radix Kopi O fdan Teh Herba

    dll.
    Sokonglah produk islam, jemaah dan orang melayu.

    BalasPadam
  2. Apa susah... kita bagi jer ayam-ayam, ibu ayam dan bapa ayam yang tentukan harga ayam... harga kawalan ka... harga siling ka...

    Broker lain tak boleh tentukan harga ayam.... termasuklah semua jenis ayam... ayam serama, ayam laga, ayam lorong Hj Taib...

    Tapi harga ayam palsu (ayam pondan) camana pulak yer... hahahaha

    BalasPadam
  3. Ugutan ayam tidak sebesar mana berbanding ugutan tuan punya ayam atau ibu ayam. Kalau selama ini tiada apa-apa tindak balas berkesan daripada kerajaan, tindakan kerajaan kali ini dilihat lebih responsif dan agresif.Ini satu ingatan bahawa kerajaan boleh bertindak tegas jika mereka mahu berbuat demikian setelah peluang dan masa yang secukupnya diberi kepada mereka. Rakyat tentunya gembira dengan tindakan ini walaupun penternak atau pemborong atau penjual mungkin tidak senang dengannya. Selama ini tindakan mereka cukup mendukakan pengguna, kini sampai giliran mereka untuk merasanya apabila kerajaan meliberalisasikan AP ayam dan mengawal harganya. Tahniah kerajaan atas tindakan tegas ini.

    BalasPadam
  4. ayam keperluan la kan. hehe kenalah jaga :)

    BalasPadam
  5. Apa kata kita tubuhkan Kementerian Ayam... boleh la dilantik Azalina Othman jadi Menteri Ayam... hahahaha

    BalasPadam
  6. saya setuju dgn cadangan cencurut - kita namakan kementrian baru tu - Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Ayam, dgn menteri di jabatan ayam nya - Azalina 'ayam' Othman.

    kan baru ni ada cadangan utk menubuhkan satu GLC utk menternak ayam supaya rakyat tidak lagi terbeban dgn isu-isu ayam.

    Pastinya GLC ni memerlukan kementrian baru (dan menteri baru..)

    BalasPadam
  7. Soalan bodoh,

    Kenapa kaitkan Azalina dengan Ayam?

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit